Bayi Paling Comel 2011

Wah kau tajuk tak beragak, tapi sila betulkan kalau aku silap lepas tengok baby ini:

Kalau dari pandangan mata kau tak comel juga, maka aku cadangkan agar kau pergi lah buat pemeriksaan mata.

Well, ini baby lahir 3.51kg, normal delivery. Aku agak er terkoyak kot. Hakhakhak. *gelak gelak, kau esok camana nasib entah* Sudah la lebih due tiga hari, dah nak terberak pun baby. Fuh, nasib cepat kau keluar. Kalau tak merasa la melepak dalam ICU. Nauzubillah.

Rambut subhanallah punya hitam dan lebat. Lembut pulak tu. Suka aku usap. Mak dia kata senang nak beranak kalau rambut lebat. Ye eh? Tapi cukup 7 hari abah dia botakkan dah.

Ini lepas botak. Subhanallah punya comel kan?

Sudah lah comel putih melepak macam anak mat saleh, nama pun sangat wallah! Adwa' Humaira binti Khairuddin. Adwa' Humaira : Cahaya Kemerah-Merahan (Makcu aku lah yang kasi tau maksud) Oh well, ini anak ke empat makcu aku. Agak agak aku panggil dia Merah, Kena sekeh tak?

Dari kiri : Aufa Hanina, Arfa Haseena, Amjad Hakimi & Adwa' Humaira. Dah camana yang last tu tak comel kalau dah kakak abang dia cantik dan hensem?


3 comments:

Tuan Penasihat said...

nasib sebut 2011.
kalau sepanjang masa mesti TP yang menang.
huhuhuhuhu...
jangan marah. comel budak tu.
mudahan menjadi orang yang gemilang bila dewasa.

fynahere said...

omg! baby tu macam baby jepom!

MOMMY CGG said...

nurul..

mmg sangattt comel..
super duper..

geram tgk