Unwell

It's been two weeks. Batuk, kahak, selesema. Memang kali ni malas betul nak ke klinik. So ambil ubat pharmacy saja. 

Two weeks yang hectic gila. Abah masuk hospital, kali ni teruk dari selalu, Mak dah risau call semua suruh balik, empat hari balik kampung ulang alik hospital, balik KL kerja pejabat lagi, then hujung minggu balik lagi ada bacaan Yaasin pulak.

Isnin, ambil cuti uruskan ubat abah. Hospital reject, kena ke Klinik Kesihatan. End up, alang alang dah ke klinik kerajaan terus lah jumpa doktor minta ubat sekali. 

Bila doktor tahu dah 2 minggu tak elok batuk, dia suruh bagi sample kahak untuk check kalau-kalau ada jangkitan kuman even though lungs, dada semua clear. 
Tiga papan guys antibiotik nak kena habiskan 


Dah la sebelum masuk jumpa doktor tu dah selambak kahak keluar sebab batuk.  Lepas tu nak menunggu ada kahak balik seksa betul. Sikit je dapatnya. Lepas hantar ke makmal, gerak balik.

Ke Mentakab-Temerloh-Mentakab-Balik. Longgar lutut rasa dengan hujan lebatnya. 

Esok pagi nak balik KL boleh pulak terbangun lambat, kelam kabut gila. Lagi berapa meter nak sampai R&R Lanchang, terbatuk batuk nak muntah kahak tapi cemana, melelong jugak kereta jap lagi, bertahan bertahan sampai parking terus muntah.

Dah cair kahak, selsema pulak. Lets pray supaya tak demam. 

Tunggu next week for the result. Harapnya takde apa lah. 


Lady Driver : Service Axia 20000KM

6 Bulan, kena service dah Axia Halilintar tu even though mileage baru 7K++ Ikutkan tak nak service tapi nak jaga warranty & all so hantar je lah. Mula-mula dah booking kat SC Temerloh tapi Abah masuk ward pulak, balik emergency. Ngam-ngam esoknya tarikh next service. Sama kes macam haritu Abah warded juga masa first service. So pagi hari service tu call SC yang terdekat tanya ada kosong tak then dia kata boleh datang, by 10:30 pergi lah sana bertemankan Adam. 

Sampai sampai, parking, masuk dalam register, serah buku servis dan tunggu. Service Centre sini pun menarik macam Temerloh. Luas, ada kuih muih, air, buat macam rumah sendiri lah cerita dia. 

Round tengok kereta. Semua kau tahu Axia baru lah apa bagai. Makde mintak ampun la memang tak tahu apa

Silakan makan

Macam biasa, biskut perodua
Hairan, housemates 2 orang guna Perodua tiap kali pergi service tak jumpa pun dia biskut ni. Errr.

Lounge

Siap ada tabung amal. Bagus betul!

Nun di hujung sana tengah mandi


Berhalus sangat buat kerja diorang ni. Siap alas tempat kaki & sarung kusyen dengan plastik perodua tak nak bagi kotor ke apa wow! And to my surprise, lepas dah service, diorang basuh sekali siap polish tayar!!! Wowww jimat duit  nak gi basuh kereta hahahhaha. Dah tu, service centre sini Sabtu dia buka full day. Wah, lepas ni memang service kat sini je lah. Dah la kawasan lapang gila senang nak parking. Suka betul.

So dalam sejam juga lah menunggu nak siap. Takde kerja, Adam pun melayan lah main snapchat. 
Goatee tu sytle betul lah,. Besar nanti kalau macam ni handsome!
Dengan gigi besar dan jarang, sajak sangat nak kau dengan rabbit tu!

Dah setel semua, dia suruh bayar & bagi estimation price untuk next service. Gila bagus layanan diorang ni. Siap bagi business card in case apa apa whatsapp je. Wah, terbaik betul!

Estimation price & parts to check/change by 20K mileage 

10K service done!

Total kena  bayar  +/- RM150

Next service, bulan 9 nanti. Itu lah  nak service, itu lah nak bayar roadtax insurance bagai. Serammmm, kumpul lah duit siap-siap ya~