Recently, I in-charged untuk kemasukan pekerja asing untuk office. So total adalah dalam 10 - 15 orang macam tu. Rumit jangan ceritalah. Kemuncaknya, kena pergi fetch workers di airport. KLIA sana. Strict! Really strict! Untuk pengambilan pekerja asing di KLIA Immigration, hanya yang ada approval pass dari Putrajaya Immigration sahaja yang boleh masuk, belum lagi ceritalah the process nak dapatkan pass tu lagi. Memang memeningkan dan stress.
So one day, supplier beritahu workers akan tiba waktu malam around 10pm like that. So I discuss dengan office boy office yang akan bawa van ke sana, dia kata nak pergi malam. So okay, malam tu juga kami nak pergi buat clearance.
Well, KLIA procedure tak serabut macam KLIA2. Just berurusan di Immigration counter sahaja then boleh keluar. Jalan nak ke foreign worker's arrival hall pun tak kusut. Not like KLIA2, penuh liku jalan rahsia dia I tell you. Pro & Cons jugalah. KLIA luas gila, sampai bertawaf-tawaf I dalam tu going back and forth tapi tak sesak, orang tak ramai. KLIA2 ada polis bantuan akan escort (I dont know maybe my first time went there tak tau mana nak jalan that's why escort), tapi KLIA relax je dia biar I sensorang, suruh ikut another folk yang tujuan sama dengan I. Terkulat kulat lah kita ni ha mengikut. Tapi okay lah, lepas tu pergi next time dah pandai dah.
So, berbalik ke cerita tadi. Lepas dah dapat pass tu, I pun naik lah ke internatiol arrival buat clearance, arrival pukul 10:30pm katanya. Mana tahu bila naik atas tengok information board tu, flight delayed pulak pukul 12am baru landed. So lepak lah minum, scroll FB semua dan 12:30am masuk ke dalam settle kan semua.
By 1am, tiba-tiba officer beritahu 2 orang tak lepas masuk sebab dalam data dalam system salah. Its like dua orang tu, tertukar data each other. Hah! Serious cuak. So kena masuk lah ke dalam Immigration punya operation office. Boleh tahan ya jauh dia nak menapak ke sana. Kalau siapa yang pernah masuk KLIA international arrival hall tu kan ada banyak immigration counter. Ya, for foreign workers punya counter hujung belah kiri, immigrationoperation office pulak nu ha, hujungggg sekali belah kanan.
So, masuk-masuk sana jumpa higher officer juga lah pangkat nya sebab I tengok cop dia tu, dia pun try to help, settle kan apa yang boleh. Malangnya, tak dapat. Lalu I dengan pasrah nya, dah pening kepala, penat, mengantuk semua ada balik lah. Tinggalkan dua orang tu dulu, esok kita find out apa nak buat. Nak call boss pun macam tak best pula dah dekat 2 pagi. Maka balik lah, pukul 3 pagi sampai rumah memang nampak tilam bantal je dah.
Next day, supplier berurusan dengan Kedutaan di negara asal diorang. So, kedutaan kata esok pagi datang jumpa officer yang in-charged. Dia dah deal dengan officer tu dan workers masih belum di cop NTL (No To Land) so tak perlu pergi ke bangunan AMC untuk buat clearance before 12pm. Alhamdulillah.
So. next morning, awal-awal pagi pergi lah lagi ke KLIA dengan office boy. Sampai sana officer in-charged keluar minum pulak. Ok, tunggu sampai officer masuk. Sekali bila jumpa dia, dia kata workers dah kena NTL. Omg! Macam mana ni? Sebab semua orang tahu, bila kena NTL, chances nak clear tu memang tipis gila. AMC people sangat strict gila!
Mujur lah I memang dah prepare surat to AMC siap-siap. So, return pass, keluar KLIA, pergi ke AMC. FYI, AMC ni Airport Management Centre. Bila workers dah kena NTL, KLIA Immigration Officer memang takde hak langsung dah. Apa-apa, semua kena refer dengan AMC.
So we went to AMC. Jumpa front officer dekat counter. Cerita details. Tunjuk surat yang Embassy email dan dokumen semua. Malangnya, diorang berkeras tak nak bagi kelonggaran, tak nak bagi pelepasan. Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Rabbi Tammim Bil Khoir. Ulang ulang & ulang. Diorang punya reason nak reject tu boleh tahan ^*#$(@ juga, ada ke minta original letter dari embassy. I mula la mengamuk depan tu. Encik ingat (negara asal pekerja) tu dekat? Like harini boleh pegi amik orginal? Alangkan guna DHL pun dua hari baru nak dapat. Macam-macam excuses & suggestions I bagi untuk lepas. Tak dapat-dapat. End up, menangis depan counter. Hahahahaha. Silly!
Ye lah, I memang macam gitu. Kalau dah stress tahap tak boleh tolong, badan penat, otak rasa tak boleh fikir dah, frust! Frust, lalu menangis lol. Tapi cover juga lah.
Last-last informed to supplier. Supplier pulak ke embassy. I told him to tell Embassy to call AMC. So within 30minutes macam tu, I dapat call dari sorang officer dari Putrajaya ke mana entah. Dia try to help. Suruh baca surat dari embassy tu then only she referred to her boss and dapatkan consent. Kemudian, ada lagi officer dari dalam keluar jumpa beritahu tunggu Pengarah AMC ke Pengarah bahagian apa entah habis meeting, diorang akan refer to him and let me know. So tunggu lah.
Elok-elok dekat pukul 1 pm tu, I dapat good news, kata dah dapat kebenaran untuk bawa masuk, so front officer akan uruskan. Alhamdulillah. Since masa tu dah lunch break, maka kena tunggu after 2pm. I rela tak breakfast, tak lunch haritu sebab tak nak buang masa nak tunggu benda ni settle cepat. Lagipun entah mana dekat AMC tu tak nampak bayang cafe pun. Hanya mampu cari surat je for zuhur then turun balik tunggu surat.
Sekali department yang in-charged tu tukar shift pula. Idk if AMC ni macam KLIA juga 24hours. Tapi rasanya macam tak. Tapi kenapa ada tukar shift? Dah bila tukar shift tu nak kena pula lah higher officer call that department untuk inform case I ni. Tunggu punya tunggu, 3:30pm baru settle dapat surat tu. Then, patah balik lah kita ke KLIA.
You know what, dah la nak masuk untuk clearance tu kena bayar RM45+/- sekali masuk. Since pagi tadi I dah masuk & dah return pass, takkan nak bayar lagi kan? Banyak cantek! So I argue juga lah dengan officer tu cerita pasal NTL etc, and somemore pass tu actually valid for whole day so why I nak kena bayar lagi kan? So okay, bayar untuk charge pass tu je dalam RM2, plus GST RM0.12. Kau nak juga GST kannnn.
Dah dapat masuk tu kena ke operation officer dulu hantar surat tu baru patah balik ke airport lounge tempat workers kena tahan sebelum kena hantar balik. So happy lah ni dah nak ke hujung process ni, boleh balik. I bertekad tak nak masuk office, boleh balik awal yeay!
Sekali mana tahu, kena bayar pula hoi! Kita ni beria lah risaukan workers tak makan tak minum ye lah tak bole keluar dari lounge tu nak makan apa? Rupanyaaaa, dah macam duduk asrama. Makan 3x sehari okay!! Mahal jangan cakap lah. Breakfast RM10, Lunch & Dinner RM20, airport provide. Tak lagi masuk charge duduk dalam tu. Total per person RM140 +/- Mak oi! Dua orang dah dekat RM300. Mana bawa cash! So, guna debit. CIMB & Maybank dua dua card tak boleh baca. I risau dah takut float je matilah!
Check account okay then gi keluar pulak ke ATM, draw cash. Then I tanya staff kat situ, let say workers still NTL & kena hantar balik, siapa yang tanggung dia punya cost tu? Staff tu kata kalau worker ada duit, diorang bayar, kalau tak airlines akan bayar sebab diorang ada agreement apatah dengan airlines macam tu. Entah, for me macam tak fair pulak sebab kenapa airlines yang kena bayar kan? Tapi malas nak tanya lebih, settlekan kerja I je better. Then alhamdulillah siap semuanya.
Dah sudah bayar, bawa pulak pekerja ke operation office tadi. Back & forth macam tu macam nak patah kaki. So pukul 5pm baru settle dan keluar. Sekali yang sorang tu ada luggage lah pulak. Kau dah kenapaaaa bawa luggage? Orang lain bawa satu beg je cukup dah. Ni dia sampai dua. Yang hand carry pun ada juga, yang luggage pun ada juga.
Dah sudah bayar, bawa pulak pekerja ke operation office tadi. Back & forth macam tu macam nak patah kaki. So pukul 5pm baru settle dan keluar. Sekali yang sorang tu ada luggage lah pulak. Kau dah kenapaaaa bawa luggage? Orang lain bawa satu beg je cukup dah. Ni dia sampai dua. Yang hand carry pun ada juga, yang luggage pun ada juga.
So pergi lah pulak ke Malindo Lost & Found counter. Jauh dia jangan cakap lah, sikit lagi I nak pengsan dah. Lapar, penat semua ada. Sekali beg dia tak jumpa jumpa. I serious rasa nak marah dah. Geram betul. Nak marah worker satu hal bawak beg banyak-banyak dah kenapa? Nak marah Malindo system satu hal, kau dah kenapa takde dalam record?? Tah ye tidak ada ke tak beg ni. Last2 lodge report je. Kalau next 14days tak jumpa, claim je. Luckily lah dia ada satu lagi beg. Adalah juga baju nak pakai gamaknya.
Then I pun pergilah return pass, dan beli fast food. Lapar tak de arah dah ni. Keluar keluar dah pukul 6, berenti Petronas solat asar dan balik.
Tadi kau bertekad tak nak masuk office kan? Memang tak masuk lah oi kalau sampai office pun dah pukul 7pm. Hahahhaha. Sampai office, tapau nasi pulak, yes I'm so hungry, stress semua ada. Ambil kereta & balik.
Phewwww.
What an experience! Tolong lah jangan berulang dah benda ni. Penat & stress dia, Tuhan saja yang tahu.
Apapun, million thanks to KLIA Immigration officer yang really nice, willing to help, bertimbang rasa, tak garang dengan I. Compared to foreigners yang masuk bilik operation tu memang macam-macam karenah & perangai jumpa. Semoga those officer tak kena darah tinggi lol.
Apapun, million thanks to KLIA Immigration officer yang really nice, willing to help, bertimbang rasa, tak garang dengan I. Compared to foreigners yang masuk bilik operation tu memang macam-macam karenah & perangai jumpa. Semoga those officer tak kena darah tinggi lol.
Sekian, a day full of tension.
2 comments:
nak tanya,apa itu 'approval pass dari putrajaya immigration'?
Known as "Yellow Pass" Dia macam approval card/pass untuk uruskan semua hal pekerja asing dekat immigration/airport. Nak dapatkan pass tu kena buat di Immigration Putrajaya.
Post a Comment