Lady Drive : Kena Langgar

Balik cuti CNY haritu memang malas sangat nak balik rumah terus. Kononnya nak pegi rumah Kaklong dulu then esok nya baru balik rumah mak. Sekali boss tutup office hari jumaat. Khamis petang baru dapat tahu then tak kemas baju pun. Ingat Jumaat petang baru nak balik.

So, decide balik Jumaat pagi. Lepas dah settle isi angin semua, ya, first time belajar isi angin. Thank you Uncle yang tolong ajar kan tu. Semoga hidup bertambah baik.

Then Mak call suruh balik rumah dulu. Okay lah balik lah lepas settle few things kat bandar. Sampai rumah parking lah bawah porch sebelah kereta abang. Pastu mak suruh alih sebab kereta Abah macam ada leaking sikit kat bumbung so nanti Adik balik dia nak park kat situ. Okay, I pun alih.

Then park depan rumah tapi bukan port biasa, terkedepan sikit, near by pokok kelapa tua. Mak suruh alih lagi sebab takut buah kelapa tu jatuh atas kereta. Okay alih. Ke belakang sikit. Abah pulak kata I parking tengah sangat kang Adik nak ambik side payah. Okayyyyy I mula lah bengang parking situ tak kena, sini tak kena. Last2  I biar je parking kat tengah sikit tu sebab luas kot kalau nak amik side. Lagipun dia lelaki, dah terer bawak kereta mesti boleh adjust. I fikir cemtu lah.

Sekali apa nak kata,balasan Tuhan kau dok bengang-bengang kat Mak Abah. Petang tu mendapat lah. 

Mula nya mak ajak keluar pegi tengok air banjir. Kat Temerloh. So by logic, kalau dah pergi bandar tu, terus je lah tidur rumah Kaklong. Takkan balik, esok pagi pegi semula? So I macam bukanlah malas tapi dah alang-alang. So I kata ngan Mak ala esok je lah pegi. Mak pun dah macam takde mood. 

Nak jadi cerita lepas I dah siap mandi semua petang tu dekat-dekat pukul 6, Adik nak keluar. Masa dia balik tu elok lah parking bawah porch. So I pun okay je lah takde lah nak alih kereta bagai. 

Biasa parking kat C. Tapi lepas dah nak berangin tu, parking A tak kena, B tak kena, I parking C tapi kebelakang sikit. But still, luas lagi kot?


Sekali mana nak tahu, dia mamai ke, dia lupa ke apa ke entah lah, dia reverse berdentum!! Kuat gila okay bunyi berlanggar. Mak tengah solat masa tu berdebar-debar dah dia kata. I dalam hati nak menangis dah. Mati lah! Habislah kereta aku. Memang tak keluar. Tak sanggup!

Tengok pun dari pintu dapur je tanya Adik kenapa?? Dia kata terlanggar. Ah macam bodoh pulak aku tanya sebab dah tahu memang dia langgar. 

Pelik lah kot, selama ni reverse takkan lah laju laju? Memang lah boleh laju sebab kawasan tu luas. Tapi come on, tak perasan ke kereta merah menyala kat belakang?? Okay husnudzon, maybe dia terlupa sebab I dah lama tak balik so biasanya takde orang park kat belakang tu. 

Okay lah lepas dia check-check dia keluar. 

I pun keluar lah nak polish sebab mestilah calar kan. Tapi tengok dari jauh takde lekuk takde apa okay je. 

Sekali bila datang dekat, nah kau:-

Bumper renggang

Lampur break retak sepertimana retaknya hatiku kala itu

Calar balar


Dan dan tu, depan-depan rumah tu jugak I meraung!! Nasib baik takde orang kat luar tu. 

Being me, perempuan yang haram satu habuk pun tak reti pasal kereta, memang lah panik gila, sedih, pedih, bengang, stress = menangis lah apa lagi nak buat. 

Actually bukanlah nangis sebab kereta sangat, sebab tahu benda tu boleh dibaiki, tapi ada reasons behind. Dan salah satunya rasa berdosa & padanlah dengan muka kau, tadi nak bengang-bengang dengan Mak Abah sangat, tak layan permintaan Mak nak keluar. Ha padan muka! padan muka!

Snap gambar, hantar kat Abang. Abang kata boleh repair ni suruh Adik buat. I kata tak nak, nak suruh Abang juga. So Abang kata esok dia balik dia tengok.

Alih-alih malam tengah tidur pukul berapa entah Adik mintak kunci & betulkan part bumper tu. Maka elok lah. Cuma part retak tu lantak lah malas nak kisah lagi. 

Bertabah lah Halilintar. 


No comments: