KWSP - Simpanan Shariah

So, sekarang tengah hangat isu KSWP - Simpanan Syariah/Shariah whatever lah tapi I prefer ejaan Syariah. Eh?

Ha baca




Semalam 08/08/2016 dah launched dan semua orang tak kira bangsa boleh mencarum untuk Syariah ni. Mula mula group hantar mesej, then I forward to family group. Then Pakcu kata dia dah pegi buat pagi tadi (semalam). Amboi kau laju benor. Itu pun dah orang yang ke 20K ++, dia kira seluruh Malaysia. Mak eh. I mula mula macam blur blur. Share kat group housemate (well perempuan guyssss ofcos banyak group) then housemates pulak mengira-ngira bagai. I tak puas hati call KWSP, ok layanan bagus, I bet line mesti payah masuk sebab mesti orang ramai call nak tanya apa apa pasal Syariah ni tapi eh elok je dapat berjawab, ok good.

As far yang I faham lah, kan dia buka quota RM100Billion kan, eventho dia buka registration ni sampai December 2016 nanti, tapi once quota RM100Billion ni cukup, dia akan tutup quota ni, kira macam kalau seorang pencarum ada RM100K, tambah lagi saving pencarum lain RM100K dah RM200K kan? So tambah-tambah sampai la cukup RM1000Billion ni, kalau pun masa dah cukup tu hujung bulan depan, so dia akan tutup. 

Tapi kalau nak register lagi boleh, cumanya dia letak nama kita dalam waiting list lah untuk next quota maybe untuk tahun depan. Sebab kalau kita register & success harini pun, benda Simpanan Shariah ni dia mula run next year, Jan 2017. So kalau kau tak sabar & tak nak duduk dalam waiting list, boleh lah pegi register sekarang.

So, pagi tadi I pun pergi lah. Sampai sampai KWSP Kepong tak jumpa. Ekehhh mana pulak hilang nya sebab memang ingat sangat dia dekat baris Murni & Guardian tu. Dah berangan siap dah karang kalau habis lambat nak gi bershopping kejap ke Guardian. Sekali takde. Google2 address rupanya dah pindah ke Laman Rimbunan area Public Bank sana tapi ke hujung dunia duduk nya. 

So sampai sana tengok ramai orang kat luar. Eh takkan lah? Rupanya staff diorang greet public untuk masuk & buat pertukaran Syariah. Good job! Bagus sangat siap bagi salam bagai kakak tu. Termalu pulak rasanya. 

So senang je, ambik nombor giliran, duduk kejap nanti dia panggil then bagitau kat kakak kaunter tu nak tukar ke simpanan syariah then bagi IC, dia update info kita kat dalam sistem, thumbprint then cap jari dekat borang akuan dah setel. Dapat slip boleh balik. Easy aite? In my case, branch tu minta tulis nama dekat list macam kehadiran orang yang nak tukar ke simpanan syariah. Maybe for thier own branch used kot nak tengok berapa orang register etc.

Hah tak sampai 15minit pun. Beria bagitau boss masuk lambat harini nak gi KWSP cehhhhhh. Pukul 10 lebih dah ada kat ofis lol. 

So in my case, I orang yang ke 40K++ wuuuuuu. 
Alhamdulillah selesai.
Last, ingat ye, once dah tukar ke Syariah ni, start next year dah tak boleh nak pindah balik ke konvensional. Dah register agak-agak tak nak pulak, sila cancel kan sebelum Januari tahun depan.



No comments: