2013, July 7th

Bismillahirrahmanirrahim..

I didn’t expect much on this special day. Sungguh. Dua tiga hari sebelum hari bahagia sangat menyesakkan jiwa raga. Helpless.

Big thanks to girlfriend. I love u sayang.

Nekad untuk geletek hati, on Sat. pergi lah menonton Bananana~~~~ Despicable Me to. Went to Berjaya Timesquare, DigiCenter. Dah settled, movie time. Penuh maknusia. Penuh gelak ketawa. Enjoice.

Menjelang petang lepas asar.. Alhamdulillah, things back to normal.

You know that. Zillion thanks.

*********************************************************************************

The day.

 A few minutes after 00:00 July 7th, 2013, received notification from twitter.



As usual, Dato' always be the first who wish. Thank you u. Sangat!

Next, girlfriend. Adik manja, my darling princess. Kena sangat gambar yang dia kasi. Terharu sampai nak menangis. Sobs.
I was sooooo speechless. 
Kemudian, bertalu-talu notification dari facebook. Alhamdulillah.

Tiba tiba ada satu rasa yang tak pernah rasa sepanjang 28 tahun hidup ni. Selama ni huha huha sambut birthday. Tiba tiba rasa nak solat sunat tanda syukur panjang umur. Awesome! Feeling great. Mari lah uols masuk je hari birthday solat dulu. U'll feeling.....amazing, subhanallah. 

Esok harinya haaaaa baru la bole huhahuha. Ke Jusco for White House Down dan World War Z. Niat nak join blood donation terpaksa cancel due to batuk tak sudah sudah lagi. Great! Berani tengok cerita Zombie sampai melompat dari kerusi. Kahkahkah. Sesudah meyoping kurma kad raya dan lain lain (Amboi uolssss puasa belum start sebokkan kad raya pulak dia).

Balik rumah lepas magrib bertungkus lumus basuh baju dan kemas bilik. Ahhhhhhhh~

What a day! Im feeling great. Blessed.

Zana called. Sang happy birthday. Hahahaaha layankan je lah.

Then mak called. Wish birthday. Ah sweet.

Jadi begitulah hari yang padat. I am satisfied!!!

So, who said going through birthday date alone is terrible? Nahhhh. Im ok with that. Tak rasa alone pun. Dato' always by my side. Aaaah, sayang u 365hari 8460jam 518400minit 31104000saat every year.

So, reward my birthday with

Juga new smartphone. That is y gambar sudah tak berapa nak cun dan sharp macam Samsung last time yet still, cantik juga.

Back on friday, colleague belanja lunch di SR. Jadi saja gatal nak cuba this:
Dory Fish With Lobster Sauce

Tengah tengah makan....terasa tekak sangatttt gatal. Ah sudah! Takkan lah allergy. Allergy lobster? Oh no!! Tak boleh terima betul T____T

Lepas empat lima jam baru keadaan kembali normal. Fuh. 

Tahun ni tak berkesempatan celebrate sekali anniversary abang & sil. Next year insyaAllah. Tapi next year puasa. Mungkin sambut buka puasa insyaAllah panjang umur.

Ahhhhh takde idea. Seriously.

Tak sabar tunggu next week. 

Dato', your turn. 

Happy birthday in advance nyawa!

Till then.

~XoXo~


Seoul Garden, Paradigm Mall

16.06.2013. 
With Dato' & Pu3
Dua hari lepas genap dua tahun.
Paradigm Mall.
Man of Steel Movie.
Fun!
Lapar!
Seoul Garden.
Makan makan makan makan makan dan makan.
Mutton.
Ketam.
Udang.
Tomyam Thai.
Vegies.
Ice cream.
Cramp.

First time ke Paradigm Mall. Plan yang jauh menyimpang dari plan asal. Disebabkan Redwok jauh teramat, manakala Thai Base closed on Sunday, maka menggagau gagau mana nak celebrate (read:makan). Dato' suggest, Seoul Garden la you. Bole grill.

I was like, Seoul=Korea=Kpop=Blerggghhhhh=Pffffffttttt.

Tapi ok la,Demi cintaku padamu eh. Demi you.

Indah betul tengok orang makan banyak banyak.

Me? Ice cream dah bantai 2 mangkuk, buah. habis yang foods lain nye tak menggunung sangat.  Cuma vegies yang bendi ada macam fishball dalam dia tu yang dok ulang alik. Sedap betei.

Food varities overall ok la. Tapi suasana....panasssss. Air cond kat dalam pun macam tak berapa nak air cond. Kitorang amik seat luar sebab privacy sikit dan ku kira lagi selesa. Tapi haiyaaaa seat sebelah kami, kotor!

2 jam settle. Semua kenyang perut sukahati tak larat nak jalan. 

Solat magrib.

Pulang ke sarang.

*Receipt attached untuk rujukan yang tak pernah ke sini. Air dan sup asing ye. Kang jangan la pulak bawak duit cukup cukup RM38.00 T___T Ya ianya RM38.00++ kalau di kira harga yang tertera. Tapi jangan lupa service charge bla bla bla ye?Overall, Worth the price.

Lovenote: TQ Dato' for everything. Yes everything. Every single thing. TQSoMuch. 


Resepi Dendeng


Fav dish time raya. Wajib buat. Buat nya seharian. Nak habis pun seharian (+___+). Resepi ni memang simple gila gila gila punya. Takde kau nak bertumis jintan bagai.
Bahan-bahan:
1kg daging
1/2 kg bawang besar (blend dengan sedikit air)
1 senduk cili kisar
Air asam jawa (pekat)
Kicap manis
Garam Gula
Belacan
Bawang goreng
Minyak masak

Cara-cara:
- Basuh, potong (medium size) dan rebus daging sampai empuk
- Toskan sampai sejuk
- Hiris daging
- Tumbuk bagi dia flat. Jangan sampai hancur. Tumbuk pakai lesung batu ye.
- Dah siap semua, goreng (deep fry). Jangan garing sangat. Lite je. Kang kalau garing keras plak.
- Angkat, toskan. Tinggalkan sikit minyak untuk tumis bawang. Agak agak la minyak nya tu.
- Tumis bawang blend sampai kering air bawang tu. Sampai betul betul masak. Jangan hangit plak.
- Masukkan cili blend. Tumis sampai masak/pecah minyak
- Masukkan kicap, garam, gula, belacan, air asam jawa. Perasakan. Kalau manis sikit pun better. Kicap jangan banyak sangat kang kaler tak cantik dan jadi masak kicap plak. Ayok.
- Masak sampai masak dan rasa sedap bahan tumis ni
- Masukkan daging, gaul sebati.
- Tabur bawang goreng.

* Bawang goreng dengan cili blend biasa buat sendiri je. Hiris bawang merah dan goreng. Kalau 1kilo daging, amik la dalam 250gm pun dah ok kot bawang goreng nye.

Sorry sumpah tak reti nak bagi sukatan banyak mana. Mak kasi resepi macam ni je. Pandai pandai la kau pakai lidah nak rasa hasil nya. Yang penting, kalau daging satu kilo, bawang setengah kilo. Kalau daging 2 kilo, bawang satu kilo. Ha gitu. Cili tu sukati lah nak pedas mana bubuh.

Rebus & Tos

Tumbuk kasi leper

Goreng & Tos

Tumis bawang. Next tumis cili dan seterusnya.
Aku dah tak koser masa ni nak snap gamba tak larat dah.

Siap!

Mak & others tak banyak complaint. Jadi la tu ahahaha cuma memang tak dapat la nak menandingi Sifu hoi. 


Satisfied much! Banyak jugak orang cuba resepi ni complain. "Tak jadi pun KakCik. Keras la, jadi masak kicap la, itu la ini la" 

So, kalau simpan baik baik, atau dalam fridge boleh tahan lama.


P/s: Dato', I promise u nanti raya u makan ni. Kalau tak dekat rumah mak, open house rumah abang. Atau open house kita kita je la eh. Huahahahahaha.


PRU13 : Pertama Kali [Saya Pilih Mengundi]


2013.

Sebenarnya ini kali kedua wajib mengundi tapi disebabkan masa first time dulu tengah study jauh sangaaattttt jadinya tak boleh nak balik. Bukan tak boleh, malas sebenarnya ehe. Daftar pun sebenarnya masa tu main belasah je dekat booth KL Sentral.

So, dah tua ni baru merasa nak membuang undi buat kali pertama. 50-50 jugak nak balik, sebab abang pun sure tak sure nak balik. So petang jumaat tiba tiba abang kata nak balik tak? Jum balik sekali. Terus lah kita.
Gerak pukul 8pm. Dekat MRR2 Gombak ada ada ciri ciri nak jammed tapi Alhamdulillah. Abang called LPT, diorang kata tak jammed.  Sikit sesak je dekat Bentong tapi Alhamdulillah, kitorang balik ok je. Nyaris nyaris nak ikut jalan lama.

So,

Hari kejadian.

Kemain 8:30 pagi dah pegi dengan abah. Sebab nak balik awal. Abang undi tak sama tempat. Bagus service diorang. Abah tak larat nak berjalan & berdiri lama, so orang SPR bawakkan kerusi roda dan tolak sampai ke dewan.



Saluran 4, yang muda muda (ehem!) takde  lah ramai ramai. Biasanya orang muda mana mahu keluar awal awal pagi ni. Betul?

Dapat dapat kertas undi, tak tau nak buat camana takde instruction. Nyaris nyaris tak cop dakwat tu dekat tempat pangkah tu. Hahahahahaha.

Dah tunaikan tanggungjawab. Saya pilih mengundi!
I was tooooo excited! Nasib lawa dia cat jari gue. Hihi. 


Ombak Jahat Biru bertebaran sana sini.





So, ini kampong. Meriah bukan?

Akhir kata,
Sayangi Malaysia, Sayangi Tanah Melayu, Sayangi Bangsa Kita, Sayangi Agama Kita. Peace!


Ayuh, Berdikari!


New place. Take a deep breath.

Sekarang dah duduk dekat dengan office. Tulah, kekdahnya dah tua tua baru nak pandai hidup berdikari. Happy? Yes I am. Thanks Dato’ for always be my backbone. Tuan penasihat, tempat mengadu, tulang belakang, supporter terhebat  and my everything .

Masuk kerja jam 9 pagi, 8:20pagi masih sempat berlengah lengah nak mandi bebagai. Tapi lepas tu kalut sikit lah. Jadi, kita ubah. Sebelum jam 8 kena mandi dah bersiap. Lepas subuh tak payah berangan nak baring balik (2x dah cakap ni tapi pengsan balik, apecer?)

Rumah? Ok. Small place just enough. Room just nice. Boleh lepas lagi la kalau nak main tengteng dalam bilik tu hahahahah. At first masuk, macam nak pitam jugak tengok dapur dan toilet. How come u guys can stand? T______T Ok lah , toksah merungut, nak selesa, kita cuci. Jadi, kasi bersih semua sampai berkilat. 3 hari berhempas pulas. Masuk masuk kemas bilik, baju, cuci shower. Next day, lepas balik keje, cuci toilet.  Lepas balik mengundi, cuci dapo dan kemas rumah. Puas hati? Yes sangat!!

Baru lah lega nak memasak. So kita penuhkan pulak barang dapur dan merasmikan perkakas perkasan memasak. Selera betul makan air tangan sendiri. Ehe.

Housemate ok. Nice. 50-50. Tak sombong, tak jugak peramah sangat. Tak busybody mahupun pendiam sangat. Tapi most of time dia dalam bilik. Online kot. Another housemate, belum jumpa lagi, masih bercuti.

Sewa  Alhamdulillah murah. Rumah pun ada renovate sikit. So, selesa. Pagi pagi sejukkkkkkk sebab belah belakang.

Cabaran sangat masa nak cari rumah. Dah la tak penah penah duduk menyewa. Masa study full time hostel. Masa praktikal duduk dengan abang. First job duduk dengan mak. Lepas tu terus duduk dengan abang, sampai la now. Disebabkan diorang nak pindah way jauh dari sini, have to lah.

Dari kena tipu deposit (mula mula rasa macam nak publish cerita pasal penipu tu tapi tak jadi lah, cumanya untuk yang baru baru nak cari rumah sewa, iklankan dekat internet (ibilik especially) hati hati lah kalau tiba tiba dapat mesej offer rumah sewa, eventho deal siap call berbagai, maklumla orang desperate kan..so jangan lah percaya kalau rasa tak logic dan pelik pelik tu. Sila la google dulu details orang tu atau google account number dia, hp number dia, insyaAllah akan jumpa senarai orang2 dok complaint pasal penipu tu dekat forum forum) Kenyanglah dikau dengan duit hasil menipu orang yang  sangat sangat perlukan bantuan ni wahai sang penipu. Semoga Allah membalas yang setimpal. Amin.

Dan jugak dah confirm rumah, tinggal nak bayar deposit, tapi bila di asak dengan macam macam soalan tiba tiba katanya ada orang datang bayar deposit terus, cut line, tak boleh buat apa so bilik goes to penyewa baru. Magic betul. Sudah lah deposit mahal subhanallah sampai Rm900 macam nak menyewa rumah teres, haruslah kita mintak black&white etc kan. So byebye without confirm dengan saya pun.

Frust. Sangat.

Ada lagi, husband & wife nak sewa bilik kat rumah diorang. OMG! Nauzubillah.Tak mahuuuuuuu. Kau gila apa nak duduk serumah dengan laki orang eventho ada wife dia? Macam kan diorang tu kembar siam melekat 24jam? No way. Big no! Dah tu, pandai pulak bagi nasihat tu kata susah orang bujang nak cari rumah sewa sekarang. Kalau ada pun mahal blablablabla. I was like….erk. Takpe lah kak. Tak manis tinggal dengan akak yang dah ada suami. Agama saya melarang. Aurat nak kena jaga. Cecececewaahhhh. Pandai pulak aku sekolahkan kakak tu. Hahahaha eh betul apa. Sebab I was confused, wife macam Indonesia, hubs macam cina. Ah sudah!

Berminggu minggu, hampir sebulan lebih kot mencari, tampal notice here and there block to block, iklankan kat internet macam nak gila, orang pulak salah baca, ingat kita yang nak sewakan rumah…finally, berkat sabar maybe bak kata Dato’, Alhamdulillah. Dapat rumah yang consider ok. Puas hati. Its homey. Buatlah macam rumah sendiri tak mengapa. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah, Thank u Dato’. Tak lupa, Parents, bro, sil dan yes CikPuan Pu3 Yang Baik Hati turut serta memberi sokongan moral. *ni sounds so bodek dah kenapa Lil? Dah rupa menang award pun ada* Hahahaha.

So,

Ni syurga perempuan nama dia :

Bekas masih kosong. Sekarang sudah penuh dengan garam serbuk perasa kunyit asam jawa asam keping dan lebihan minya masak. Perfect! Ngam ngam! Pandai ciklil
Kettle comel, stove comel. Apa lagi? Semua comel lah! Housemate punya barang pun kita susunkan sekali kasi comel. Heee.


Kecik dan comel macam tuan dia *muntah*


Alhamdulillah ada Dato’ penguat semangat. Keyword magic “sabar” “sabar” “sabar” dan terus “sabar”. Cari dengan akal. Jangan ikut nafsu. Ikutkan kalau takde dia, tak tahu lah apa jadi. Again, Thank you so much my dearest TPAA. 
“Kau bagai malaikat yang selalu setia, melindungi menjaga dan mendampingiku…baik dalam susah dan senang kau selalu ada..bersamaku…”
Sekarang, tempoh bertenang and waiting for 17hb May. Jika tertulis rezeki untukku, adalah. Jika tak, cuba lain kali. Demi mak abah, insyaAllah rezeki tu ada. Yakinlah. Berdoalah.