Throwback.
Tak.
I yang malas nak upload.
Tapi kalau tak update, rugi lah.
Iman Adam, besar esok awak tengok lah perangai awak masa kecik. Begini ye nak.
Masa sampai dekat mall ni, awak nampak signboard je pun dah teruja bukan main.
Sekali nampak maskot ultraman dan semua anak anak baya awak yang gila ultraman beratur take turn untuk bergambar. Awak memang on the list lah. Nama nak ketinggalan memang tak ye.
Dua kali ok. Dua kali awak bergambar.
Sebab pertama, awak masih rasa berada di dalam alam mimpi like eh betul ke ni ultraman? Wah kagum nya! kagumnya! Selalu tengok dalam lappy, dalam macbook, dalam tab, dalam hp. Sekarang, nah! Ambik depan mata kaw kaw.
Sebab kedua, tak puas hati sebab kali pertama gambar adalah masih dalam keadaan bingung, mulut ternganga tak percaya.
Sebelum Ultraman balik, awak dengan sopan santun nya, berkejar ke pakcik ultraman tu nak bersalam. Ah budi pekerti betul awak Iman Adam hahahaha. Tak buat dek orang nak!
Lepas tu cakap dengan Umi, "Nanti bawak Ultraman datang rumah Adam ye Umi. Boleh mandi kolam"
Erk!
No comments:
Post a Comment