Lady Driver : First Time Service Axia 5000KM

Hye. 
Sekejap je dah tiga bulan. 
Dah nak kena service dah Halilintar tu. Sedang elok tiga bulan, sedang elok 5000KM. Pandai. 

So dah planned dah nak balik hujung bulan ni sekali cuti panjang, service kereta, urusan bank dan lain lain lah. But then, 
But they plan, and Allah plans. And Allah is the best of planners. (Quran 8:30) 
Tiba-tiba Abah masuk ward, dah tiga empat  hari tak keluar keluar, demam pulak tu, so minggu lepas balik lah juga I. Masa tu mileage dah sampai limit 5000KM, dah call service centre dia kata kalau lebih sikit takpe, by the time balik kampung nanti mesti dalam 5200KM++ gitu. 

So Jumaat malam tu whatsapp lah SA kereta haritu. Ingat dah nak service dekat Selayang tapi esok pagi call service centre Temerloh buka half day dan tak ramai orang, boleh walk in. Apa lagi, terus bersiap balik kampung. Cuci kereta dulu. Karang malu hantar service kereta kotor buruk perangai perempuan ni. 

Because Temerloh adalah merangkap kampung halaman, maka tak susah pun nak mencarinya. Gigih lah kakak masuk lorong nak service tu dah la parking parallel (matilanak tak reti reti parking), jalan sempit pulak tu. Dah tu berebut dengan brader yang tukang service tu, dia pun nak park juga hahaha.
Inspection
 Tinggal kereta, masuk jumpa SA, isi form semua then pergi tempat menunggu.

Kuih, air. Sila sila, buat macam rumah sendiri

Tomy surprise, centre ni siap sedia air, kuih, tv, sofa eh eh macam masuk rumah pulak. Jakun sekejap. Maklumlah first time. Beria tau tanya housemate, family semua like "Oi korang pergi service kereta dapat macam ni tak? Lol" Siap ada cookies Perodua okay. Terkagum kagum kejap. Percaya tak? 

Perodua Cookies. Believe it or not? Believe it. Kakak tak tipu.

Tapi tak dan nak feeling lama lama SA dah panggil. Dah siap! Ehhh? Setengah jam pun tak sampai hahahhaha. Pergi bayar, kena RM32 sebab tambah shampoo wiper, battery terminal protector & injector cleaner which sepatah haram pun I tak tahu apa hahhahaha. Tak kisah lah oi, janji service di pusat service yang sah.

Settle bahagian pertama
Tunai.
Macam mana lah tak cepat service, kalau dah satu hala balik pun dah 150KM++, balik Kajang lagi, pergi Putrajaya lagi~
Oh ya, nak bayar guna debit pun boleh kalau kat sini.

Labour charge is FOC. Next, service 10,000KM baru tukar minyak hitam. 

Dah sudah, gerak ambik Kaklong & anak-anak, pergi makan tepi sungai & gerak ke hospital. 
Alhamdulillah, lega nak gerak pergi balik hospital sana sini sebab dah service. The feeling selagi tak service tu macam kan "Alamak, apa jadi kalau tak service? Nanti bunyi2 ke, nanti rosak ke, nanti meletop ke. Over sangat paranoid kau dah kenapaaaaa"

Bagi yang tak tahu nak service kat mana tu, selak je lah buku service & warranty booklet yang kau dapat masa beli kereta tu. Adalah dalam tu ha macam ni:-
Pahang



Okay, next service will be on March next year.

No comments: