Sabah Borneo - Homestay Kaki Gunung : Anjung Rehat Jamsari

04 Disember 2015

Ini ada lagi satu homestay yang sangat menarik untuk siapa yang nak menginap di kaki Gunung Kinabalu. With the view of Mountain of Kinabalu, sungai di belakang homestay, bunyi air sungai mengalir sangat mengasyikkan dan mendamaikan. Awesome, amazing, masyaAllah! Indah sangat suasana nya. 

**Besok paginya, I merayap lah snap gambar


Ini rumah owner rasanya, merangkap reception office.

Awesome view, subhanAllah

Rumah Pink ni lagi awesome. Ada dua rumah. Tapi I takde gambar dalam dia. Ada loteng satu, Design memang modern style hotel. Bilik air tiptop hotel style. Ada balkoni luas. Dari balkoni boleh nampak Gunung Kinabalu so very clear dan belakang tu sungai. Fuhhhhh.. Dan! sewa promosi masa ni hanya RM170 per night. Nangis tak? T___T Anak anak be like, Ala...kenapa kita tak pilih homestay ni? Hahahah

Taman depan main house



Ini view dari Anjung Rehat Jamsari





Ini di bahagian belakang. Sungai.

Whole view dari jalan depan 

Mulanya, kami saja jalan jalan petang tu, lepas tu pergi homestay depan May Homestay Grey Cottage yang kami inap tu. Nampak the owner. So abang & kakak kakak I pun borak lah tanya tanya pasal kejadian gempa last time macam mana? Ada effect tak. Cerita punya cerita, terus masuk rumah dia tengok homestay dia. Baru siap fix dan renovate. Kitorang tak expect lah homestay dia awesome sebab dari luar macam  biasa biasa je. 

Sekali dah masuk, nah kau! Hadam!
Tangga dari hall untuk naik ke bilik tidur

Hall turun ke ruang dapur

Dapur dan bilik air

Dapur Nice

View dari pintu di balkoni menghadap ruang makan dan dapur. Baju merah tu owner dia. 

Bilik


Ni main house. Masih dalam promo RM400 untuk satu rumah ni. Ada 3 bilik kalau I tak silap dan ada bunk bed 2 set. Meriah la tidur! Siap ada loteng lagi ada katil tambahan. 

Owner dia memang baik. Padahal kitorang kecoh nak tengok tengok je bukan nak sewa bermalam pun hahahha tapi layanan dia sangat bagus. Cerita pasal tanah, pasal rumah semua. Cerita pasal planning homestay ni. Bawak masuk tiap tiap homestay dia. Tak kisah pun anak anak hiruk pikuk.

Yang penting gila murah sewa dia (for promo ni lah). Ohya, tadi I surf untuk siapa siapa yang pernah menginap sini macam takde. Tapi jumpalah FB Page dia: Anjung Rehat Jamsari (Link)

Siapa yang nakkan suasana yang sangat damai, boleh lah menginap di sini. Bangun pagi berlatar belakangkan Gunung Kinabalu dan bunyi sungai mengalir...

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" 

Both homestay
May Homestay Grey Cottage
Anjung Rehat Jamsari



No comments: