Toy Museum, Penang

Kat area jalan nak pegi teluk bahang, dekat dengan masjid tsunami, jalan tanjung bungah. Itu kalau aku tak salah la. Kalau salah er maaf le. Teruja sungguh rasa masuk sini. Bukan aku la tapi Syahmie. Jangan tanya lah berapa ringgit masuk sebab aku dah lupa sebab bukan aku yang bayar. Haha. Jap survey, ha, harga masuk dewasa sepuluh ringgit bebudak enam ringgit. tetiap hari bukak sembilan pagi sampai lapan malam. Masuk Malaysia Book of Record lagi engkau.


ehem ehem! hahaha sila jamu matam bluwek.

naaahhhh..aku tak tau apa nama menatang ni entah. jangan tanya.

horrrr...hak ni eksaited ok. ingat dulu kecik kecik bapak la penakut menangis tengok dengan kazen movie ni. sebab tu aku tak minat sangat anak patung. takut jadi macam chucky ni ha. kejam kau. 

eh eh dia pegang bahu aku? hikhik

fantastic four

abam betmen dengan shrek. comel je anak anak shrek tu bergayut. haha

ini patung jugak ah?

monster inc. tapi sayang boo takde. dah ah comel! 

baaaa..nak sepak aku? kemain kau hehe. cerita ni kelakar. kungfu panda!

Mr. Incredible! Cerita ni aku dah hafal semua dialog dia. Punca, lepak dengan sepupu kecik dok replay hari hari movie neh.

Eh sekarang ni siapa yang teruja? Aku ke syahmie? Nampak macam gambar aku je yang bersepah. Hahaha.

Well, banyak lagi koleki toy. Lord of The Ring, X-Men, Star Wars, Smack Down, Dinasour, Doraemon, IP Man, The Matrix, Ironman, Star Trek, Harry Potter dan apa apa lah kesukaan lelaki memang bersepah tapi sebab aku tak minat haram lah nak amik gambar.

Memang worth la pegi sini. Kalau ada kesempatan boleh la pegi. Rambang mata nak capture gambar sampai habis bateri T___T


No comments: