Siapa kata Filem Karak tak best?

Minggu lepas takde ape nak buat, aku download cerita Karak. Lepas tu nama nak tengok sorang sorang memang tak lah kan! Lepas tu, aku tengok dengan abang. Itu pun berpeluk bantal tutup muka. Dah separuh tengok, boleh abang masuk tido. Aku nama nak sambung tengok memang tak lah kan!

Jadi petang semalam tengok semula dengan kakak ipar aku. Sebelum tulis ni aku banyak baca review orang. Even sepupu sendiri pun kata rugi gila tengok dekat panggung. Tak seram langsung! Jadi, makin beria lah aku nak tengok pasal kenapa semua orang kata tak best hah? Tapi, bila dah habis tengok, aku dengan kakak ipar kata ok je cerita dia. Best je. Kesimpulan aku, orang ramai tak faham cerita tu kot. Mungkin jugak jenis ego tak nak percaya ada hantu iblis, gangguan, mungkin berlagak berani dan sebagainya lah.

Cerita karak ni banyak yang kita dah dengar berulang ulang. Volkswagen kuning dan sebagainya even haritu aku ada baca satu blog himpunan kisah kisah hantu dekat karak ni. Mana entah blog tu tak ingat dah. Search tak jumpa pulak.

Ini je gambar aku berani letak. Nama nak letak muka hantu? Kirim salam!

Ok, cerita dia pasal Jack, Ida, Zura dan Nik. Diorang nak balik Kuantan pasal nak pegi majlis hari ke40  abang Zura tu meninggal. Kalau tak salah. Zura dengan Nik ni couple. Masa dekat highway, entah macam mana kereta banyak gila. Jam manjang. So diorang cadang nak ikut jalan lama. Si Nik dengan Zura ni kira percaya jugak la hantu hantu ni semua. Ida dengan Jack harapan lah. Memang tak percaya langsung katanya.

Bila sampai dekat satu pekan kecik ni, Jack nak terkencing. diorang pun berenti. Jack pegi toilet. Gila toilet memang buruk seram nak mampus tapi! paip dia bersih gila lol. Lawak pulak aku rasa. tak logik langsung. Ok tolak point kat situ.  Sebelum masuk toilet Jack kena tegur dengan budak sekolah yang mata dia kena cucuk tak  tau pasal apa. tak ingat mitos hantu tu. Lepas keluar toilet tu, Jack kena tegur dengan perempuan berkebaya nak cari anak dia. Part putus kepala tu nampak benar kepala patung. Potong markah betul. Start pada tu, Jack dah macam cuak jugak la. Dari tak percaya ha kau mula la nak gelabah.

Diorang teruskan perjalanan, tetiba ada kereta main cucuk cucuk kat belakang, bila kereta tu potong diorang, driver tak nampak, tapi penumpang dia perempuan berkebaya tadi. Jack dah cuak gila.  Tak lama lepas tu kereta tu cucuk lagi. Jack kata kereta yang sama tiba tiba Ida jerit pasal nampak budak sekolah kat depan diorang tengah tengah jalan. Tak sempat nak elak, booommm!! accident, masuk gaung.

Zura seorang je tercampak jauh. Bila sedar dia berlari cari kawan kawan dia. Bila dah jumpa tu, diorang nak cari jalan keluar then ternampak rumah lama. Pegi la menumpang kat situ. Rumah Tok Malam, orang Asli. Im glad aku boleh paham cakap dia. Hahahhaha even takde subtitle. Hoyeah.

Lepas Zura masuk bilik. Dah masuk rumah orang diam diam je la. Ni pegi bukak bukak laci la apa tengok barang. Nampak rantai dengan sejadah. Aku dah agak tu rantai bini Tok Malam. Tok Malam pulak buat tak tau je dekat Nik dengan Jack. Lepas tu berlaku la macam macam benda. Si Zura kena rasuk pakai rantai tu, kawan kawan dia hilang, mati. Aku dah tak best dah ada part mati mati neh. Last sekali, Zura sorang je terselamat lepas puas bertarung dengan hantu hantu tu.

KOMEN MEMBINA
  1.  Masa scene pertama tu, yang laki kena makan dek jembalang atas kereta tu betul betul buat aku meremang. Polis pun real berlakon muka pucat pucat sebab pernah dengar cerita tu. So bila di visualkan mak aihhh...seram. 
  2. Part Zura takut takut baca ayat kursi sambil nangis tu boleh tahan. Takde la bingit sangat telinga
  3. Aku memang tak expect langsung lepas diorang accident tu rupanya Zura sorang je yang hidup. Lagi tiga tu roh kawan kawan. Bravo. Padan la Tok Malam buat tak tau je dekat tiga orang lagi tu. Pasal dia nampak sorang je.
  4. Ending last tu sapa tak paham, walaupun wartawan tu kata sorang lagi masih belum dijumpai, tapi sebenarnya Zura tu wujud dekat situ cuma wartawan yang tak perasan sebab bila dia menjerit kan semua orang pandang. So orang nampak la dia. Cuma nya tak nampak Nik je.  
  5. Bilamana Zura bukak Surah Yasin tu dia nak baca, then takde tulis ape, kosong je, memang meremang aku. 
  6. Ending dia gila tak sangka. Aku baru nak happy pasal at least couple tu selamat la. Sekali amek ko, yang dengan dia tu roh. Perghhh...berair gak la mata masa Zura nak lepaskan Nik tu. Trauma beb kalau in real life. Aku ni dah la tak boleh isu isu mati. Good job. Ending not bad. 
  7. Overall, jalan cerita takde la straigth sangat. At least aku tak expect pun yang dengan Zura tu roh kawan kawan dia dan hanya Zura yang selamat hujung hujung cerita. Itu aku la. Orang lain kalau dah expect sebaliknya aku tak tahu lah. 


KOMEN TAK BERAPA MEMBINA
  1. Masa dalam kereta gedik aih Ida tu. tengah tengah gelap boleh pulak dok sibuk dengan mekap dengan lipstik dia padahal abang baru meninggal tu. Haih.
  2. Paip air dalam toilet buruk tu jangan la bersinar sangat. Nampak benar macam baru
  3. Kepala putus, aduh tak real
  4. Music kuat sangat. Kadang kadang macam tak kena dengan scene
  5. Scene dah nak pagi dekat kubur tu adeh dah macam zombie seko seko. Potong! 
  6. Tiba tiba lah pulak dah tumpang rumah orang, pegi mandi kat luar berkemban. Like hellloooo gila berani kau nak mandi tengah tengah hutan? Dah la berkemban satu hal. Takde point langsung kat situ. 
  7. Shahir kaku esp. bab bab nak berpeluk. Kahkahkah
  8.  Scene last tak perlu lah nak letak hantu tiga eko rock dalam kereta tu. Potong gila ending!
  9.  
Eh, kenapa banyak yang tak elok je dari yang elok? Hahahha. Overall, ok cerita dia. Takde la huru hara sangat. Pengajaran yang paling penting ialah :  
  1. Semoden mana pun kita, ingat la weh iblis tu tetap ada.
  2. Sebaiknya kita tahu maksud bacaan kita. Sebab ada kes masa histeria kat sekolah dulu ustaz cerita, iblis ni kadang kadang dia bleh ajuk balik kalau kita baca ayat kursi dalam bahasa arab.
  3. Kalau setakat pandai baca surah, ayat ayat,  pandai mengaji tapi tak amalkan, tak solat, tak guna.
Jalan lama tu aku tanya abang, dia kata naik ikut Genting Sempah.  Phewww ingatkan jalan yang biasa kitorang lalu tu. Exit ikut pekan lama. Tapi yang tu pun abang kata ya. Gila babi seram. Memang! Dah la kawasan situ lampu haram takde. Bila exit pekan tu kedai kedai semua kayu. Buruk buruk seram sungguh lahhhh. Dah la haritu kereta pancit pukul 1 dekat jalan lama tu. Nasib la hujung hujung samar samar nampak cahaya rumah orang. Adam pun nasib jugak la tidur tak bangun bangun. Tahan orang, tak de nak berenti. Kalau ada pun takde yang ada spanar. Lori dok hon hon. Aku dah cuak mana tau atas ke belakang aku ke ada apa apa. Hommai!

Sejujurnya, bagi orang yang penakut dan tak boleh tengok muka hantu macam aku ni, memang tutup muka la tengok cerita ni. Elemen seram tu memang akan sentiasa aku hadapi. Tapi bagi kau orang yang berjiwa kental, pemberani sangat lah konon, memang la cerita ni picisan je kot. Tak seram langsung katanya. Entah lah. Lain orang lain jiwa dia. Dah kalau semua orang jiwa sama je tak best lah jadi orang. 


No comments: