So, sebelum cuti panjang CNY haritu, I beli action cam brand SJ5000X Elite. Lepas tengok review, gambar cun juga so okay lah. Price per box masa tu ada sale dapat lah RM399 (Free postage), tak campur accesories macam monopod, bobber floating monopod yang warna kuning untuk guna dekat pantai/sungai/tasik dan sebagainya tu. Tak campur juga extra batteries. Tapi dia dah siap sekali dengan waterproof casing.
Okay lah kan, kalau I ni diver, nak gambar cantik2 underwater, wajib rasanya simpan duit beli Gopro. Tapi ni, berenang pun tak lepas so SJCam sudah lah kau.
So, this is my new baby:-
Nak check original ke tak SJ5000X Elite ni, dekat box tu ada code ni, scratch and scan bar code tu |
This is the setting of SJ5000X Elite For more & complete review boleh google atau refer here : https://pevly.com/sjcam-sj5000x-elite-review/ |
I nak warna merah mula-mula sekali habis stok, hhmm, hitam je lah.
So , masih dalam proses menggodek setting dia. Which I dont know macam mana nak set kalau kita snap video, dia akan auto-capture photo. Anyone? Haritu baca review GoPro boleh. Kalau photo & video lapse boleh lah.
Tujuan action cam? Sebab dia wide angle. Lol. Senang nak record video anak-anak buah. Errr, tu je kot? Oh yes boleh masuk dalam air let say pegi waterpark. Jadilah kan.
Battery? Kuat makan battery juga dia ni, nak nak kalau kita on wifi untuk connect kepada handphone.
So balik kampung haritu, Temerloh banjir. So singgah tepi sungai pahang tu sekejap untuk ambil gambar. Dan, lawa pulak gambar. Hahahaha.
Banjir Sungai Pahang 2017 |
Esplanade, Temerloh |
Temerloh |
Dataran Patin, Banjir 2017
|
Masjid Sultan Abu Bakar, Temerloh |
Playground nearby rumah |
Tapi untuk video, I tak tau salah setting ke cemana sometimes dia macam ada garisan2 pulak kat video. Jenuh jugak. Hmm. But overall okay je.
Setakat ni puas hati lah. Yang penting gambar cantik, video cun. Okay lah kan? Cuma untuk dalam air tak try lagi. Kononnya nak pergi waterpark balik haritu, dah sekali banjir, memang betul2 waterpark jadinya Temerloh Water Park tu hahaha.
**Gambar semua snap guna SJ5000XElite, setting semua auto, wide angle 170 & sedikit editing/color brightness by Photoscape**
No comments:
Post a Comment