Finally, Good Bye PTPTN


Alhamdulillah,

Tiada apa yang lebih menggembirakan hati bila dah setel bab hutang belajar.
Maunya tak? Sebab dia ni karang nak apply apa apa tak lepas, nak pegi oversea kena sekat, jenuh nak jaga dia ni. Aite?

To be honest, loan PTPTN I takde lah belas belas puluh puluh ribu sebab second year dapat scholar. 
Tapi ye lah, bila dapat scholar sedebukkkk (which patutnya bayar balik lah PTPTN yang dah pinjam tu on the spot), tapiiiiii rambang mata lah hakakkkk. Student tengah kayaaaa, time tu lah nak melaram beli handphone baru lah apa lah semua bayar PTPTN nya secoet je. Okay lah janji bayar ekekekeke~

Lepas tu bila dah kerja pun culas culas jugak ha bayar nya sebab leceh lah nak pergi bank lah apa bagai. Tapi bila dah start pandai set tolak dari account, so jadi benda tu rasa tak membebankan pun.
Dia macam ni, kalau sesiapa yang biasa guna online banking, please lah set dekat website tu, tolak siap siap loan PTPTN. Kalau I macam ni, gaji company kadang tak tetap berapa hari bulan, tapi mesti takkan lebih 7hb every month. So set setiap 15hb (contoh), akan deduct RM100 (contoh) dari saving account tu to bayar PTPTN. Set sampai 12 bulan (or more). Serious cakap, kadang memang tak sedar & tak ingat pun dah bayar tapi make sure duit mencukupi lah dalam account. So bila tengok statement dari EFES Alhamdulillah, ada bayaran every month. Easy aite?
So, baru ni ada lah satu peristiwa yang mendorong sangat sangat untuk ambik kereta. (Ye hakak takde kereta, tak pernah drive, tiba tiba pergi ambik lesen, test JPJ dan lulus, nak apply kereta tak lepas sebab kena blacklist (lol ni case lain nanti lah update) then, terus lah peram lesen. Kena pulak kerja sekangkang kera dari rumah, nak balik kampung pun dekat bas banyak available atau balik dengan abang atau cousins so macam takde keperluan pulak kereta then asyik la dapat pulak selalu mimpi accident kereta terus lah fobia nak drive) Lepas dah bincang-bincang abang & sil, dengan dealer, dia advised setelkan PTPTN dulu sebab sekarang ni PTPTN dah masuk CCRIS so kalau sangkut kat situ susah sikit lah nak apply apa apa loan. Hmm.

Then I pun check lah dengan EFES PTPTN current statement tinggal lagi banyak mana nak bayar. Lepas congak-congak, hmm better bayar langsam lah. 

Don't ask me pasal Ujrah ke, pasal discount ke entah tak tahu sebab nya tinggal memang dah tak banyak, so decided habiskan je lah. Pasal Ujrah, tahun 2015 dulu kalau tak salah dah pernah blogged about it. Pernah applied tapi rejected sebab kan ke dah tak jadi amik PTPTN masa second year? Hahahah

Kisahnya, nak call PTPTN ni sikit punya hazab I tell you. Macam mana lah iklan here and there suruh orang bayar bayar bayar but then hotline number kau hadoooooo. Jenuh call tak dapat dihubugi. Kebendaaaa???
*Update :Call few next day dapat pulak*

Call branch KL tak dapat, Shah Alam tak dapat. Dia bukan tak dapat engaged tau, ni bangsa yang tak dapat dihubungi. Tah hapa hapa. HQ, One Stop Centre KL/Putrajaya haram tak letak contact number. Tengok sini : http://www.ptptn.gov.my/web/guest/cawangan 

Nyudahnya I tawakkal je lah call branch Kedah. Hah entah apa apa. Luckily berjawab then officer tu, En. Amin dia explain lah & tolong check balance & bagitau kena buat apa, berapa hari nak process & nanti dia akan update.

So I buat payment pagi, dia kata nanti dia akan check dan keluarkan surat penyata bebas hutang. Tanpa membuang masa & well...nanti takut ada hasutan untuk tangguhkan bayar lagi, so finally....



Tapi tapiiii jangan gembira lagi ya anak anak~ 

Tadi call PTPTN Hotline (Thank God berjawab), so tanya tanya, dia kata tak selaras lagi sebab masih ada baki merah (balance) RM100++. Ek Ehhh. Biasa PTPTN akan selaraskan setiap 15hb. Okay takpe kita tunggu (tapi kalau nak submit loan dah boleh pakai surat tu as supporting document lah) walau pun pada hakikatnya masa nak bayar tu I tengok balance dekat statement efes tu which means, apa baki yang ada dekat situ, itu lah yang I patut bayar kan? Dan I pun dah confirm dengan officer dia berapa exact ammount nak kena bayar even kena charge pulak 50sen sebab directly dari FPX.

Takkan lah dah masuk bulan baru, baru I bayar tiba tiba baki tu jadi lebih lagi? Eh cantik sikit muka ya. Dah bayar ikut system tu kira dah setelah kan? Pun tak paham dekat statement efes masih ada "baki keseluruhan pinjaman pada julai RM1.92". Mende? Ni kira besar rahmat dah ni bayar habis. Nak ada baki apa laginya. 

Okay takpe kita tunggu, kita tunggu. Hopefully dah takde masalah dah lepas ni. 


No comments: