Jam 1:30 tengahari kebiasaannya mak aku akan sajikan aku dengan makanan sedap sedap ceramah agama. Pasang radio pahang dengar ceramah. Jadi, aku sebagai anak yang baik taat mendengar kata takde lak pulak nak pegi sumbat headphone dengar lagu dum dam dum dam kan. Jadi, dengar ajalah ceramah. untung untung tambah point nak ke sana esok. cewah!
Hari ape entah tak ingat. Tengah tengah ustaz ni ceramah pasal apa entah (kau semua entah nurul. dengar ke tak sebenarnya ni?) dia kasi tips macam mana nak ubat migrain mengikut cara islam. Pasal ubat ubat doktor tak jalan dah kan. Jadi, tak payah cakap sebelum mak aku suruh salin pun aku dah capai handphone nak salin apa ustaz tu nak cakap. Sebab tak jumpa pen dah. Lagipun biasalah aku kan penaip message yang handal. Rindu nak sms dengan boifreng T__T
Tapi sebelum tu, ustaz tu cakap la punca punca migrain ni sebab apa. Cuba check balik tengok betul tak. Antaranya bila berak tak tutup kepala, jadi setan pun bersukaria lumur taik atas kepala kita. seronok kan? layannnn je. lepas tu kau sakit kepala macam nak mati salahkan hormon lah period lah cuaca panas lah. padahal??!! dah la tu masuk jamban tak kira kaki dah, dengan doa pun tak baca..memang lah kan!
Jadi, apa nak buat ni? Sila amik bahan bahan ini :
Letak semua bahan ni atas suratkhabar, aku tak sure rasanya campur campur kot benda ni. Takde la pulak ustaz tu kasi sukatan ke ape. Cumanya garam kasar tu 2 kilo. Lepas tu pijak benda benda ni sambil selawat. Dah sudah tu simpan. Esok ulang lagi sampai hilang rasa sakit.
InsyaAllah la hilang migrain tu. Aku cuma share benda ni. Tapi tak praktik kan lagi. So kalau sesapa yang memang hardcore gila sakit kepala migrain tu cubalah. Mana tau berkesan dari nak menelan ubat ubat spital kann.
No comments:
Post a Comment