Macam Mana Nak Kira Adunan? Mana Nak Beli Acuan Tart Nenas?

Dah nak raya.

Dah sibuk sibuk kecoh kecoh nak buat kuih.

Esok cuti, ayuh shopping barang-barang buat kuih, balang segala.

Dekat entry ni, http://tmd03081.blogspot.com/2012/08/tart-nenas-gulung-step-by-step.html , ada few soalan soalan yang nak kena explain:-


I pun tak reti actually nak bersukat sukat ni. Takde main gram gram. Mak ajar dulu, guna cawan. Cawan standard yang set set orang minum petang tu. 

*Peluh jugak ni nak buat esok takde cawan tu kat umah sewa. Kalau cawan yang for baking yang siap2 ada tulis measurement tu ada lah. Boleh lah kot eh?*

Ok la, kalau nak dalam gram, rasanya 1cup = 136gram. So kalau 2cups = 272gram. Boleh refer sini http://allrecipes.com/howto/cup-to-gram-conversions/

Yang tanya mana nak beli acuan tu pulak, boleh beli dekat Kak Zaiton. https://www.facebook.com/loyangdanacuan  Harga RM10 + RM7 postage. Sabitkan acuan I hilang tu je yang gigih beli tu. Sini takde bakery. Cari kat jusco aeonbig pun tak jumpa. Google google jumpa page kakak ni. Pejam mata je la beli. Acuan turun termurun mak tu entah mana pegi. Kejap buat kat rumah abang, lepas tu balik buat kat rumah emak. Ha kali ni beli, simpan elok elok. Bubuh satu bekas. *baek boss*

Telur 2 biji KUNING TELUR sahaja. 

I tell you. Resepi ni simple gila yet sedap gila. Sebab pakai satu tepung saja takde nak bertepung tepung bergula gula banyak dia punya doh tu. 

Ok next question?


July 07, 2014

July 7.

Ulangtahun yang ke? 19 ofcourseeee~

Bittersweet moment betul. Subhanallah.

Sweet lah berkesempatan meraikan dalam bulan mulia. Subhanallah, Alhamdulillah syukur Ya Allah Kau kurniakan kesihatan yang baik selama hidup, rezeki yang mencukupi, keluarga yang bahagia dan menghadirkan seorang yang mampu membimbingku ke jalan Mu Ya Allah J

Bitter, menjelang birthday, sakit tekak diikuti batuk, selesema, panas badan, panas tekak, panas hidung, panas kepala tapi tak la demam. Tak selesa. Tak apa, sempena ulang tahun kelahiran ni, buang sikit dosa dosa yang berselayut kat badan ni. InsyaAllah.

Main pantun-pantun dengan Zana pun sweet jugak. Tak sabar sangat nak I naik pelamin sorang tu. Nak tuntut malam berinai madi bunga segala bagai ala ala Yusry-Lisa dulu Hahahahah. Semorang dah tak zabarrrr sangat bunyinya nak tumpang pelamin I sambil bermonopod ramai ramai hahahahah

The most fun bff goes to ;

Ruzana KhalidHayati Suhari
Happy Birthday My Beloved BFF!!! Smoga Panjang Umur, Murah Rezeki, Dirahmati Allah Selalu, Sentiasa Bahagia & Cpt Bertemu Jodoh ~
P/S: Jom Buka Puasa Sama2 Kat Tempat Yg Kita Gi Tahun Lepas Tu... Hehe
Unlike

Hayati Suhari TQ TQ. Wish yang belakang tu aku nak amin panjang sket hahahhaha. Alor, this month schedule penuh la yang. Bz naw aku puasa kali ni.Ruzana Khalid Haha... Brape Harkat Ko Aminkan Tu? Amboi... Ni Busy Busy Berisi Ke... Busy Busy Single? Haha
Hayati Suhari Eh eh eh comel sangat peribahasa tu teacher hahahah. 
Lintas jalan naik titi,
Naik titi berhati hati,
Kalau ada jodoh menanti,
Kau la yang aku hello hello nanti.
Gituuu~
Ruzana Khalid Haruslahhhh... Aku Mmg Suka Comel2 Ni... Haha. Lama X Hello2 Kannn... Ingat Lagi Kan Plan Malam Berinai Kita? 
Hayati Suhari Iye. Ingat sangat. Hahahahha. Penangan Yusry-Lisa kot.

Sweet, ucapan dari kengkazen pun meriah. Sekarang pesen pemalas belaka semua kan. Sorang menaip habis yang lain copy. Kengkazen belah emak okay lah normal wish je. Yang belah abah ni lain sikit pe’el dia. Nak nak Fara sayang. Of course lah berdarling bersayang berbaby bagai. Lalu, semua pun copy dan paste lah text Fara. Sampai dekat kezen yang baru kawen & he both hubs n wife kinda like soleh solehah sikit (Alhamdulillah finally) so tak manis sangat lah nak berdarling kan I kan? Hahahaha.



You tengok Ayie punya text hahahahah

Jadi, haruslah edit sikit & jadi bahan lah lepas tu. Auchhhh korang memang sweet sangat!

Bittersweet, cuak cuak debor debor wonder wonder kenapa ucapan dari Yang Tuan Terutama tak dapat dapat lagi ni? Okay lah kot dia nak wish 11:59pm ke kannnnnn #husnudzon bhuahahahahahhaa. Yes, mana lah tahu datang perangai surprise you tu.

Lepas asar kemas kemas nak balik dia text & wondering kenapa I buat tak tahu je his tweet wishing me birthday. Eh ada ke? Kita punya la menunggu bagai menanti bulan jatuh ke riba gitu~ Rupanya sending failed. Kena sabotage kami. Ceh!

He said dah kenapa tak tanya kalau dia tak wish tu. Eh, I was like hey of course lah, takkan I nak tanya, “You, kenapa you tak wish birthday i?” Hui gelojoh, kecoh macam budak budak hahahaha. Deep inside, I know dia takkan lupa. Tak akan punya. Always be the first one yang wish like tahun tahun sudah. Auch, melting.

Katanya, resend. So I checked. Smile a mile Kenyang terus rasa sampai waktu berbuka ehehe. He said dah tidur last nite tapi bangun jugak sebab nak wish pukul 12am tu. Ahhhhh you memang, suka lah buat I touching nak menangis.  Touching tahu tak. Berusaha bangun untuk wish. Yes, benda simple je tapi sangat bermakna. Ni yang buat skala kasih sayang I bertambah tambah tak cukup ruang ni.

Here. Lepas dah mintak izin. Jangan pandai pandai ye. Belajar belajar minta izin, esok dah kawin tak kekok. Baru lah tak menderhaka & jadi isteri solehah nama dia. Eh? #AkuYangTweetKauYangTerasa






Jadi, you, on this beautiful date I wish, tetaplah menjadi yang terindah buat I, dalam hidup I, selamanya.
“May d friendship last til jannah” like you said. Amin…

Syukur Ya Allah, Kau kurniakan rasa bahagia dan gembira pada hari ini. Kau datangkan ujian kecil ini untuk ku muhasabah dan bersabar dalam menjalani ibadah di bulan mulia ini. Semoga hari hari yang mendatang Kau terus menitip nikmat kasih, nikmat sayang dan segala macam nikmatMu yang tak pernah habis dan tidak berpenghujung. Semoga diri ini terus kuat dan istiqomah dalam mencari redhaMu, mencari rahmat dan kasih sayangMu, mencari hidayahMu, dan istiqomah dalam menunaikan cita cita menjadi muslimah solehah. Tetapkan lah hati, tetapkan lah imanku dan cukuplah bagiku apa yang perlu. Semoga diri ini akan menjadi hamba yang Kau sayangi, anak yang berbakti, rakan yang disenangi dan meyenangkan urusan semua orang. Amin Ya Rabb.


Sup Daging

Ehem ehem ehemmmm.

Makanan paling takut nak masak tapi paling suka nak makan adalah daging. Sebab takut oih dia keras ketung tak empuk. Disebabkan keinginan nak makan daging singgang masam masam waktu sahur, tengok resepi semua pakai lengkuas, maka tak jadi la. Google google lagi tengok ada pulak sup daging tak guna sup bunjut. Ah mari try. Balik karang kita beli lengkuas. Yang best, tak guna sup bunjut ni. So tak perlu risau kalau tak de sup bunjut dalam stok. 


My version:-
Sup Daging Lil. Cececececeh~

Bahan-Bahan:-
Daging satu mangkuk
Satu batang saderi / celery
Segenggam cendawan carik carik
Bawang besar sebiji
Bawang putih dua biji
Halia setengah inci
Jintan Putih satu sudu kecik
Biji Ketumbar satu sudu kecik
Kayu Manis + Bunga Lawang + Buah Pelaga
Garam
Asam keping (Optional - nak bagi rasa masam)
Air

Cara-cara:
Masukkan air dalam periuk. Bubuh garam. Masukkan daging. Masak sampai empuk. Pastu masukkan batang saderi dengan cendawan tadi.

Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, jintan putih, biji ketumbar. Tumiskan bahan2 ni sekali dengan kayu manis, bunga lawang & buah pelaga tadi. Sampai naik bau.

Lepas tu masukkan bahan tumis ni dalam periuk yang reneh daging tadi.

Rasa garam. Kalau tak masin tambah. Sebab aku nak dia masam masam sikit so aku carikkan asam keping & bubuh dalam tu.

Pastu biarkan dalam 10-15 minit bagi dia empuk dan meresap bahan tumis tu. 

Sambil tu elok lah kemas kemas dapur basuh segala perkakas.

Nak lagi sedap, masak awal. Contoh, aku nak makan masa sahur pukul 5 jadi pukul 12 masak. Nanti pukul 5 just panaskan balik.  Sedap sebab semua bahan dah meresap.  Kalau  nak makan lunch, pagi lah yedak jawabnya kena masak.Yang paling tak sangka, lembut daging! Hahhahahah berjaya. Alhamdulillah....

Kesahnya, masak pukul 12 malam, membaca resepi pun dah tak betul jadi orang kata serbuk ketumbar aku bubuh biji ketumbar. Orang tak suruh bubuh bunga cengkih, aku gatai masukkan bunga cengkih. Tapi rasa takde lah pelik sangat. 

Okay lepas ni boleh repeat. Lepas ni boleh buat daging singgang pulak.

~



Nak Hilangkan Kuning Baby?

Dekat seminggu lepas balik rumah, Fia kena jaundice. Rabu, kena tahan semalaman kat hospital. Khamis petang boleh balik

Jumaat, masih pegi klinik ibu dan anak untuk checkup. Risau. Keluar hospital kuning dia 210 kalau tak salah. Tiba tiba check naik 213 pulak. Mula la menggagau cari tips nak turunkan kuning. Ada orang suggest bagi baby minum anggur hijau lah apa lah. Titik titik mcm tu je lah Tipsnya dapat dari emak yang ramai anak. So agak boleh dipercayai tapi aku tak berapa setujulah pasalnya baby kot. Tooooo fragileeeee nak bagi minum benda selain susu. Alangkan air masak pun doctor tak bagi, ini pulak jus anggur. Amboi!

Then, kami try mandikan dengan air herba cina. Beli kat kedai ubat cina, mintak je ubat mandian herba untuk baby kuning. Better cari yang dah siap pek macam teh uncang so that bila masak air tu takde berterabur hampas2 nya. 

Other than that kami try bagi dia air zam zam, titik titikkan kat mulut dia, usap usap badan n mandikan dengan air zam zam, Alhamdulillah, next checkup on Isnin, turun 180 even though doctor target 150. Okay lah tu banyak tu dari 213 ke 180 kan?

Sebenarnya tak tau dah hak mana satu yang menjadi, mandi air herba cina ke atau air zam zam tapi aku rasa sebab air zam zam lah kot. Kan banyak khasiatnya air zam zam tu. So nak kabo, y not cuba air zam zam kan dari bagi jus epal la jus anggur la susu kambing la. Susu kambing tu pun entah steril ke idokkkk bagi anak minum begitu sajaaaaa huish. Ya, of cos lah susu ibu terbaik tapi dah kalau yang ada masalah dengan susu ibu tu macam mana lah pulak kan...

So, cubalah.

Derrrrrr..membebel macam dah beranak. Bhahahhahahhaha. Sudah lah kau. Diam situ.


Safirah Luthfia

Just to introduce our little princess, Safirah Luthfia a.k.a  Fia a.k.a cikpia (; InsyaAllah membesar menjadi anak yang solehah dan bertepatan dengan maksud nama ya Fia?