Jibril

Plan asal, Fendi nak belanja sempena birthday dia on last October tapi banyak sangat hal, delay sampai lah ke last night. Yang paling kelakar, ada satu weekend tu semorang tak kemana pun. Sebab mula-mula I nak pergi Sports Day Adam sekali Year 1 tak terlibat hek eleh. End up, abang sefamily pergi tido Puncak Alam, I dengan Ayong marathon drama korea. Duduk lah rumah diam-diam. Isnin esoknya, baru lah tahu dengan si Fara Fendi pun duduk rumah tak buat apa. Boleh terlupa. Kalau tak setel dah kot. 

So nak jadi cerita, birthday Ayong December 5th. Terus Ayong tuntut suruh belanja makan. Nak DipnDip katanya sebab nanti ada orang cafe tu datang nyanyi happy birthday lol. Lepas bincang2 okay lah, pegi makan dekat Jibril. Jibril ni konsep nya ala ala bar lah konon. Tapi, non-alcohol, semua halal takde makanan minuman memabukkan, so okay lah. 

I pulak memang tak berani nak drive tempat tempat havoc & malam pulak tu, memang tak laaaa. Paksa budak2 ni ambik. End up, Fara datang dengan tunang dia ambik. So nak lalu ikut Kg Melayu Subang, boleh nya terlepas simpang sampai ke Sungai Buloh hahahaha. Dah pukul 9 lebih baru sampai, order & tunggu Ayong ambik Fendi sampai. Borak2 wefie wefie, makanan pun sampai. 

Kitorang try butterchicken. Okay. Lima enam suap pertama I okay, sedap. Tapi lepas tu cannot go dah. Sos dia manissss! Terasa sangat susu nya. Kalau salty sikit sedap. Muak sungguh, jenuh nak habiskan. Tapi budak budak ni suka benar. Siap mintak extra sauce. I, satu mangkuk sauce pun tak habis. Lul. 

Kat dalam dia ni gelap sikit, jenuh la berflashlight pulak nak bergambar. Ni pun lepas dah edit. 

Gigih bukak flashlight



Set Butterchicken & FishnChip


Dah sudah makan tu, konon nak gerak ke DipnDip The Curve tapi lepak jap depan Jibril ni makan aiskrim. Sedap gila. Memang kayalah tokey dia ha Sangkaya ni.

Then gerak ke Curve satu kereta je. Google kata DipnDip tutup jam 1 pagi sekali sampai sampai jam 11pm dah tutup. Hahahhaha nasib awak lah Ayong, tak dapat lah nak celebrate. Nak tunggu dapat kumpul lagi kemain payah sorang2. Staff tu suggest suruh kat Bangsar tutup jam 1 pagi memang tak la oi esok nak kerja. So diorang hantar I balik, dan bersurai.

Cousins.

No comments: