First Time Beli Kereta - Part II

So, lepas 5 hari bekerja, HARI BEKERJA YA (Khamis, Jumaat, Isnin, Selasa, Rabu - I submit document ke En. Aliff hari Rabu petang dah nak balik so logically nya paling awal dia submit ke bank pun hari Khamis lah kan? So kita kira start Rabu). Ceh beria explain macam ada orang nak baca kakakakah. Takpe, nanti tahun tahun kedepan, I sendiri baca. 

Ok sambung. 

So En. Aliff called tapi masa tu tengah kelam kelibut dengan urusan office, I kata nanti I call balik. So waktu lunch (pandai call orang waktu lunch memang tak la nak menjawab, orang nak makan oi), tak berjawab, so lepas pukul 2 I call lagi. Debar dia boleh tahannnn hahahha ye lah kalau tak lulus? Menangis tepi bucu katil lah cerita diaaa.

Ok then En. Aliff kata lulus. CIMB. Suka dah ni. Tapiiiiii, RM37K/9years  je dia bagi sobbbsss. Kalau Axia SE Auto Solid RM39K (roughly)  dan hanya ada kaler Kuning dan Putih (Tapi Adam nak kaler Merah, barulah Boboiboy Halilintar lol) So macam tak nak menghampakan anak pulak. Ek eh. Hahahah baik kan Mother/Makde dia.Haah, lepas tu yang nak menanggung hutang nya aku T___T So kalau Axia SE Auto Metallic pulak RM40K (roughly) beza dalam RM400 +/- gitu lah. 

So? Bila bank hanya bagi RM37K years loan, makna nya apa? Ya maknanya I kena lah bayar deposit nak mencukupkan jumlah harga kereta tu. CIMB bagi dua syarat :
1) Bayar deposit - RM1800 roughly  (Solid) atau RM2200 roughly (Metallic)
2) Bayar 1 bulan duit kereta - RM469  
Dan juga auto-debit sebab gaji masuk melalui CIMB (Tapi payah juga kalau one day tukar kerja dan gaji masuk bank lain, how? Leceh lah nak tukar tukar bagai aite?)
*Insurance dah termasuk sekali I dah tanya haritu, so sebab loan ni tak penuh, kena dua syarat kat atas tu je. 

I pun tak paham kenapa tak nak bagi loan penuh. PTPTN settled kot? Memang takde commitment lain so far. Gaji pun lebih dari syarat nya yang I pernah surf orang kata kalau nak senang lepas loan kereta, monthly payment mesti 1/3 dari nett salary. Okay, let say gaji bersih lepas dah tolak epf/socso/allowance (kalau dikira lah) RM1700, still I am more than that kot? So basically lepas lah kan? Entah apa masalah bank ni entah. 

Then, SA pun macam tak berapa nak syok jugak dengan loan yang ni, dia kata kita tunggu bank lain maybe next week sebab esok dah jumaat. (Oh, penantian satu penyiksaaaaannnn eventho I cuak tapi makin excited lah oi macam-macam dah dalam kepala ni nak practice, nak bawak mak gi jalan, silap-silap nanti nak pergi Perhentian drive ke sana amboi kau planning tak agak)

Tapi SA kata kalau ada bajet boleh je ambik yang ni, tapi masalahnya, I kan baru kekeringan lepas habiskan langsam hutang PTPTN. Ingatkan boleh lah nak full loan tak yah la usik saving. Paling paling pun nak tambah insurance untuk Auto-Life (insurance yang cover kalau owner meninggal tu waris tak yah bayar dah balance hutang kereta), tapi kalau begini keadaannya,mana nak cekau duit lagi? Sobsssss

Okay, takpe, kita tunggu next bank.

**Loan tiap tiap orang tak sama yaaa, tengok background, gaji dan lain-lain DAN sukahati bank lah nak bagi loan berapa pun lol (gelak gelak jugak tapi hati macam terhiris sikit lah hahahahah)

Till then~


No comments: