Sabah Borneo - Homestay Kaki Gunung : May Homestay Grey Cottage

Siapa yang dalam perancangan nak ke Kundasang especially nak tengok lembu lembu tenusu Desa Cattle Diary Farm, boleh lah menginap di homestay ala kampung yang I pergi last time. Nama dia May Homestay Grey Cottage. Pemandangan Gunung Kinabalu serba gah. Memang di kawasan kaki Gunung Kinabalu.

Ini:
With the Mountain of Kinabalu at the back. Awesome!


Pagi tu memang I semangat bangun awal. Subuh dia kan awal. So lepas subuh tunggu cerah kejap buka buka pintu, nah! At 06:03 in the morning, masyaAllah view dia sangat menawan kalbu!

Believe me, ini view jam 6 pagi!! Clear! Sangat sangat! MasyaAllah!





Ini pula dah masuk jam 7-8 pagi. Matahari dah start naik, dah start berkabus.
Kata tourist kami, nak tengok Kinabalu Mt. ni yang betul betul clear tanpa kabus, waktu pagi pagi (dalam satu jam sahaja) dan waktu menjelang magrib. Nah, I got it! Lantas mandi dan bersiap-siap dan apa lagi, selfie dan snap lah sampai lebam. Nak datang bukan senang oih. I siap mandi air sejuk lagi. Nak rasa air bukit. Sangat fresh!!

So, here  are the photos around the homestay. Bahagian dalam terlupa nak snap sebab kucar kacir dengan anak anak. Tuan rumah letak mainan plastik untuk hiasan dapur berbentuk telur, sayur-sayuran habis dipunggah nya sekali dengan sudip jug etc. Main masak masak katanya. Lepas tu hampar tilam nak tidur, dibuatnya wrestling. Memang buat macam rumah nenek dia sendiri lah cerita dia anak anak ni. Ingat balik kampung ke ape. 

Complete house! Owner yang sangat peramah dan baik hati. Lembut sangat sangat. Ada air panas, so relax lah mandi cuma a bit slow lah air panas nya maybe nak pam tu susah sikit. Katil kelamin untuk 3 bilik, iron board dan iron, TV, Set sofa, Comforter dan toto bertimbun timbun. Kira okay lah tak berebut nak tidur sejuk, juga ada mesin basuh. Dan kat luar rumah ada set meja makan untuk lepak lepak minum kopi. I duduk lah sekejap dekat luar minum malam tu, tak boleh tahannnnn sejuk mencengkam!Tapi malam dia tidur okay lah, tak sesejuk macam Cameron. Cameron sejuk dia berangin. 

So ini view sikit dari luar rumah. 


Bila matahari dah naik, terang seterang nya, terik tapi masih sejuk
Matahari naik dari belakang homestay. Van putih van kami di depan homestay



 So itu sahaja. Nak book, boleh call nombor di signboard gambar di atas tu.


No comments: