Ole ole Bali

Menjadi kegilaan aku, asal orang nak pegi berjalan je aku cop siap siap fridge magnet. Padahal haram takde peti lagi tapi FM dah berlungguk aku simpan dalam kotak. Esok esok ada peti sejuk sendiri taaaddaaaahhhh terus penuh peti aku. Tak kesah lah mana mana destinasi pun hatta Zoo Negara sekali pun aku beli. Oh itu kemudian.

Haritu kazen aku, Ayong pegi Bali. Dah dasar pendengki tak dapat pegi, aku cakap dengan dia, Bali untuk pegi romen romen boleh la. Ini pegi dengan emak emak sedara bapak bapak sedara semua apa cerita. Tak syok langsung. Biasalah. Dengki kan. Cuba kalau aku dapat pegi, mesti lain ayat yang keluar. Hahahaha.

Jadi,aku pesan dengan dia siap siap beli kat aku fridge magnet. Dia kata dah beli. Dah balik sini, kazen yang lelaki tu , Ayie apa pasal entah tak nak balik rumah terus dengan family so lepak rumah abang dulu. Eh eh dapat ole ole. Mula mula aku ingat dia nak kasi singlet Bali. Ok ape pakai malam malam nak tido.. Abang je dia kasi. Tapi ok la dia kasi aku neh ha :


Sangkut dekat purse. Senang tak payah gagau raba dalam beg.
FM masih di tangan kazen perempuan tak jumpa jumpa lagi so tak boleh ambik lagik. Haritu ada perangai kumpul keychain ni. Tapi lama lama tak minat dah. Eh, minggu depan birthday. Sila kasi hadiah fride magnet ye (: 


No comments: