PRU13 : Pertama Kali [Saya Pilih Mengundi]


2013.

Sebenarnya ini kali kedua wajib mengundi tapi disebabkan masa first time dulu tengah study jauh sangaaattttt jadinya tak boleh nak balik. Bukan tak boleh, malas sebenarnya ehe. Daftar pun sebenarnya masa tu main belasah je dekat booth KL Sentral.

So, dah tua ni baru merasa nak membuang undi buat kali pertama. 50-50 jugak nak balik, sebab abang pun sure tak sure nak balik. So petang jumaat tiba tiba abang kata nak balik tak? Jum balik sekali. Terus lah kita.
Gerak pukul 8pm. Dekat MRR2 Gombak ada ada ciri ciri nak jammed tapi Alhamdulillah. Abang called LPT, diorang kata tak jammed.  Sikit sesak je dekat Bentong tapi Alhamdulillah, kitorang balik ok je. Nyaris nyaris nak ikut jalan lama.

So,

Hari kejadian.

Kemain 8:30 pagi dah pegi dengan abah. Sebab nak balik awal. Abang undi tak sama tempat. Bagus service diorang. Abah tak larat nak berjalan & berdiri lama, so orang SPR bawakkan kerusi roda dan tolak sampai ke dewan.



Saluran 4, yang muda muda (ehem!) takde  lah ramai ramai. Biasanya orang muda mana mahu keluar awal awal pagi ni. Betul?

Dapat dapat kertas undi, tak tau nak buat camana takde instruction. Nyaris nyaris tak cop dakwat tu dekat tempat pangkah tu. Hahahahahaha.

Dah tunaikan tanggungjawab. Saya pilih mengundi!
I was tooooo excited! Nasib lawa dia cat jari gue. Hihi. 


Ombak Jahat Biru bertebaran sana sini.





So, ini kampong. Meriah bukan?

Akhir kata,
Sayangi Malaysia, Sayangi Tanah Melayu, Sayangi Bangsa Kita, Sayangi Agama Kita. Peace!


No comments: