Cupcake Coklat

Yang simple gilaaaaaaa. Kau tak payah pegi curse beria-ia pun bole buat okeh. Gigih la aku dengan Makcu masuk kedai buat kek lepas tu shock semua benda nak beli semua benda nak pegang. Agagagagagaga. Nah, hasil yang tak berapa nak cun tapi bolehhhhh laaaaaa. Yang penting sedap dan habis ok!

yang ni tepek dekat facebook. takde lah nampak cacat sangat kan! Hahahahah

ok, yang ni rupa sebenar. tolong la jangan gelak -_-"

nah, model kecik bersama cupcake. Orang-Purple tu sebenarnya kalau aku buat lagi gelap mungkin lah cantek sikit kot. nak jugak lah kan menangggggg

Resepi
boleh dapat dalam 26-28 cupcakes saiz sederhana


300g tepung
350g gula
½ cawan serbuk koko
1½ sdk soda bikarbonat
½ cawan butter
2 sdk esen vanilla
1 ½ cwn susu segar
* 2 biji telur


Cara-cara


Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bagi campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2 minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lagi dgn kelajuan tinggi selama 2 minit lagi.


Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Yang saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama ±20min gitu atau hgga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C.


Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping saya tu: ¼ cwn susu pekat + ¼ cwn serbuk koko + ¼ buku butter. Masukkan smua dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu bila dah bercampur smua & beku sket trus angkat and sapukan atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2.


Sumber : Sini


*Topping aku buat syle lain



Bahan-bahan Topping Buttercream Icing


1/2 cwn shortening
1/2 cwn butter
(kalau nak warna putih, guna 1 cwn shortening, tak perlu butter)


1 sudu kecil esen vanilla
4 cwn gula icing (ayak dua kali) 
2 sudu besar susu segar atau air. (Kalau guna susu segar, kena pastikan kek disimpan dalam peti sejuk dan dimakan segera. Kalau nak tahan lama, guna air sahaja pun boleh)


Cara-cara


1. Pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul dengan kelajuan perlahan.


2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai habis dan pukul lagi sampai gebu. Lepas tu masukkan susu segar atau air tadi. Pukul lagi sampai gebu dan putih.


3. Titiskan pewarna, putar sampai dapat warna yang kita nak


Sumber : Sini


Kalau nak dia naik betul2 sekata, letak half cup je adunan tu. Lepas dah bakar dan sejuk cupcake tu, pandai pandai la kau orang deko guna nozzle. Senang je kannnn. 








No comments: