Poliklinik Rajesh, Temerloh

Tiga tahun lepas, I pernah kena rhinitis & bronchitis allergy. Dia punya teruknya jangkitan tu, ubat hospital pun kalah. 

So this time, Mak pulak kena. Being me & mom, Alhamdulillah jarang kena sakit teruk. Tapi sekali kena, kau siap. Memang melarat. Mak batuk-batuk demam since Ahad. Hari Rabu dia tak boleh nak bangun so pergi klinik KK dengan Abah. Mula mula pergi hospital tapi usually masuk Emergency then staff sana kata kalau tak berapa nak emergency punya kes ni better pegi KK (Klinik Kesihatan) sebab ubat sama je dan tak ramai orang. So Mak pun pergi. 

Khamis malam I called lagi, katanya dah pegi Klinik tapi tak larat. Then Abah pun lemah lutut - biasalah dengan kencing manis, darah tinggi, jantung, saraf & macam-macam lagi. Memang kaki tak kuat tapi kali ni sampai tak boleh bangun I risau juga, so okay lah Jumaat pagi balik. 

Ahad Mak kata nak pergi klinik swasta, SIL cadang pegi AsSalam. AsSalam tu I pegi dekat Bangi last time kaw kaw mahal oi. Dekat RM100 sebab malam gamaknya masa tu dah dekat pukul 12malam tapi berbaloi lah dapat 2 hari MC padahal demam biasa je.

Tapi kitorang choose Poliklinik Rajesh, kaklong selalu bawak Fia neb kat situ & I pun pernah juga buat treatment kat situ memang serasi.

So alang-alang Mak nak pegi, Abah pun nak ikut sekali sebab usually hospital atau KK je sebab memang bergantung dengan ubat. Tapi for me, kalau sakit yang tak melibatkan regular checkup ni moh la kita ke klinik swasta. Sebab Mak pun memang akan ada appointment checkup for darah tinggi macam tu every few months.

Sampai-sampai Poliklinik Rajesh, orang ramai tapi dah call dulu sebab Ahad takut tak bukak tapi buka half day. Pukul 10:30 pagi baru gerak dari rumah, dekat dekat 11:30 pagi sampai. Ye lah, I kan amatur driver. Kokokoh.

Lepas register dalam setengah jam doctor panggil. Alah alah polite nya lah doctor. Doctor Indian, muda lagi sopan benar cakap slow je sampai I suruh cakap je kuat kuat sebab Abah tak berapa dengar. Suruh doctor bebel sikit jangan minum ais, jangan minum air banyak etc. 

Last-last dua dua kena amik neb sebab Mak batuk teruk & Abah semput. 

Bill? Beratus jugak la hahaha tapi I puas hati  sebab Mak pun puas hati sebab dia kata kalau pergi KK doctor tak check beria pun, jangan kata nak neb, takde nya. So ni check beria lah sekali dengan buku KK Abah doctor check kata ada inhaler yang doctor patut bagi tapi tak bagi & explain kenapa kena pakai inhaler tu semua, bila & apa fungsi dia. Memang puas hati sangat sangat. 

Kemain mak kata amik gambar nanti nak hantar kat group whatsapp kawan-kawan dia. Kemain yaa banyak pulak group nya sekarang~

Sama lah ni macam I dulu kena pakai benda ni sampai nak termuntah-muntah nak keluarkan kahak punya pasal.

Lepas dah balik tu, pergi makan dekat kedai kawan Abah, pakcik tu lagi kesian, kidney failure, siap bertebuk dekat leher tapi selamba makan nasik lemak dengan teh o ais. Hahahah takde ke nak pantang dah.

Apapun, semoga ubat tu serasi lah & Mak Abah beroleh kesembuhan. Aminn..


No comments: