Jodi Picoult – Change of Heart

Sebenarya, masuk Popular dekat IPC haritu, aku nak beli satu novel romantik komedi thriller melayu, tajuk dia Juara Carta Cinta. Aku baca sinopsis macam best gila kot. Sekali cari punya cari tak jumpa. Tanya pekerja situ, dia check habis stok. Kecewa!

Belek lagi novel lain, tak de dah yang berkenan. Pasal aku fikir, takpelah, boleh order online. Lagi murah kot!
Jadi, aku pun pergi lah dekat section bahasa inggeris. Eh, macam syok jugak layan novel english pasal aku sekarang banyak masa terbuang. Kalau baca novel inggeris mesti lama nak layan. Almaklumlah, bukan aku anak mat saleh yang cair inggeris nye. Kalau novel melayu tak payah cakap. Sehari dua hari habis khatam.

Belek belek dan belek, dapat lah satu buku. Aku fikir, kalau cari novel romentik mesti aku tak habis baca pasal tak paham sangat. Bukan macam novel chenta melayu, laju je berderau derau masuk menusuk kalbu. Hahaha.

Jadi, aku pilih thriller novel. Pasal kalau thriller ni dia macam obses sikit nak baca, nak tau lagi dan lagi. Tengok dekat fiction, nampak lah satu novel ni. Tajuk dia aku tak layan. Aku cuma fokus part “Number one bestselling author”. Jadi kalau ada word macam tu mestilah novel tu best kan? Err..Ke tak?

Lepas tu pulak wording dekat depan cover dia tu buat aku tertarik. “Your daughter needs a new heart. The only match comes from a murderer. WHAT WOULD YOU DO?” Pandai! Pandai dia buat aku tertarik. Bila macam tu, kita rasa nak baca lah kan kenapa dan apa jadi lepas tu. Sinopsis dia pun best. Ada la lagi dua tiga novel dari penulis ni yang macam menarik. Tapi sudah lah berbahasa inggeris, harga pun mahal dari novel berbahasa melayu lain. Jadi, perlahan perlahan lah. Kita sudahkan ini dulu.

Jadi, aku pun tak tahulah zaman bila aku akan habis membaca novel ni. Sebab tu buat dulu entry. Nanti kalau dah sudah baca baru aku review. Yang aku tau, mesti makan minggu jugak nak habis ni. Ye lah minggu, kot bulan? Kot tahun? Hahahahha!

Takpelah, janji aku ada benda nak dibaca. Dan oh, ini novel inggeris pertama aku beli. Harap harap berbaloi lah. Sila tepuk!






Oh damn, malam tadi tidur terbawak bawak dalam mimpi. Ape jenis perangai ni hah?


No comments: