Lemang To'ki, Bentong, Pahang

Lepas turun Cameron haritu, singgah Bentong untuk minum petang (padahal dua jam sebelum tu baru je lunch hahaha). Mula mula nak pergi Rumah Terbalik Bentong. Kelakar ada, nak marah pun ada sebab cari tempat tak jumpa, rupanya dia dalam bangunan kedai je. Ikut waze dah sampai tapi tak nampak. Tanya orang yang minum-minum kat kedai tu, dua family kot I tanya, dua-dua tak tahu. Siap katanya dekat bandar. Aik? Kata orang sini tapi tak tau. Lepas masuk kereta, ke depan sikit je, selang lima enam kedai then Abanglong kata, eh ni! Hek eleh, sebaris je kot dari tempat yang I tanya orang tu tadi hahahaha. Tapi disebabkan hari dah petang sangat & rumah tu tiga tingkat so macam tak berbaloi. Next time lah pergi kot. 

So pergi lah minum ke kedai Lemang To'ki. Facebook: https://www.facebook.com/LemangToki/ 

Mercu Tanda?

Rare


Best gila okay sini! Lemang fresh-fresh! Ayam Bakar, Daging Bakar & other dishes. Tapi kitorang makan set lemang, ayam & daging bakar je. Rendang semua dah habis tinggal serunding je. 

Rasa nak borong! Haha

Prices

The staff. Kaunter Lemang & Rendang

Ikan Bakar pun ada. Tapi tak sure lah memang ada ke tak sebab kami pergi hari Isnin dan on the board tu Isnin dia cuti 

Kaunter bayaran Lemang & Ayam Bakar tak sama dengan kaunter nasi campur/minuman

Ayam Bakar

Daging Bakar

The Hero, Lemang. Sampai terbalik-balik gambar. Punya lah excited nak makan
 So pada yang craving & mengidam lemang yang sedap tu, boleh lah ke sini. Kalau dari KL tak jauh pun, dari Tol Gombak tu tak sampai sejam pun ha: Google Maps. Ataupun waze je Lemang To'ki Bentong. InsyaAllah, sampai. 

Location : Tepi simpang tiga.

Next time tahu dah la kot kalau raya nak beli lemang kata mana. Order dulu, seminggu awal katanya, on the way balik boleh singgah ambik. Yeay. 

#TahunMelawatPahang2017 #HogohPahang #DekatJe


No comments: