Sabah Borneo - Homestay Kaki Gunung : May Homestay Grey Cottage

Siapa yang dalam perancangan nak ke Kundasang especially nak tengok lembu lembu tenusu Desa Cattle Diary Farm, boleh lah menginap di homestay ala kampung yang I pergi last time. Nama dia May Homestay Grey Cottage. Pemandangan Gunung Kinabalu serba gah. Memang di kawasan kaki Gunung Kinabalu.

Ini:
With the Mountain of Kinabalu at the back. Awesome!


Pagi tu memang I semangat bangun awal. Subuh dia kan awal. So lepas subuh tunggu cerah kejap buka buka pintu, nah! At 06:03 in the morning, masyaAllah view dia sangat menawan kalbu!

Believe me, ini view jam 6 pagi!! Clear! Sangat sangat! MasyaAllah!





Ini pula dah masuk jam 7-8 pagi. Matahari dah start naik, dah start berkabus.
Kata tourist kami, nak tengok Kinabalu Mt. ni yang betul betul clear tanpa kabus, waktu pagi pagi (dalam satu jam sahaja) dan waktu menjelang magrib. Nah, I got it! Lantas mandi dan bersiap-siap dan apa lagi, selfie dan snap lah sampai lebam. Nak datang bukan senang oih. I siap mandi air sejuk lagi. Nak rasa air bukit. Sangat fresh!!

So, here  are the photos around the homestay. Bahagian dalam terlupa nak snap sebab kucar kacir dengan anak anak. Tuan rumah letak mainan plastik untuk hiasan dapur berbentuk telur, sayur-sayuran habis dipunggah nya sekali dengan sudip jug etc. Main masak masak katanya. Lepas tu hampar tilam nak tidur, dibuatnya wrestling. Memang buat macam rumah nenek dia sendiri lah cerita dia anak anak ni. Ingat balik kampung ke ape. 

Complete house! Owner yang sangat peramah dan baik hati. Lembut sangat sangat. Ada air panas, so relax lah mandi cuma a bit slow lah air panas nya maybe nak pam tu susah sikit. Katil kelamin untuk 3 bilik, iron board dan iron, TV, Set sofa, Comforter dan toto bertimbun timbun. Kira okay lah tak berebut nak tidur sejuk, juga ada mesin basuh. Dan kat luar rumah ada set meja makan untuk lepak lepak minum kopi. I duduk lah sekejap dekat luar minum malam tu, tak boleh tahannnnn sejuk mencengkam!Tapi malam dia tidur okay lah, tak sesejuk macam Cameron. Cameron sejuk dia berangin. 

So ini view sikit dari luar rumah. 


Bila matahari dah naik, terang seterang nya, terik tapi masih sejuk
Matahari naik dari belakang homestay. Van putih van kami di depan homestay



 So itu sahaja. Nak book, boleh call nombor di signboard gambar di atas tu.


Sabah Borneo : Day 2 - Desa Cattle Diary Farm

04 Disember 2015 

Dalam setengah jam di homestay kemas2 barang rehat2 abanglong kata gerak ke Desa Cattle. 

I wasn't in a good mood pun masa tu sebab masa melawat tinggal lagi satu jam then leceh lah hujan basah basah nanti view tak cantik berkabus & all. Siap masa nak masuk tu jammed sikit. Orang kaunter tu pun kata aiskrim dah habis, tinggal susu kotak ni. So mulut ni gatal complaint ala esok kita masuk lagi lah. Amboi, bukan kau bayar sedap la complaint!

Tak tahu, Allah dah atur sesuatu yang sangat indah sebab Allah tu tahu I was so damn crazy nak pergi tempat ni bergambar with a very beautiful scenery. 

Sampai sampai di Desa Cattle alhamdulillah cuaca makin cantik dan panas. Rezeki kami dapat berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Tapi masa ni I tak happy pun. Tengok, tak bersyukur betul. Biasanya ia terlindung dek kabus tebal dan terus hilang tak nampak apa.

Breathtaking. MasyaAllah
Tapi lepas tu hari makin panas makin panas tapi cuaca masih sejuk, ya lah kaki gunung kan. Cari juga lembu-lembu. Tapi lembu agak jauh dari pandangan. Dan I pun apa lagi, warming up lah.




Lepas mood dah okay, baru lah menikmati pemandangan yang sangat indah cantik dan lawa subhanAllah masyaAllah. I terfikir dekat dunia pun dah segini cantik dengan awan dengan gunung dengan rumput hijau. Dalam syurga macam mana lah agaknya tak terbayang dek akal kecantikan syurga Allah. MasyaAllah. MasyaAllah. Allah Maha Hebat!

Membawa diri dan monopod. Gigih  bermonopod. Nak suruh orang snap kan lima nam kali, malu oh.

Segala puji bagi Allah. Tuhan Semesta Alam. Speechless sangat sangat. Dunia pun dah lawa. Syurga macam mana? Allah..Memang tak terkata. Kagum & Indah nya ciptaan Allah.




Kemudian masuk ke dalam kawasan untuk tengok lembu perah susu atau apa entah ni. Luthfia excited tak mau balik!
FM!
Postcard! *Nampak sangat snap dah balik rumah lols!*

The taste not much differ than Dutch Lady. Sedap! Then beli souvenir dan susu. Aiskrim yang diwar warkan sedap tu dah habis stock. Tak ada rezeki .






Masa tengah sibuk bergambar di welcome rock ni I punya 1 kotak susu coklat dan yogurt serta susu anak anak yang belum habis tertinggal. Tak apa lah luckily dah bukak dan rasa 1 kotak.



Niece



Selfie lagiiii. Belakang tu awan dah bergulung gulung cantik sangat. Siap ada pelangi sebelah sana.

So ya, I agreed with the quote 
"Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah "
Jadi, jangan mengeluh complaint itu ini, jangan berputus asa dengan setiap ujian, Allah tahu apa yang terbaik. Redha dan bersyukurlah. 

Contoh I tadi lah, sibuk complaint mengeluh itu ini, tak tahu Allah nak hidangkan dan hadiahkan view yang masyaAllah cantik sangat macam di bawah ni:

Indah! MasyaAllah! 

Happy Kids! Amie, An, Iqi, Dija, Fia

Kemudian bergegas balik untuk solat dan mandi. Luckily tak sampai 10mins pun dari homestay. Kemudian melawat kawasan kampung. Kami ke homestay depan. Homestay yang sedang dalam promosi. Dah macam hotel 4 bintang tapi harga hilang akal betul RM170 satu malam. Dengan background view Gunung Kinabalu. Kami semua speechless. Update later.

Kemudian keluar makan malam. Subhanallah cuaca sangat2 sejuk. Luthfia tidur tak bangun bangun. Lepas makan masuk ke kawasan kampung hobbit kata tourist sebab rumah rumah disitu comel comel kecil kecil tapi tak nampak apa sebab gelap. Siang esoknya terlupa terus nak pergi.

I baru berangan nak tunjuk dekat you the with the caption "Bila Hobbit Balik Kampung" or any funny related captions. Mesti you ketawa bagai nak rak! Lolz!! Without my knowledge that night was a very sad day for your family. I'm sorry...

Diakhiri dengan selfie sekeping.
Yours Truly.







Sabah Borneo : Day 2 - Kinabalu Park

04 Disember 2015

Singgah di Kinabalu Park. World Heritage Site!

Takde apa yang menarik sangat cuma merasai semangat pendaki pendaki. Bergambar di pelantar bermulanya starting point untuk pendaki. Sepatutnya dari sini boleh nampak view Gunung Kinabalu tapi sebab kabus tebal sangat satu apa pun tak nampak. Dah macam alam lain. Huuuu..

Heritage! 
Kalau pendaki-pendaki ni, mesti semangat juang tinggi ni nampak sign ni
Melepasi pagar ni dah boleh mendaki tapi dengan syarat ada permit lah. Tak dapek la kau nak on the spot mendaki kat situ.
Kelihatan pendaki pendaki baru turun. Hebat!
Kinabalu Park. 
This. Masa mula mula sampai lagi teruk kabus tak nampak apa. Ni tahan sikit.

So, itu je. tiada apa yang menarik kat sini. Tak lama pun dalam setengah jam dan beredar. 




Sabah Borneo : Day 2 - Pekan Nabalu

04 Disember 2015 

Masih on the way ke Kundasang. Melalui Pekan Nabalu masyaAllah. Breath taking view. Gunung Kinabalu yang seakan akan dekatttt sangat tapi i tak dapat nak snap sebab not at my side view. 

Singgah di Pekan Nabalu.  Pekan dia memang sangat sangat kecil je. Buah buahan dia sangat fresh dan sedap. Kerepek ubi bersos karamel yang sangat unik dan lazat.
This!!! Kerepek ubi sos karamel (I pandai pandai taruk sos karamel nama dia sebab rasa macam karamel. Sedap Ya Ampun!!! Menyesal tak borong!) Source - Link

Pengajaran! Next time kalau dah nampak benda tu sedap dan berbaloi untuk dibeli sila beli. 

Ini, padi bukit ke apa tak sure.






Berkenaan dengan Tshirt. Let me tell you one thing. 

TSHIRT DI SINI SANGAT BERKUALITI LEMBUT 100% COTTON I CAN SAY DAN DESIGNED CANTIK SERTA MURAH. BOLEH DAPAT RM15 SEHELAI BERBANDING DI KK RM20-RM25 SEHELAI SERTA KAIN TAK SEDAP. I DAH SURVEY MASA SINGGAH DI PASAR PHILIPINE TU. SO WAJIB BELI TSHIRT KAT PEKAN NABALU!

Tapi i was like ok nanti balik singgah kan so no need nak beli sekarang. Si Irsyad pulak (our tourist kata nanti hala balik singgah lagi so I macam chillex lah awal lagi nak shopping kannnnn) Out of my thought, esoknya balik dari Kundasang dah malam dah tak sempat singgah dan tutup. Ambik kau! Padannnn mukaaaa!!! Memang menyesal tak ada guna laaa cerita dia. Walaupun di KK (Pasar Philipine/Pasar Tamu) ada baju yang gambar sama tapi kualiti dia tak samaaaaa. Lepas tu tak ada long sleeve! Dah berkenan kot satu Tshirt hitam tu aduhai tak ada rezeki but then pujuk hati lah. Tak apa, kalau ada rezeki, dapat la Tshirt nanti. Dan ya, Alhamdulillah, siap dapat brand new Tshirt with Glow In The Dark lagi for brothers & Ad. Untuk Abah pun dapat superb quality. Thank you Allah. Terpujuk hati ini.

Contoh Tshirt.
Yang I Love Sabah tu design yang macam tu memang I takde jumpa di KK atau mana mana.
Mount Kinabalu tu long sleeve! Pun tak ada jumpa di KK. Aaaa Frust!!



MasyaAllah indah sangat!

So here is a view dari Pekan Nabalu. Hanya beli my fav fruit je, durian belanda lah apa lagi  then sambung perjalanan. Sampai sampai di Kundasang hari hujan...tergendala nak ke Desa Cattle lalu balik ke homestay.

Berehat kemas2 bag, baring sebentar dan abanglong gegas gegas nak juga ke Desa Cattle. 


Sabah Bornoe : Day 2 - Rumah Terbalik

04 Disember 2015 

Bangun subuh dan kemas2 baju untuk bermalam di Kundasang. I was so amazed bila jam 6 pagi cuaca dah seperti jam 9 pagi. Sangat terang benderang. Macam tak percaya pun ada hihu. 

Jam 7 pagi kami keluar sarapan. Not sure lah area mana tapi dekat dekat area Giant. Tapi Giant dia deretan kedai. Pun boleh...Okay siap ada nasi goreng gila? Lulz! Tapi nasi lemak dekat sini sangat sedap dan banyak gila!

Lepas makan, teruskan perjalanan ke Kundasang dan singgah di  Rumah Terbalik.  Sini lagi sangat funny dan pening especially bila semua barang di dalam rumah cara nak tengok dia kena dongak ke atas. Mesin basuh, peti ais, katil, mesin jahit, set meja makan, set ruang tamu, pendek kata complete house lah semua nya digantung di atas siling (take note: mesin basuh, peti ais, meja makan, mesin jahit semuanya peralatan sebenar ya. Bukan replika. Bayangkan macam mana beratnya tergantung?) which sebenarnya kalau terbalikkan rumah tu, dia akan jadi normal. Cannot imagine? I cant help cause taking photos is prohibited. Cuma boleh bergambar di luar rumah sahaja. 

Siap duit duit syiling bertaburan, bilik anak lelaki with patung ultraman, monopoli, bilik tidur utama dengan selimut tuala nya atas katil dan ya! A complete house. tapi versi terbalik lah. Serious pening kepala mendongak. Unik sangat.

Entrance

Anak anak & Upsidedown Kancil. Real punya kereta digantungnya

Upsidedown house. 

Garden. Kereta sorong & tools pun real

Toilet!?




Fav Souvenir!

Acah acah kumpul postcard sekarang ni.
Dan sebelum keluar dari kawasan , sempatlah membeli souvenir. Poskad & FM (wajib! lulz)