Minggu orientasi tingkatan satu

Secara jujurnya memang aku tak nak pun sekolah dekat sini. Alih alih bila Mak kata masuk sekolah itu. So takde pilihan. Dah lah kena duduk asrama, masa tu pulak bulan puasa.

Kawan kawan rapat aku takde yang masuk sekolah tu. Eh ade tapi dia macam boleh survive. Sekejap je dapat kawan. Aku payah sikit pasal muka jenis nak sombong pfffttt…roomate budak tingkatan satu pulak jenis baik decent bagai lagi lah senyap je kan.

Dah kata bulan puasa, harus lah kena bangun sahur kan. Tak pernah pernah bangun pukul empat pagi kau, menggagau bangun menangis nangis cari baju kurung tudung kasut beratur panjang panjang nak masuk dewan makan. Lepas tu waktu siang biasalah hari sekolah, aku tak ingat la plak macam mana orientasi dia.

Cumanya, waktu malam, boleh kira la berapa orang je budak budak tingkatan satu yang tak menangis. Normal ah menangis, lagi lagi bila mengenangkan bukak puasa makan tak best macam kan rumah. Memang tersedu sedu la kau atas katil dalam bilik.

Datang pulak kakak kakak senior suruh chill, pujuk pujuk ah lagi lah. Makin ke orang pujuk makin ke galak menangis.

ini lah asrama aku. bilik aku tingkat dua, bilik nombor 2A. tu nampak dalam gambar ni belah atas. kat kerusi batu ni, kat sini lah masa tingkatan lima petang petang kami lepak ramai ramai. atau lepas gotong royong tiap tiap hari ahad. sini lah tempat lepak, tempat sembang, tempat skodeng asrama lelaki. hahaha. public phone pun sebiji je masa tu. kau tengok sekarang? empat!! budak budak ni study ke bercinta bergayut? dan macam macam aktiviti lah kat sini. tapi masa tu takde lagi kerusi batu macam ni. duduk baring baring atas rumput. cool! lepas tu kena sergah dengan warden pasal tak senonoh sangat baring kat sini dan nampak dek bebudak lelaki dan ustaz karang. oh rindu ah. 
::gambar rembat dekat website sekolah::

Ah memang banyak gila la memori duduk asrama. Bulan kedua je aku dah buat hal. Tingkatan dua langsung kena tendang tak payah gatal nak duduk asrama. T___T

Dan lagi, biasalah bila kau masuk tingkatan satu, akan ada kakak senior yang bajet best gilaaaaaa bajet dialah segala galanya yang best gengster dan sebagainya padahal kau langsung tak gengster ok. Dah la tak lawa, buat perangai tak lawa, memang tak lawa la jadi dia.

Masa minggu orientasi ni jugak la selipar aku kena kebas. Cari punya cari ada depan bilik kakak tu. Nak ambik tak berani. Dia dah ada bunyi bunyi nak sound. Jadi, pandang je lahhhhhh.

Macam pfftttt!~


No comments: