New place. Take a deep breath.
Sekarang dah duduk dekat dengan office. Tulah, kekdahnya dah
tua tua baru nak pandai hidup berdikari. Happy? Yes I am. Thanks Dato’ for
always be my backbone. Tuan penasihat, tempat mengadu, tulang belakang,
supporter terhebat and my everything .
Masuk kerja jam 9
pagi, 8:20pagi masih sempat berlengah lengah nak mandi bebagai. Tapi lepas tu kalut
sikit lah. Jadi, kita ubah. Sebelum jam 8 kena mandi dah bersiap. Lepas subuh
tak payah berangan nak baring balik (2x dah cakap ni tapi pengsan balik,
apecer?)
Rumah? Ok. Small place just enough. Room just nice. Boleh
lepas lagi la kalau nak main tengteng dalam bilik tu hahahahah. At first masuk,
macam nak pitam jugak tengok dapur dan toilet. How come u guys can stand?
T______T Ok lah , toksah merungut, nak selesa, kita cuci. Jadi, kasi bersih
semua sampai berkilat. 3 hari berhempas pulas. Masuk masuk kemas bilik, baju,
cuci shower. Next day, lepas balik keje, cuci toilet. Lepas balik mengundi, cuci dapo dan kemas
rumah. Puas hati? Yes sangat!!
Baru lah lega nak memasak. So kita penuhkan pulak barang
dapur dan merasmikan perkakas perkasan memasak. Selera betul makan air tangan
sendiri. Ehe.
Housemate ok. Nice. 50-50. Tak sombong, tak jugak peramah
sangat. Tak busybody mahupun pendiam sangat. Tapi most of time dia dalam bilik.
Online kot. Another housemate, belum jumpa lagi, masih bercuti.
Sewa Alhamdulillah murah.
Rumah pun ada renovate sikit. So, selesa. Pagi pagi sejukkkkkkk sebab belah
belakang.
Cabaran sangat masa nak cari rumah. Dah la tak penah penah
duduk menyewa. Masa study full time hostel. Masa praktikal duduk dengan abang.
First job duduk dengan mak. Lepas tu terus duduk dengan abang, sampai la now.
Disebabkan diorang nak pindah way jauh dari sini, have to lah.
Dari kena tipu deposit (mula mula rasa macam nak publish
cerita pasal penipu tu tapi tak jadi lah, cumanya untuk yang baru baru nak cari
rumah sewa, iklankan dekat internet (ibilik especially) hati hati lah kalau
tiba tiba dapat mesej offer rumah sewa, eventho deal siap call berbagai,
maklumla orang desperate kan..so jangan lah percaya kalau rasa tak logic dan
pelik pelik tu. Sila la google dulu details orang tu atau google account number
dia, hp number dia, insyaAllah akan jumpa senarai orang2 dok complaint pasal
penipu tu dekat forum forum) Kenyanglah dikau dengan duit hasil menipu orang
yang sangat sangat perlukan bantuan ni
wahai sang penipu. Semoga Allah membalas yang setimpal. Amin.
Dan jugak dah confirm rumah, tinggal nak bayar deposit, tapi
bila di asak dengan macam macam soalan tiba tiba katanya ada orang datang bayar
deposit terus, cut line, tak boleh buat apa so bilik goes to penyewa baru.
Magic betul. Sudah lah deposit mahal subhanallah sampai Rm900 macam nak menyewa
rumah teres, haruslah kita mintak black&white etc kan. So byebye without
confirm dengan saya pun.
Frust. Sangat.
Ada lagi, husband & wife nak sewa bilik kat rumah
diorang. OMG! Nauzubillah.Tak mahuuuuuuu. Kau gila apa nak duduk serumah dengan
laki orang eventho ada wife dia? Macam kan diorang tu kembar siam melekat
24jam? No way. Big no! Dah tu, pandai pulak bagi nasihat tu kata susah orang
bujang nak cari rumah sewa sekarang. Kalau ada pun mahal blablablabla. I was
like….erk. Takpe lah kak. Tak manis tinggal dengan akak yang dah ada suami.
Agama saya melarang. Aurat nak kena jaga. Cecececewaahhhh. Pandai pulak aku
sekolahkan kakak tu. Hahahaha eh betul apa. Sebab I was confused, wife macam Indonesia,
hubs macam cina. Ah sudah!
Berminggu minggu, hampir sebulan lebih kot mencari, tampal
notice here and there block to block, iklankan kat internet macam nak gila,
orang pulak salah baca, ingat kita yang nak sewakan rumah…finally, berkat sabar
maybe bak kata Dato’, Alhamdulillah. Dapat rumah yang consider ok. Puas hati.
Its homey. Buatlah macam rumah sendiri tak mengapa. Alhamdulillah. Syukur Ya
Allah, Thank u Dato’. Tak lupa, Parents, bro, sil dan yes CikPuan Pu3 Yang Baik Hati turut serta memberi sokongan moral. *ni sounds so bodek dah kenapa Lil? Dah rupa menang award pun ada* Hahahaha.
So,
Ni syurga perempuan nama dia :
Bekas masih kosong. Sekarang sudah penuh dengan garam serbuk perasa kunyit asam jawa asam keping dan lebihan minya masak. Perfect! Ngam ngam! Pandai ciklil |
Kettle comel, stove comel. Apa lagi? Semua comel lah! Housemate punya barang pun kita susunkan sekali kasi comel. Heee. |
Kecik dan comel macam tuan dia *muntah* |
Alhamdulillah ada Dato’ penguat semangat. Keyword magic “sabar”
“sabar” “sabar” dan terus “sabar”. Cari dengan akal. Jangan ikut nafsu. Ikutkan
kalau takde dia, tak tahu lah apa jadi. Again, Thank you so much my dearest TPAA.
“Kau bagai malaikat yang selalu setia, melindungi menjaga dan mendampingiku…baik dalam susah dan senang kau selalu ada..bersamaku…”
Sekarang, tempoh bertenang and waiting for 17hb May. Jika
tertulis rezeki untukku, adalah. Jika tak, cuba lain kali. Demi mak abah,
insyaAllah rezeki tu ada. Yakinlah. Berdoalah.
No comments:
Post a Comment