CikTi

So, weekend haritu memang macam nak pengsan mengemas rumah. 
Puncanya, ada CikTi dalam kabinet bawah dapur.

Sejak dua menjak ni, haritu housemate kata ada CikTi masuk rumah ikut tingkap dapur sebab kitorang memang tak tutup pun tingkap tu, sliding window pastu tingkat empat, manalah nak expect ada benda benda nak masuk. Then lepas pada tu bila malam je tutup lah tingkap. Tapi I macam skeptikal lagi lah sebab nampak macam ada benda hitam hitam kat dapur. Mana lah pernah tahu taik tikus macam mana ingatkan habuk dapur gas yang kerak kerak tu ke apa. Pelik juga. So just lap je lah. 

Hari apa tak ingat, Khamis kot, housemate kata dia nampak CikTi tu pagi masa nak gi toilet. So kitorang bajet okay memang ada lah kau kat bawah dapur tu tapi sebab weekdays jadi malas nak cara sangat ke dapur tu. Bajet weekend lah nak menggeledah segala.

Jumaat malam dok tengok semi final badminton, Sabtu dah pergi picnic & malam tengok badminton lagi, so Ahad la kita beroperasi.

Pagi Ahad, lepas kemas rumah, basuh baju segala I pun nak setel la dapur. Buka buka cabinet, nampak CikTi tu melepek so I ingat mati. So amik la surat khabar nak bungkus & buang. Alih2 bukak lagi sekali takde. Ah sudah.

Gi panggil housemate, pastu kitorang dok jolok jolok suruh dia keluar. I masa tu ingat boleh handle, sekali time dia berlari lari tu I dah menggeletik geli terjerit jerit pejam mata, berdiri dekat border toilet, sampai selipar toilet warna hitam tu pun I thot bayang CikTi tu lari dalam toilet. Hahahhaha bongok betul. 

Pastu dia lari pegi ke peti. Luckily peti tu dekat dengan pintu keluar. So housemate I pun jolok-jolok tak keluar. Lama kitorang menggugah peti tu, takde. Telek bawah peti pun takde. I syak dia sempat lari ke hall bawah TV ke ape, pun takde.

Last kitorang decide nak tarik pegi tu tengok belakang. Takde juga. Tapi housemate kata entah entah masuk dekat tray bawah air tempat takung tu. I pun tarik tray tu tak lepas, ketat gila. Then ketuk ketuk lagi, last housemate tarik tray tu dapat, nampak lah ekor diaaaaaa!! Eeeeeewwwww geli geleman betul!! Bukak pintu luas luas, housemate jolok-jolok nah kau lepas tu mencicit dia lari keluar. Kitorang punya menjerit dah macam apa entah.

Yaarrkkkkk, memang failed lah I nak handle dia.

Whatsapp ke group family, Kaklong kata kenapa tak beli je gam tikus biar dia terjerat. Entah lah I pun dah tak teringat. 

So lepas tu punggah la semua bekas-bekas kat bawah cabinet tu. Habis I punya bekas minyak silikon dia gigit. Dah jarang masak memang tak peduli dah bekas tu. Apa lagi buang terus la. Banyak juga benda buang. Geli dah. Then basuh semua. 

Lastnya I mop dengan floor cleaner campur cuka (dah kenapa entah campur cuka? hahahha) lepas tu sembur Febreez. Hahhahaha. Tak kira dah asal hilang bau cukup lah. 

Gila macam nak pitam rasa. 

I risau kencing dia tu je kena kat  perkakas perkakas kang bahaya. Nauzubillah.
Pengalaman betul dengan CikTi ni. 


No comments: