Pasar Malam Brinchang, Cameron Highlands

Tiap tiap hari sabtu dekat cameron highlands, akan ada satu pasar malam dekat brinchang.

Menurut orang yang duduk sini, iaitu Yie yang tolong carikan rumah untuk kitorang, dia kata kalau nak cari strawberry murah murah dan fresh, ini lah masanya. dekat pasar malam. standard rm20 3 kotak. pandai pandai la cari. Kalau nak cari hari lain, dekat strawberry farm boleh jugak, mungkin dapat lagi murah dan boleh main petik makan terus dari pokok, tapi itu hanya kalau kau ada kabel atau kenal baik dengan tuan punya kebun, jadi boleh lah. Macam aku pegi tahun 2006 dengan pakcu. Kalau tak kirim salam je lah.

dah sampai. mari mari. nampak macam pagi? tak lah. ini sebenarnya ciri ciri kamera canggih saya. iman adam dah macam pegi amerika dia punya style

pelik tengok jari tiba tiba merah tak hilang lagi. oh, iman adam teman nenek pilih buah.

nyum nyum!!

kemain kau. setaun da dapat stoberi coklatttttt


mak bapak eh yang beria. anak ngikut je la dah sejuk sejuk tak mampu melawan


errr..takpe kan tepek stoberi kat sini? lalalala.

Kalau nak beli sourvenir, tuju je la pasar malam. Yang mana gila fridge magnet boleh dapat seringgit satu. teh kotak kat sini pun jatuh lima ringgit sekotak. dua kotak baru seploh hengget. murah kan? tapi tengok brand jugak. aku pun tak reti sangat. yang beli kat kak rai, bukan kat pasar malam dan brand tu aku tak nampak pun kat pasar malam, jadi tu pasal lah mahal sikit kot.

Oh lagi, ahad pagi ada pasar tani. dekat tapak pasar malam brinchang ni jugak. dia tutup dalam pukul dua petang. kau pegi la dalam pukul 1 - 1:30 tu memang akan dapat lima belas kotak stoberi dengan harga seploh hengget. hahahahhaha hangus duit beli stoberi je. itu pun kitorang tak sengaja singgah. alih alih amek kau. cendawan pun dapat lima peket seploh hengget. gilaaaa.


No comments: