Lady Driver : Perempuan Hormonal Pertama Kali Bawa Kereta, Pertama Kali Accident

#Throwback

SweetSeptember~

1st of September.

So, alhamdulillah kereta dah dapat.
Tak tahu lah kenapa bila SA called pagi Khamis tu kata nak hantar kereta petang tu I on je sebab patutnya deal nak gi ambik dengan Abang. Sekali..humm.

Masa SA hantar kereta tu hari hujan so lepas dia brief2 pasal kereta, sign letter then I amik kunci naik lah office balik. Siap plan balik tu nak drive sendiri. 

Yang sebetulnya, lepas dapat license 6 tahun lepas mana I pernah drive. Dah la ambik lesen manual, ni drive kereta auto. Teori je tau, praktikal ke laut. 

Then officemate I offered nak hantar balik. Pastu alang alang I mintak dia teman I drive satu round. And she okay je tapi I ketar gila. Dah la malam, tengah tengah bawak hujan lebat pulak tu, dengan traffic light nya dengan sejuk nya dengan kena hon banyak kali nya. Nasib la dia tak jenis gabra officemate I tu. 

So lepas dah habis satu round I ingat nak mintak dia follow I balik tapi tak dapat nak stop so dia kata takpe lah dia teman I balik nanti dia balik sendiri. 

I dalam kepala mula mula memang plan nak parking kat luar je, parking serong maybe lah senang sikit. Tapi dia suruh I  masuk dalam, I pun masuk okay je, sekali tu nak corner belah kiri ada orang parking double park kat tepi tu, dengan depan sikit belah kanan pun ada orang parking jugak. Kau rasa??

I dah masuk tapi entah jadi blur macam mana tiba tiba, officemate I kata ke kiri sikit sebab ada kereta kat depan ke motor entah tak nampak (I rasa tak leh drive malam kot) I pusing tapi terpusing banyak & tekan minyak. 

Habisssss  terseret bergesel kereta sebelah. Dah la depan tu ada kereta juga nasib I brek cepat, kalau tak? Mampos.

Kereta baru dapat tak sampai 24jam ni.
Kau rasa???

Memang keras gila lah I. Nak nangis tak keluar air mata. 
Berdebar jangan cakap lah pegi gesel kereta orang!

Dah la ada kereta kat belakang I masa tu. Gila betul. 

Then officemate I guide I reverse & pegi depan. 

So dia kata biar dia park kan. I memang dah tak mampu masa tu.

So lepas dia park I pun turun tengok nampak la garis garis calar. Panjang pulak tu sebab bergesel tepi sambil ke depan cemana nak cakap tah. Tapi tak peduli dah masa tu sebab shaking gila badan. Hujan pulak tu. Langsung tak boleh nak buat apa. Nak gi tengok kereta orang tu pun tak dapat. 

Naik rumah terus bercerita dengan housemate sambil bertenang. Housemate I sorang tu pun ada case bergesel juga so dia memahami lah. Siapa je tak bergesel kalau duduk flat? Nak nak lagi newbie yang baru pegang stereng. Terer gila lah kalau tak bergesel huhuhu.                           

Housemate sorang lagi kata kalau calar at least okay lagi. Jangan kemek. Kemek nangis. 
Sebab dia lagi parah, durian jatuh atas bumbung kereta. Memang sakit hati lah. 

Then whatsapp dengan Abang mengadu. Nasib baik abang tak marah, dia pujuk la kata boleh polish. Dia kata area rumah I tu kalau tak expert memang susah pun. Memang pun. Flat kot. Rapat gila pulak tu & double park saja & macam membukit sikit. Kalau duduk Damai dulu tak macam tu. Ada parking lot & second car parking kat area bawah/depan. Dah la macam gaganas orang sini huhu.

So I pun mandi tenang2 kan diri lepas solat semua tapi tak boleh tido. Debar & shaking tak habis lagi. 

Ye lah, seumur hidup mana pernah accident so far Alhamdulillah. Even naik dengan orang pun tak pernah. Cuma nyaris nak kena langgar ada.

Bangun tidur pagi pun still, rasa berdebar. Takut nak drive. Rasa trauma. 

Tapi kuatkan semangat juga. Masuk kereta, bertenang, baca yasin siap, rasa hilang sikit debar. So pagi tu drive ke office. Alhamdulillah kereta tak banyak tapi I lah bawak rasanya macam orang gila bawak. Ketengah ketepi. Terok gila.

Parking pun entah apa apa. 

Lepas tu rasa takut nak drive balik nanti. Abang minta amik dia kat KTM sebab I nak balik rumah dia. Mula mula confident lepas tu takde derrrr, sanggup suruh abang amik cab datang office hahahaha.

Lepas tu  whatsapp dengan kaklong, dia banyak bagi kata2 semangat & nasihat, mula lah I menangis. Touching & sebak. Perempuan,  tengah mengalami masalah hormon memang macam tu 

That feeling, kenapa lah takde kekuatan sangat ni? Kenapa orang lain macam senang je? Takutnya nak parking, nak keluar parking, naik reverse2 even bawak pun tak reti tengok cermin kiri kanan rear mirror urghhh 

Semua orang kata practice makes perfect. 

Yes itu lah. Tapi in other hand, kira okay lah tak pernah drive lepas dapat lesen 6 tahun then tak pernah drive auto, then first bawak kereta semula hari malam hari hujan. Memang kerja gila. Tapi masih lah takut dan tak de keyakinan. (Tak berapa nak okay jugak la sebab tergesel lol tapi kalau hari tak hujan maybe okay kot who knows? Tak apalah, pengalaman)

Mesti orang kata kenapa tak praktis dulu sebelum dapat kereta? Okay jawapan dia hahahah, alangkan kereta sendiri pun I pegi hentam kereta orang, lagi nak try praktis kereta orang lain? Memang tak lah. Itu lah yang I paling takut dulu. Pinjam kereta orang dan rosak. Even kereta abah, abang, kakak sendiri pun I tak berani. Entah kenapa. 

Ni nak bawak balik raya ni, ada juga mintak adik I datang sini ambik & balik dengan dia. Maklum lah, jalan karak highway, gila tak cuak?

P/s : I dah siap tulis note lagi dekat kertas kot-kot lah kereta yang I gesel tu ada lagi tak keluar boleh la I letak kat cermin dia nak bayar ganti rugi kot kena polish ke apa tapi alih alih kereta tu dah takde pagi tadi. Maaflah. Lain kali jangan lah parking double park dekat corner sobsss.

At the end, I actually takde lah tension sangat sebab calar tu, I more to kesal sebab kena kereta orang, kalau tiang ke ape lantak lah. Tapi tu lah benda dah nak jadi...tapi effect dia, dua hari menggigil melayang layang rasa, makan langsung tak lalu. Baru calar tu astaghfirullah...And actually calar tu tak teruk pun, polish dah hilang. I tak tahu mana datang bunyi sedap sangat bergesel tu, hopefully kereta tu pun okay lah sebab calar kat kereta I pun tak teruk. Huuuu~


No comments: