04 Disember 2015
Dalam setengah jam di homestay kemas2 barang rehat2 abanglong kata gerak ke Desa Cattle.
I wasn't in a good mood pun masa tu sebab masa melawat tinggal lagi satu jam then leceh lah hujan basah basah nanti view tak cantik berkabus & all. Siap masa nak masuk tu jammed sikit. Orang kaunter tu pun kata aiskrim dah habis, tinggal susu kotak ni. So mulut ni gatal complaint ala esok kita masuk lagi lah. Amboi, bukan kau bayar sedap la complaint!
Tak tahu, Allah dah atur sesuatu yang sangat indah sebab Allah tu tahu I was so damn crazy nak pergi tempat ni bergambar with a very beautiful scenery.
Sampai sampai di Desa Cattle alhamdulillah cuaca makin cantik dan panas.
Rezeki kami dapat berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Tapi masa ni I tak happy pun. Tengok, tak bersyukur betul. Biasanya ia terlindung dek kabus tebal dan terus hilang tak nampak apa.
|
Breathtaking. MasyaAllah |
Tapi lepas tu hari makin panas makin panas tapi cuaca masih sejuk, ya lah kaki gunung kan. Cari juga lembu-lembu. Tapi lembu agak jauh dari pandangan. Dan I pun apa lagi, warming up lah.
Lepas mood dah okay, baru lah menikmati pemandangan yang sangat indah cantik dan lawa subhanAllah masyaAllah. I terfikir dekat dunia pun dah segini cantik dengan awan dengan gunung dengan rumput hijau. Dalam syurga macam mana lah agaknya tak terbayang dek akal kecantikan syurga Allah. MasyaAllah. MasyaAllah. Allah Maha Hebat!
|
Membawa diri dan monopod. Gigih bermonopod. Nak suruh orang snap kan lima nam kali, malu oh. |
|
Segala puji bagi Allah. Tuhan Semesta Alam. Speechless sangat sangat. Dunia pun dah lawa. Syurga macam mana? Allah..Memang tak terkata. Kagum & Indah nya ciptaan Allah. |
|
Kemudian masuk ke dalam kawasan untuk tengok lembu perah susu atau apa entah ni. Luthfia excited tak mau balik! |
|
FM! |
|
Postcard! *Nampak sangat snap dah balik rumah lols!* |
|
The taste not much differ than Dutch Lady. Sedap! Then beli souvenir dan susu. Aiskrim yang diwar warkan sedap tu dah habis stock. Tak ada rezeki .
|
|
Masa tengah sibuk bergambar di welcome rock ni I punya 1 kotak susu coklat dan yogurt serta susu anak anak yang belum habis tertinggal. Tak apa lah luckily dah bukak dan rasa 1 kotak. |
|
Niece |
|
Selfie lagiiii. Belakang tu awan dah bergulung gulung cantik sangat. Siap ada pelangi sebelah sana. |
So ya, I agreed with the quote
"Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah "
Jadi, jangan mengeluh complaint itu ini, jangan berputus asa dengan setiap ujian, Allah tahu apa yang terbaik. Redha dan bersyukurlah.
Contoh I tadi lah, sibuk complaint mengeluh itu ini, tak tahu Allah nak hidangkan dan hadiahkan view yang masyaAllah cantik sangat macam di bawah ni:
|
Indah! MasyaAllah! |
|
Happy Kids! Amie, An, Iqi, Dija, Fia |
Kemudian bergegas balik untuk solat dan mandi. Luckily tak sampai 10mins pun dari homestay. Kemudian melawat kawasan kampung. Kami ke homestay depan. Homestay yang sedang dalam promosi. Dah macam hotel 4 bintang tapi harga hilang akal betul RM170 satu malam. Dengan background view Gunung Kinabalu. Kami semua speechless. Update later.
Kemudian keluar makan malam. Subhanallah cuaca sangat2 sejuk. Luthfia tidur tak bangun bangun. Lepas makan masuk ke kawasan kampung hobbit kata tourist sebab rumah rumah disitu comel comel kecil kecil tapi tak nampak apa sebab gelap. Siang esoknya terlupa terus nak pergi.
I baru berangan nak tunjuk dekat you the with the caption "Bila Hobbit Balik Kampung" or any funny related captions. Mesti you ketawa bagai nak rak! Lolz!! Without my knowledge that night was a very sad day for your family. I'm sorry...
Diakhiri dengan selfie sekeping.
|
Yours Truly.
|
No comments:
Post a Comment