Loan Kereta Dengan Bank Islam

Aug 26, Jumaat Yang Mulia.
Sepatutnya harini I cuti. Ikut Abang & SIL pergi bercuti dekat Perhentian. 

Tapi perancangan Allah tu lagi baik. 

So I cancelled cuti, naik office. 

Pagi-pagi around 9 lebih tu, Bank Islam called. Bagitau loan dah lulus dan mintak datang sign agreement dekat Shah Alam. Bapak jauh oi! Kenapalah tak Bank Islam yang sedepa dengan office ni je? Mula mula bagitau nak sign agreement next week je lah Isnin tu memang dah ambik half day. Sebab nak kan bil lah, verify bank statement lah bagai nak kena balik rumah & gi CIMB lagi. 

Sekali fikir-fikir sign je lah harini. Tak jadi cancel kan cuti. Dalam pukul 11 pergi CIMB dulu draw duit untuk first advance payment (monthly payment) & cop verify bank statement. Bank statement boleh print dari website je tapi kena pegi verify lah dekat any branch pun boleh. Dulu cantik cantik je CIMB sebelah office, pegi tukar dengan 99Speedmart buat apaaaaaa~

Plan lepas tu terus ke Shah Alam tapi kepayahan nya lah nak dapat GrabCar peak hours orang nak solat jumaat bagai tu. Balik lah rumah dulu lunch, mandi solat, ambik bil elektrik settle2 semua lepas jam 2 gerak ke Shah Alam. 

Sampai sana settle kan semua sign agreement, bayar first advance payment. SA pun called bagitau nombor plat dah dapat, Alhamdulillah.

Bank Islam requirement masa nak sign agreement:

1) Advance payment 1 bulan
2) Bil elektrik/air - alamat terkini yang kita stay
3) Bank statement - Yang ni dia ambik original yang dah verified - mesti kena verified dengan bank. Kalau gaji masuk CIMB, verify dengan CIMB lah, kalau gaji masuk dengan RHB, verify dengan RHB lah tapi kalau gaji masuk dengan Bank Islam, entah lah kena verify ke tak sebab loan dengan Bank Islam hahahha.
4) Copy IC & Driving License 

Lepas dah sign, bayar downpayment kasi SA, tunggu SA siapkan register dengan JPJ, siapkan roadtax bagai. In my case sebab sign agreement Jumaat, so Isnin tu lepas bank dah settelkan hal loan, inform SA.

Jumaat - 26/8 : Sign agreement / loan
Sabtu - 27/08 : Bayar booking plat number to agent
Isnin - 29/8 : Bank informed SA. Bayar downpayment to SA (online transfer) , SA send borang JPJ to me
Selasa - 30/8 : Hantar borang JPJ pagi pagi to SA (by email) & SA setelkand dengan JPJ & siapkan kereta, tinted semua (Free gift) 
Rabu - 31/08: Public Holiday
Khamis - 01/09 : Dapat kereta

Alhamdulillah...


No comments: