Haritu buat bubur kacang macam fail sebab kuah dia meresap dalam kacang apa kena entah. So tak payah upload lah. Bubur jagung ni ok. Jagung dia superb. Manis!! Makan mentah pun sedap.
Bahan-bahan:
2 tongkol jagung, hiris ambik isi dia.
Santan kotak 200ml
150liter air
4 sudu besar sagu
1/2 sudu garam
6 sudu gula
1//2 ketul gula melaka, potong kecik kecik
Cecara:
Basuh jagung, toskan
Basuh sagu, jangan rendam. Toskan.
Masukkan santan, air, jagung dalam periuk. Didihkan, api kecil.
Masukkan garam, gula, gula melaka. Kacau sampai gula melaka hancur.
Masukkan sagu. Kacau sekali sekala. Tunggu sampai sagu jernih/kembang.
Tutup api.
Lidah ada, sila rasa manis tawar masin dia. Rasanya kalau ikut tekak aku yang ni better. Resepi asal dia aku tambah tambah.
santan kotak adalah paling senang. pekat dan likat. aku rasa nak minum je santan tu +__+ |
bawak balik kampung, licin ho liaaaauuuuu!!! |
Nota pengajaran : Akak ipar aku beli jagung banyak gila letak dalam plastik hitam nak bawak balik kampung. Aku letak tepi pintu. Abang aku ambik pegi buang. Dia ingat sampah. Padan muka masing masing. Lain kali jangan letak plastik hitam, jangan letak tepi pintu, letak dengan beg beg balik kampung supaya nampak tak sampah dan agak agak cek dulu sampah boleh? Hahaha. Haih takde rezeki nenek aki wo atok nak makan jagung key elllll.
No comments:
Post a Comment