Lady Driver : Scratch Lagi

#Throwback

Sebelum balik kampung cuti Awal Muharram haritu, ngam-ngam kereta keluar dah sebulan, ngam-ngam hari Jumaat, lagi sekali bergesel. T____T Pedih betul hati rasa. 

I park secara depan, bukan masuk bontot dulu. So actually dah okay parking tu sebab sebelum ni pernah parking row yang sama Alhamdulillah takde masalah pun. Sekali haritu tempat parking tu sebelah rumah sampah, dan petak parking sebelah I tu sempit sikit, kalau compact car memang cantik lah kalau park situ. 

Nak jadi cerita, hari Khamis tu memang I tak keluarkan kereta sebab kena pergi Subang Jaya dengan Embassy dekat KL so naik Grab je malas nak drive. So adalah kereta I dont know, macam kereta sedan yang panjang parking sebelah I. Dah la sempit, memang ngam-ngam je dan terkeluar sikit depan nya tu. 

Pastu I nak keluar stucked. Sebab belah belakang tu, taxi parking tepi jalan. I kedepan kebelakang dekat 15minit kot, tak lepas-lepas, sekali bila nak masuk tersalah pusing, zraaaapppppp I rasa macam kena kereta sedan tu tapi takde bunyi compared to first time bergesel haritu memang sakit bunyi dia. 

So I turun tengok macam takde apa, I tengok kereta sedan tu pun macam tak nampak kena gesel, so okay lah. Mintak tolong brader kedai runcit alihkan. 

Dia pun bukan main pulas kiri kanan depan belakang. Hmmmmm memang patut lah I failed terok. 

So bila dia dah keluarkan tu, baru lah perasan. Tudiaaaaaa~ Terbaik punya calar. Sampai terkopek cat kau. Terkopek hati rasanya. 
"Menangis hati ini, ku juga bersimpati~"

Habis nak buat cemana, biar je lah. Then pergi isi minyak. Lepas dah isi bila I drive balik tengok tengok minyak tak naik. Hoihhhhhh stressnya pagi pagi macam ni. Dengan bergesel, dengan minyak tak masuk. I pulak plan nak EL je haritu sebab Mak sakit teruk. Abah pun sama. So tak jadi lah nak balik petang. Tapi kena settlekan kerja office sikit, nak courier documents & handover ke colleague. Alhamdulillah lah semalam dah setel hal kat embassy. Kalau pagi ni baru nak pergi, masalah jugak. 

So lepas dah settle hal office, pergi balik ke petrol station, nasib lah sebelah office je. Mintak dia check kan masuk ke tak minyak tu. Hoih banyak weh RM30 kot. Check-check memang tak masuk pun. Cemana tah I isi sebab before-before ni boleh je. 

So bawak kereta pegi isi balik, dah terparking kat pam kuning, biasa isi hijau, hah lantak lah janji berisi minyak. 

Okay checked. Lega satu hal.

Patah balik rumah, ingatkan nak tinggalkan note untuk kereta sedan tu sebab I rasa bersalah lah kot entah ada calar ke sebab tadi tengah nervous tak lah tengok beria, tengok tengok macam tu je rasa takde apa. 

Sekali bila dah patah balik, kereta tu pun dah takde. Hmmm takpe lah kot. Nombor plat pun tak ingat dah masa tu so I just hope & pray kereta dia okay je lah. 

Mula mula pedih & lara jugak lah rasa down. Fikir fikir kenapa Allah bagi ujian ni ngam-ngam sebulan? Entah, belum dapat fikir lagi tapi at last Alhamdulillah, pujuk hati, duniawi je takpelah, nanti ada duit lebih cat lah balik huhu. Yang penting, fokus sekarang nak balik kampung. 

Lepas tu, call mak & gerak balik kampung. 

No comments: