Sabah Borneo : Day 3 - Fish Spa

December 05th, 

So, pagi 5 Disember kami ke Ranau, to be specific at Sungai Moroli, Kg. Luanti. agak jauh jugak lah rasanya dari Kundasang. Untuk merasa river fish spa dan juga ke kolam air panas. 
Kaunter pendaftaran. Boleh beli makanan ikan satu peket dua puluh sen dan untuk bawa masuk camera pun kena charge Rm3  per group.

Ngam ngam sampai hari hujan. So kena lah tunggu sampai hujan reda dalam 15-20 minit macam tu. Fish spa dekat sini uniknya sebab apa? Sebab ia bukan ikan belaan dalam kolam. Ini rare punya. Ikan ikan dalam sungai. Dan besar besar. I expect macam ikan ikan kecik-kecik yang biasa dekat kedai kedai fish spa tu. Tak de derrrr. Sekali datang semua gedabak gedabak punya ikan. Ngeri pulak rasa. 
Nah. 

Ada pulak keli albino sesat 

Hah. Jinak jinak. Tepi tepi tebing je.


Mula mula tak  nak celup kaki. Tapi nak merasa. So masuk la dekat tepi tepi. Geli nya jangan cakap laaaaahhhh!!! Serious rasa nak terkencing. Geli betul ikan banyak banyak macam tu kerumun kat kaki. Uhuh. Macam mana kalau you yang pengggeli itu?  Hahahahhaha.

Hero kau ya. 


Anak anak pun excited bagi makan. Iqi was so excited among others. Dia ni pelik sikit. Tak geli pulak tu. Siap ke tengah lagi nak bagi makan ikan. 

Tapi tak lama pun dekat sini sebab satu group diperuntukkan 15minit je sebab orang terlalu ramai. So lepas dah kena tiup whistle sampai dekat 3x tu, beransur lah kami, bagi chance orang lain pulak.  

Relax je peace yaaawww atas tu. Dengan papan macam kan nak reput je cuak pulakkkk

Sebelum  balik, acah acah la naik jambatan gantung. Debor jugak bergoyang tak sudah. Sekali Iqi boleh ikut belakang dan berlari atas tu. Mak eeehhhhhh I pulak yang cuak risau jatuh. Dapat pulak perangai tak gayat kau kat sini?

Tak lama terus masuk van dan beredar ke hot spring. 


No comments: