Chia Seed : Melawas & Memudahkan Pembuangan

Siapa sini susah sangat nak membuang air besar? Seminggu 2 kali ke macam tu?

Pernah dengar pasal chia seed? Yang macam biji selasih tu, tapi bukan biji selasih. Jangan confuse. Dia sama saja mengembang macam biji selasih tu.

Antara khasiat dia:

1. Rasa jauh lebih bertenaga untuk menjalankan tugas-tugas kita seharian. Ini disebabkan vitamin dan nutrien mencukupi di dalam badan kita. Juga disebabkan ia bersifat antioksida, dapat membuang toksin daripada badan. (Ini I dapat rasa. Memang tak rasa letih sangat compared hari hari biasa. Mood swing time period/PMS pun macam tak ada sangat)

2. Rasa kenyang sepanjang hari, jadi bolehlah kawal kuantiti nasi yang kita ambil semasa makan tengahari dan malam. Sesuailah dengan kata-kata " Lose Weigth Without Starving ". Ini kerana apabila kita makan 'chia seeds' ni , ia kembang di dalam perut menjadikan perut kita penuh dan terasa kenyang . (Erm, sebab I ni kuat makan, maka tak berapa nak serasi lagi, tapi asyik rasa nak minum air masak sepanjang masa, itu ya & its good for you!)

3. Boleh menyelesaikan masalah sembelit dengan sangat berkesan. (Totally agree!! Yang paling best, pagi pagi mesti rasa nak membuang & senang, boleh rasa poop tu lebih lembut berbanding biasa. Yang ni I suka sangat. Sebab biasanya memang akan membuang lepas breakfast, tapi yang ni bagus pagi pagi lagi dia dah proses yang semalam, so mula lah fefeeling perut kempis lol)

4. Yang bestnya, pengambilannya membolehkan kita mengawal emosi dan mood kita yang kadang-kadang tidak stabil. Jadi kita boleh menghadapi kehidupan harian kita dengan lebih selesa dan ceria walaupun berdepan dengan macam-macam benda. (Ye sungguh, ke-moody-an menjelang period dapat dikurangkan hahahaha)

5. Boleh membantu sesiapa yang ada sakit-sakit sendi. (Mak Abah my sister in law kata bagus. Siap request beli lagi. So I'm gonna ask my mom pulak try. Since lepas demam teruk haritu dia kata asyik takde energy, lemah, bengkak kaki, meh kita try)

6. Membantu mengawal paras gula, jadi sesuai sangat untuk pesakit kencing manis. Dalam erti kata sains chia seeds ni boleh memperlahankan proses pertukaran karbohidrat kepada gula di dalam badan. (No testimonial yet from me. Nak bagi Abah try tapi sebab masalah jantung/semput dia tak boleh minum air banyak so I don't know boleh ke tak bagi)

7. Mengelak anda daripada dihidrasi iaitu kekurangan air di dalam badan. (Setakat yang I perasan I kerap nak minum air masak banyak, jadi tak puas. Asyik nak air masak je, bagus!)

8. Makan 2 sudu besar sehari bermakna anda dah berjaya menyediakan badan dengan 7g fiber, 4g protein, dan 5g omega-3 fatty acids. 

9. Memperolehi tidur yang sihat dan nyenyak. 

10. Pendek kata, macam-macam lagilah.

Source:  Link

So haritu SIL beli untuk  mak & abah dia, katanya berkesan untuk sakit lutut. So bila dah google google & baca khasiat di, I pun decide nak try. Mula mula mintak yang housemate punya, buat makan dengan oat. Eh sedap jugak krup krap krup krap kunyah biji chia tu
Acacah flatlay. Breakfast. Oat+Susu Coklat+Chiaseed

Lepas dah dua hari macam segan pulak asyik mintak je, benda boleh tahan mahal kot. Tapi okay lah tahan lama sebab sehari sesudu je, jangan overdose pulak.

Maka, ke Lazada/Lelong lah kita. Itu je tempat kegemaran I. Surf & Surf dapat lah yang promo Buy2Free1. Well, not bad. Boleh lah ni, Me, Mak & Kaklong. Cukup lah satu sorang. Order, bayar, esok sampai. Pantas!

Superb packaging with sticker. Ha nak beli boleh refer link tu. 
Free gift colostrum powdered drink lol

The Brand & Seal
Campur je dalam air masak yang kita nak minum macam dalam botol air hijau tu.

Kalau nak murah kena pandai cari. Mine, RM78 (RM3 delivery charge) for 3 bottles  so sebotol 300gm jatuh dalam RM25. Housemate beli RM30 / 300gm, SIL beli RM65/3bottles/300gm & kawan sekolah inform beli kat Cosway RM50 1KG. 

Ha pilih lah nak.

Kalau duduk satu rumah ramai ramai nak share, molek lah beli sekilo terus. Kalau sorang, 300gm pun dah cukup, entah bila zaman nak habis entah.

Hopefully, boleh dapat banyak manfaat amalkan chia seed ni, amin. InsyaAllah..


No comments: