Sejak ada kejadian sikit raya haritu, I bertekad untuk terus beli kereta.
Dalam hati sangat takut & phobia nak drive tak tahu kenapa entah. I paling takut brake tak makan sampai berapa kali entah mimpi accident, terjun gaung terjun sungai, gila betul, takut nak menyelit masuk lane, ye tahu kalau bagi signal orang bagi masuk, tapi takutttt, takut bukit jalan corner, takut tak pandai agak kereta belakang depan, takut masuk parking, takut calar bergesel kereta orang, tak tau macam mana nak keluar simpang tiga empat, nak buat uturn oih takut belaka. Tapi sampai bila? So, kuatkan semangat kalau time amik lesen dulu dari tak pernah pernah pegang stereng, elok je boleh lepas test JPJ sekali test? Takkan lah sekarang tak bole kan? (Tapi dulu jalan kampung bukan jalan raya sibuk T____T) That's why juga lah tak pernah mintak nak belajar bawa kereta kakak abang takut kalau tercalar kereta orang. Tu kalau tercalar. Kalau terlanggar? Remuk woi hati tuan dia. Satu hal lagi kau nak cekau duit mana nak repair? Tu lah dia, so lepas fikir fikir move on pleaseeee.
Lepas survery-survey & tanya housemate, sebab haritu dia kata dia beli within 3 days pun dah settle boleh dapat kereta. So I excited lah sekali bila text orang tu dia macam layan tak layan je & macam takde support sangat serta not convince me. Kfine cari orang lain.
So I pun survey nampak lah En. Aliff dekat website dia http://perodua-sale.com/ memang banyak gila testimoni bergambar. Gambar dia lah semestinya so ada lah kepercayaan dekat situ. Takut lah jugak kan dapat SA (Sales Advisor) entah apa apa karang nak telan duit orang ke apa kan. Ada baca syarat dia semua then dia kata kalau CCRIS tak boleh lepas. FYI, PTPTN pun dah masuk dalam CCRIS sekarang ya. So kalau payment PTPTN tu tak cantik, hmhm tipis lah peluang nak buat loan.
Then I pun hantar slip gaji kat dia bagi dia tengok & tanya lepas tak untuk full loan 0% downpayment? Kenapa 0% downpayment? Kau sabar jap.
Pastu dia kata kalau ikut basic lepas lah kalau takde apa apa tanggungan. Kalau tak salah gaji bersih untuk full loan (in my case Axia SE) ialah RM1600++, kalau kurang kena ada sorang guarantor. Tapi kalau ada commitment lain maybe susah sikit lah kot.
So lepas I tengok balance statement PTPTN & kira kira, ok lah bayar langsam lah habiskan PTPTN ni lepas tu nama clear dari CCRIS maybe takde halangan dah nak keluar kereta (I is phobiaaaa sebab last time apply kereta kena reject nama duduk dalam CTOS huuuu).
So bila dah setelkan PTPTN tu memang takde derrr duit nak buat DP, so itu yang jadi nya nak mintak full loan tu. Kalau harap nak simpan balik tah bila zaman nya nak bawak keluar kereta entah. Ya I know rugi lah tak bayar DP, full loan santak ke 9 tahun, ye tahu tapi tu lah, what to doooooo. Kalau banyak duit, bayar cash dah, ye dok?
So lepas dah bagitau Mak, mintak restu Mak, tanya pendapat Abang Kakak diorang pun galakkan so semangat lah. Housemate pun sama menggalakkan. Oh love you guys! Nanti kena mintak Abang/Housemates buat refresher class untuk I hahahahhaha.
Then rabu petang dah nak balik keje I pun whatsapp lah document yang dia nak (IC Copy, License Copy, Slip Gaji 3 Bulan, EPF Copy 3 Bulan) sekali dengan surat pelepasan hutang PTPTN to support (masa ni dah clearkan PTPTN sap sap soi je tak yah pegi kaunter bagai. Bayar online, call PTPTN Office, cakapa dengan officer suruh dia cek & keluarkan surat pelepasan hutang sebab dah habis bayar, so Alhamdulillah, settle). Then dia kata amik masa 3-5 hari bekerja. So mesti lah dia submit hari Khamis pagi paling awal ke bank kan? So Jumaat tinggal sehari dan weekend. Ok tunggu je lah Isnin takde, tak kisah pun. Kau cepat cepat nak pegi manaaaaa? Macam lah terer bawak. Hegeh lagi,.
Selasa pagi lepas balik dari KWSP naik ofis buka PC dapat call dari CIMB Bank. Dia interview.
So apa yang dia tanya interview nak beli kereta ni?
Simple simple je.
Nama
Nombor Telefon
Nama Pejabat/No Telefon Pejabat
Alamat Surat Menyurat/Alamat Tetap
Bila tahun/tarikh mula kerja
Berapa tahun dah kerja
Ada pakai kereta ke tak?
Bagi nama parent/adik beradik/others & contact number diorang untuk dia buat pengesahan
Itu je lah. Nanti apa apa dia contact lagi.
Lepas tu dia contact pulak office bahagian admin/account untuk verify.
Elok lah ha account depan I je hahahhaha.
Kemudian I whatsapp En. Aliff bagitau bank call interview. Dia kata ok lah tunggu end of this week. I okay sajaaaa cuma macam tak sabar jugak lah sikit sikit. Then I tanya CIMB je ke? Dia kata CIMB & AmBank, tengok mana yang lepas. Tak tahu lah kot deal dengan CIMB easy sikit atau dapat interest rendah sebab dia ada tanya gaji masuk bank mana, so CIMB.
Pasal interest tak tahu sangat (tapi SA kata kurang lebih kalau Axia SE Auto dalam RM480 (uhukkkk) tak tahu lah tu terkurang ke terlebih ke) sebab konsep dia sekarang kau baru je lepas habis PTPTN, nak buat full loan santak ke 9 tahun dan takde down payment, berserah je lah, kalau lepas syukur Alhamdulillah.
Tunggu, Part II.
No comments:
Post a Comment