Cuti Merdeka 2014.
Lepas dah tertangguh banyak kali, baru lah dapat celebrate birthday anak anak.
Alhamdulillah abang & kaknelly pun boleh balik.
Cerita kek anak anak ni Ya Tuhannnnnn~
Kecoh!!
Isnin dah tempah dengan
Kak Roha di Mentakab. Lepas tu by Rabu dia message kata nya tak dapat buat untuk edible image sebab orang yang dia biasa tempah tu,
WiraWaja bercuti pulak dah. Terpaksa replan. Takkan nak kek kosong. Kesian anak anak. Cari around Shah Alam so that bole mintak Fara ambikkan. Lepas tu kaklong kata abang jadi balik. Ok cun. Cari belah Bangi/Kajang pulak. Dapat lah dekat
http://www.edibleprint.com.my/ Whatsapp to confirm kan, hantar design bayar, and mintak abang ambik hari jumaat. Berkali kali remind him suruh ambik & bawak balik hahahha. Perangai!!
|
Tak sabarrrrrrrrrr |
So,
Jumaat lepas kerja balik Temerloh. Tengah tengah nak balik tu ingatkan sempat lah nak ambik kek pukul 9:30 karang sekali kak roha kata dia nak balik Kuantan & lalu depan rumah kaklong. So boleh hantarkan. Ok great.
Esoknya pagi pagi hantar Ancik pegi tuisyen, then kitorang pegi beli frozen food dekat Hadad. Beli french fries, hotdog, nugget etc. Balik rumah hantar barang, ambik Iqi hantar pegi tuisyen sama dengan Ancik kat depat TF. Lepas tu masuk TF beli barang nak masak spageti. Ambik anak anak then surprise him bawak pegi pilih PSP & game apa yang nak. Dia punya sinyummmmmmmm~
Pukul 2pm balik rumah, makan solat. 2:40pm keluar balik ke Star Mall Mentakab untuk tengok Ninja Turtle. Dah beli tix siap siap. Masa beli kosong takde orang. Masuk masuk full! Dah la tengah tengah. Overall, awesome! Sangat best!
|
Maaflah anak. Gambar gegor. |
Dah petang, pegi ambik PSP, balik kemas kemas barang lepas magrib gerak balik rumah mak. Excited much tunggu abang sampai. Nak tunggu adam & tunggu edible image tu. Dah dapat, subuh esok tu kaklong too excited nak meletak bendalah tu atas kek.
So bermulalah hari birthday. Walaupun nak buat makan makan waktu malam tapi siang lepas lunch dah start potong2 apa yang patut. Petang keluar sekejap pegi beli hadiah. Hadiah adam too. Tak aci karang dia tak ada. Balik asar, masak masak & goreng goreng apa yang patut, lepas magrib, jiran jiran datang.
|
Bersungguh usaha Iqi nak blow belon tu kasi besar. As usual, fevret kaler, ijau! PakNgah tengah nak buat pedang. Eeeeee seriau sungguh la! |
|
Tak pelik lalu kat orang lain tengah berkecah dalam rumah nak buat preparation. Diam diam main bubble sendirian. |
|
Macam biasaaaa. Adam bersama Mentor. Membingit la satu rumah dari luar dalam beranda ke dapo ke bilik meniup benda ni. Baju Pakngah hadiahkan. |
|
Lepas magrib. Jiran jiran dah mula datang |
|
Fia toksah la garang sangat macam makde. Eh? Adam dah nyaris banjir masa ni makde tak bagi dia bergambar sekali hahahahha "Eeeeee biar lah!" ayat dia nak cover malu. Ololo cayang cayangggg~ |
|
Yeay the cakes!!!! Design by me. Hahhaha Nak jugak nama kennn tak senonoh! Kiri: Chocolate Lapis Cheese Kanan : Red Velvet Lazatnya Ya Allah~ Murah pulak tu! 1 biji RM35 ok. RM35!!! Order here:- Kak Roha, Mentakab, Pahang |
|
Bacaan doa selamat oleh ustaz / Abang Azi |
|
Iqi dah tido. Ancik selamat dengan PSP dia. Tinggallah Adam seronok membukak hadiah dari makde dan pakteh. LOL! Tak pasal pasal awak dapat hadiah birthday sekali |
|
Lepas tu Umi Abah ajak balik rumah Uwo tapi makde tak ikut. Maka, awak badan dah penat lembik out of battery, memang merepek la cerita dia kan? Mengamok menangis nak makde ikut balik. Last2 tepuk tepuk tido.
Tshirt by Shanell. Kalau nak boleh pm Shanell Sourvenir. Nak pesen apa, nak gambar apa, nak baju baby baju tak baby semua boleh. Harga murah kain sedap!
|
No comments:
Post a Comment