karya terbaru Lynn Dayana |
Klik gambar untuk baca sinopsis. Sinopsis je buat aku tak tentu arah nak dapatkan novel ni aritu. Ini kalau buat drama bersiri ni kalah Nora Elena ni aku rasa.
Cerita ni berkisar pasal Maya dan pakwe pakwe di sekeliling dia iaitu Reza, lelaki yang dia gila gilakan dari zaman sekolah rendah tapi mamat tu sikit pun tak peduli pasal dia, end up dapat tau jadi gay. Adnan, bekas tunang, bila muncul balik sebelah rumah, dah kawin ada bini tapi bini tak boleh ngandung, tu yang angau balik nak dapatkan si Maya. Haqiem, jugak jiran sebelah rumah, bekas kekasih dan muncul Haiqal, jejaka sweet sampai sudah.
Juara Carta Cinta memang gila! Gila sungguh. Semalaman aku baca sampai pukul 4 pagi. Siap menangis bagai bengkak bengkak mata. Padahaaaalll mana ada pun part over sedih. Aku je beria imaginasi terlajak. Padahal cerita ni banyak yang kelakar. Tersengih sengih tergelak gelak aku. Nak jugak sudahkan baca. Nakjugak. Sudahnya terlajak lajak sampai 4 pagi. Dapat pulak astro lupa bayar, internet hidup segan mati tak mau. Lagi lah takde benda nak hadap.
Mula mula aku baca cerita ni pasal Maya. Cool je watak dia neh. Maya ni novelis dan ada kedai cenderahati. Julie dengan Laila pembantu kedai dia. Budak berdua ni memang kecoh. Masuk part Mimi, minah gedik sengal gila, jiran baru yang sangat annoying. Mimi tolong sepupu dia Haqiem pindah rumah. Tapi lagak Mimi dah macam bini Haqiem. Padahaaaal sepupu je kot. Dapat pulak si Haqiem ni ex-boifren Maya. Haqiem seronok lah. Boleh sambung balik hubungan konon. Maya dah sakit kepala mana nak layan perangai Haqiem, perangai Mimi. Si Haqiem plak jenis berlembut hati sangat dengan Mimi. Boleh biar je Mimi dok maki maki Maya. Hoih kalau aku laaaaah dah lama Mimi tu aku siram dengan air panas.
Part tak boleh blah, Maya duduk lepak dekat balkoni layan lagu. Si Haqiem tegur. Lepas tu datang Mimi menyibuk. Beli pokok konon. Nak kasi Haqiem oksigen konon. Tengok ni :
kelakar! |
Elok je jiran sebelah takde kat rumah, si Maya pegi siram pokok Haqiem dengan air panas. Sampai kiamat pun tak subur! Hahaha.
Tak habis dengan jiran yang tu. Dapat pulak jiran baru, Intan. Sopan baik peramah. Ok la. Tapi tak lama! Rupanya Intan tu bini bekas tunang Maya, Adnan. Dah pulaaaak. Nak terbalik dunia Maya rasa. Sebelah sini bekas pakwe, sebelah sini bekas tunang. So, bermula la episod nak merebut hati. Sampaikan bila Intan dapat tau, dia kasi Maya karipap inti julap. Nasib jugak Maya tak makan, dia kasi kat Julie.
Haqiem bersungguh nak tawan hati Maya balik |
Dalam pada tu, ada jejaka lain yang menarik minat aku dalam novel ni. Awesome gila mamat ni. Kelakar manjang. Kepala penuh idea itu ini. Haiqal. Nah sikit:
Haiqal memang fun gila. Adakah berkenalan letak nama Mohd Stranger? Tak patut!! Maya makin lama makin senang dengan Haiqal. Elok pegi dating berdua, dah Maya kena petir pulak dah. Lepas tu, macam macam benda pelik Maya dapat. Mimpi seram. Ada mati mati bunuh bunuh, ada orang mintak tolong. Sampai dia nak jadi gila. Cuma Haiqal je yang dia percaya nak cerita dan tolong dia. Masa Maya masuk hospital, tiga tiga orang mamat ni ada datang. Ha gasak la situ semua nak berebut si Maya. Adnan pun tak sedar dah ada bini. Naaaakkkk jugak. Dapat pulak tau Intan mandul. Hah lagi lah dia tawar hati dengan Intan dan mengharap dekat Maya. Kesian gila dengan Intan. Haqiem elok elok sweet dari mula dah jadi macam kesian dan annoying sikit. Haiqal je yang sweet sampai sudah. Ecewahhhh.
haiqal yang penuh dengan teori dan falsafah |
Satu hari, tengah tengah malam, Maya dapat mimpi lagi. Cecepat dia call Haiqal then Haiqal bawak dia keluar. Bila dah pagi, diorang balik rumah, Haiqal tumpang solat. Maya duduk dekat balkoni. Bila Haiqal keluar, Haqiem nampak dan salah faham. Dia ingat Maya berdua duaan dengan Haiqal. Patut la Maya ye ye tolak dia.
Dah dasar orang sakit hati, Haqiem call mak ayah Maya kasitau pasal Maya. Ayah Maya terus call mak bapak Haiqal ajak berunding pasal dah kenal masa Maya masuk hospital dulu. Tak lama lepas tu Maya kena balik kampung dan terus kawin. Dah ala ala Nora Elena, balik kampung tengok pelamin bagai dah siap. Haiqal pun gabra gila kena nikah. Memang lah dia nak tapi tak secepat tu. Gabra habis. Dalam pada tu bersyukur jugak dia pasal Haqiem buat report dan fitnah diorang, dapat dia nikah dengan Maya. Hahahaha. Padan muka Haqiem. Makan diri. Last last Haqiem pasrah, terima Mimi. Macam kaduk naik junjung la Mimi dapat Haqiem. Hahahaha. Adnan dengan Intan pulak amik anak angkat.
Pasal mimpi Maya tu rupa rupanya si Haiqal ni penulis novel thriller paling popular. Karya terbaru dia nak cari cover lukisan yang berkaitan la. Rupanya mamat yang lukis gambar cover tu pembunuh kejam. Dan benda tu berkait kait la dengan Maya yang akhirnya Maya dapat tolong setelkan kes orang hilang mati kena bunuh tu.
Overall cerita ni memang best gila. Macam macam elemen ada. Buat aku nak ulang ulang lagi baca. Part Haiqal la paling layan sekali. Best!! Tagline dia pun best
Kembali sayangi aku – Adnan
Mari Raikan Cinta - Haqiem
Aku + Kau = Cinta Atas Awan – Haiqal
No comments:
Post a Comment