Sabah Borneo : Day 1 - KK

03 Disember 2015

Jam 10 pagi boarding dari KLIA2. Okay, rasanya tak adalah jauh mana pun waiting area dia. J3. Tak jauh. Yang jauh sampai ke hujung dunia sana Malindo Air maybe.

Luthfia - First time. Okay, takde masalah cuma waktu balik sangat moody biasalah penat. 


Alhamdulillah cuaca sangat baik. Thank you Allah. Dapat lah snap few moment atas awan but then dah nak sampai KK cuaca mendung dan hujan sekejap sekejap. Masuk dalam awan agak bergegar. 

Subhanallah

MasyaAllah! Dah macam gula gula kapas. Indah sangat. Kalau dunia serba luas mata memandang ni pun dah cantik macam ni, terfikir, macam manalah nanti dalam syurga Allah? Allahu...cantik sangat. Segala puji bagi Allah Yang Maha Hebat ciptakan pemandangan macam ni.

Kemudian cuaca mendung, dah kami agak lama berada dalam awan

Melepasi kepungan kepulan awan

Alhamdulillah, safe & smooth landing. Good job Pilot! Khusyuk sangat snap gambar, tak sedar bila mana landing. 

Ya, you are now in Sabah bah. Welcome to KK!




Immigration checked! Pengganti passport valid for 3 months.
Hilang kertas sehelai ni menangis lah kau tak balik KL. Please lah buat kertas tebal sikit dan kaler lain. Ini dah macam nak sama dengan resit je. Karang terbuang sekali haru biru cerita dia. 
Jam 1 petang. Sampai KK pun cuaca masih terang dan cerah. MasyaAllah sangat cantik langit biru.

Lepas check out semua bag dan cop keluar masuk imigresen kami keluar untuk makan tengahari di Restoran Kak Nong. I order  Mango Soursop. I thot it was a drink tapi desert rupanya. Desert yang sangat sedap! 5 bintang! Sedang makan, hujan turun lebat selebat lebatnya.


Win!


Kemudian ke Masjid Negeri untuk solat.

Source 

Kemudian,  di Pasar Philipine. Rambang mata serious!! Semua kedai jual benda yang sama mostly. Bawak perangai look around baru nak shopping memamg tak patut. Ada juga yang kena tinggal ni karang. Dah la mendukung Fia yang ketiduran. At the end, jumpa satu kedai ni dia ada jual gelang yang sangat cantik!! Gelang baby pun cantik. RM5 satu. Terus sarung dua pasang kat tangan budak kecik tu. And mine, gelang mutiara kristal kaler peach. Sama macam my sis Pu3. Jenuh nak anggarkan size dia. Harap muat lah sebab adik tu boleh custome made on the spot. Gelang ni boleh juga dapat murah di Pasar Tamu tapi pilihan dia tak secantik dia sini. 

Nice. Nampak modern & chic. Takde lah Datin Datin sangat lol!

Fia punya. Oh so very niceeee tapi sekejap sekejap dia cabut T___T


Kemudian bercadang ke Tanjung Aru Beach untuk sunset view tapi hari dah agak petang, hujan dan jammed jadinya tak sempat. 

Kemudian kami pusing2 bandar dan singgah makan seafood. Alhamdulillah sedap. I was so excited tengok ikan yang sangat fresh. Warna biru! Amazing ciptaan Allah masyaAllah..

Dengan longgokan ikan di depan gerai, 

Aneka seafood. Speechless.
Food yang sangat sangat sedap! Fresh! Terasa rasa lagi rumpai hijau yang crunchy tu. Masa kami datang tu orang masih tak ramai. Baru jam 7 malam kalau tak salah. Tapi last day pergi, orang dah ramai, takde pilihan dan seafood (kepah, ikan) yang dah siap masak berbau busuk! Memang tak boleh nak makan. Sedih sangat. Please make sure sebelum beli tu check dulu like hidu bau ke atau macam mana. Terpulang.

Lepas dah kenyang, gerak ke homestay nearest UMS. Kondo Apartment Jalan Universiti. Agak sempit tapi facility tip top! Kelengkapan dapur ada. Hanger tempat jemur baju ada dan mesin basuh juga. Ada sabun basuh so malam tu juga mendobi dah alang alang Luthfia menapak kaki kan baju I. Alhamdulillah esok pagi nya kering. 

Terlupa nak snap gambar apartment tapi view dia lebih kurang macam dekat link ni [Link 1] & [Link 2]

Berita kurang gembira, line Umobile dan Maxis very poor.


No comments: