Wedding Bo & Ada!

KKB – September 6th,2014

Hari jumaat , konon2 standby nak balik pukul 3 lepas tu bos masuk. Banyak benda pulak dia suruh buat. Lunch pun tak sempat. Dah nak cancel plan dengan Fara & Fendi. Ingat nak ambik train tapi jumperoo Fia yang besar dan berat macam makgajah tu acana nye nak bawak?? Grr!

Budak budak ni dragged2 pegi makan cendol lah apa. Pukul 4 baru keluar dari ofis. Lepas mintak bos punya permission lah tapinya.

Ikut Sungai Buloh & Highway Guthrie – Rawang (Ye kot) sampai rawang, rasa & finally KKB. Singgah Tesco Bo mintak beli shoe pad untuk Ada. Dah la tak tau nak pesen macam mana. Call tak jawab, call umah tak jawab. Fendi as usual lah barannnnnn manjang hahahahaha. Ye lah dah la lapor memasing. Nak pegi KFC terus Fendi kata takpe 10minit lagi sampai rumah. Kat umah banyak makanan!

*Konfiden sangat kau kannnnn!!!*

Sampai sampai rumah takde orang sangat. Kaklong tengah setelkan meja makan pengantin, Kakngah tengah buat apam polkadot. Lepas lepas solat, pegi dapo la nak makan n tengok makanan yang konon banyak sangat tu kannn Fendi kannnnnn~

Sekali takde ape nak makan sebab kenduri amik catering so untuk dinner masak sendiri tapi tak start lagi la masak nya. Masing masing dah kebuluran masuk angin siap dah ni. Lepak sekejap bergossip dan menjeleskan Ayong dengan wassap dia bendalah ni:
Ayong dengan konfiden level 99++ "Alah tak heran, nanti wedding kakdila ada" Kondifen je awak kan Ayong? Hahha

Pukul  7 semua menderhaka cakap makteh, keluar jugak. Itu pun terpusing pusing berapa kali uturn entah pegi kedai bunga amik bakul lah ape semua. Minyak dah la takde. Dan dan tu azan. Singgah masjid solat dulu lepas tu baru pegi KFC. Makan sambil gossip hal dunia. Pergh gentle la hoi. Biasa gossip pasal family kalini gossip hal dunia. Hahahaha!

Balik balik rumah dah pukul 9. Tolong kaklong buat preparation untuk candy buffet sambil melantak sweets yang ada. Elok jugak sebab esok tu memang tak sempat nak merasa pun. Lepas tu menolong potong potong bahan untuk popia pulak. Ok, bentang gossip! Hahahahah. Baru lah kenduri & rewang ye dak?

Dah pukul 12 lebih dah tak larat gila, balik homestay. 2 lorong belakang rumah pakteh. 300m kata Pakteh. Bo Epi Fendi entah kemana pasang banner ke ape takde orang nak hantar so jalan je la ngan Fara tengah malam buta ni. Dah la malam tak penah pegi. Pakteh kata rumah hujungggggg sekali. Kami pun jalan la sampai hujunggggggggg sekali. Nyaris nak sesat dah.

Rumah bapak punya besar. Ada aircond siap iron, iron board astro complete. Mandi, isyak, rapatkan katil, gosok baju lalaland with Fara. Yang best, line takde. Esok nak online exam SPA ni. Satu apa pun tak prepare. Lantak!

Esoknya, kocoh kocoh pegi umah makteh sekali internet buat hal bla bla bla! Karang kita sambung cerita pasal exam okeh. 

By 12:30pm settled exam, berkejaran keluar rumah siap siap pegi makan. Fara & Fendi pegi fetch family pengantin. Lama gila. Dah lapar sangat. Makan dulu. Meh mak belanja gambar kenduri sikit.
Malam kenduri. Lawa pulak nih.

Pelamin by Kaklong. Baru start bisnes. Murah dia offer ni. Kalau nak sila lah: D'Adelia Touch & Bridal 

Photobooth Corner

Marhaban. Yang ini lah yang I sempat jadi multitasker sekejap tu. Hahahaha

Candy Buffet Corner. Menjadi la jugak Alhamdulillah. Dan Alhamdulillah takde peristiwa balang pecah hari kejadian pasal balang tu semua kaca T____T

3 jenis nasik kemain kau. Nasi putih nasik minyak nasik hujan panas

Meja makan beradab. Pun by Kaklong

Yeay CikPia datang. With Maklong Aufa. Seronok sangat kena agah dengan Aki

Flowerboys & Flowergirl. Alesha, Amirul & Amjad

Lama naw nak tunggu pengantin sampai pukul 2 lebih.


By 2:30pm, pengantin sampai, jejawab pantun apa bagai then I kerja nya makaaaaannnnn je lepas kuih rojak semua lah. Then berlaku kekecohan bilamana owner homestay suruh clearkan rumah nak bagi orang lain masuk. Gila tak menyempat! Terkocoh kocoh kitorang ke sana. Dengan Iman Adam nya nak ikut tetengah hari buta tu. Lepas tu dah sampai rumah pakteh, keluarkan jumperoo gajah Fia masuk kereta pulak. Dan dan tu la teringat handbag tertinggal bawah katil kat homestay Cuma bawak purse je pagi tadi. Nasib ada Ayie, start kereta pegi ambik. Lepas tu sampai rumah Dila pulak suruh try baju bridesmaid. Labuh ya ampun tapi boleh lah kot pakai heels. Dan fits me VERY WELL (read:ketat) biasalah gemok kan! Dah reda pegi zuhur jap. Dah siap Fara panggil ajak bergambar pengantin. Dengan telekung telekung bergambar dengan Ada. Sarung tudung pose depan pelamin lepas tu. Ha kecoh sungguh rasanya hari kawin Bo! Lepas asar, kemas kemas barang-nak balik-tak balik-nak balik-tak balik last last balik lepas magrib.


Dekat dekat pukul 6, pegi join Bo & Ada outdoor. KKB banyak bangunan lama syiok! Tapi photographer tak berapa nak syok sebab entah macam tak reti cari port cantek. Beria I ngan Fara kutuk kutuk photographer tu kata tak pandai amek gamba asek asek kat port sama. Sekali kaw, bila gambar tu dah duduk dalam camera, nah: 
Eh real pulak kau eh air segala bagai tu.


 Then me & fara apa lagi ke depan ke depan sikit ada mural yang gila comel. This:
 
Jemur kain pukul 6 petang kak? Kekekekeh.
Hahahahha.
Kuala Kubu Baru

Kemudian bergerak ke Empangan Sungai Besar eh if Im not mistaken yang mana I dengan konfiden nya baca Empangan Sungai Buloh. Bole?? T____T

Tapi!!!

Hari mendung dan Nampak belah sana dah hujan. Berlari I dengan Fara berpecah dengan Bo. Pasal kami dah Nampak port cantek. Langsung lupa nak bagi bunga dekat pengantin.




Kemudian, balik. Mandi mandi siap siap, lepak kejap baca wedding guest book. Tak menahan betul siapa ayat anak anak. Apa entah dah lebih seminggu, dah tak boleh nak recall dah ayat tu macam mana. Ada berumah tangga lah, apa lagi entah tapi memang pecah perut sungguh baca. 

Dah dekat 8:30 macam tu keluar pegi KTM. Bo & Makteh hantarkan. So I ngan Fara pun relax2 sampai Rawang kena tukar train. Ok yang ni serious tak tahu. Masa tu train dah ada pukul 9 lebih. Tapi dengan konfiden dan bodohnya kitorang tengokkkkk je train tu sampai dia patah balik. Eh manalah nak tahu. Train tu tajuk dia KKB. Lepas tu bila dia bergerak, dia macam reverse lepas tu tajuk dia tu tukar ke arah Seremban. Ehhhhhh? Apa ni? Means kitorang dah terlepas train! Hhahahahhaha bengap nya lahai. Tak pergi tanya orang pulak tu. Merasalah tunggu lagi setengah jam for last train. Pakkal ada last train, kalau tak subuh besok 5:45 pagi lah kau balik. 

Mengantuk jangan ceritalah tersengguk sengguk. Sampai rumah Zzzzzz~

Havoc nya kenduri kau Bo!


No comments: