Ehem ehem ehemmmm.
Makanan paling takut nak masak tapi paling suka nak makan adalah daging. Sebab takut oih dia keras ketung tak empuk. Disebabkan keinginan nak makan daging singgang masam masam waktu sahur, tengok resepi semua pakai lengkuas, maka tak jadi la. Google google lagi tengok ada pulak sup daging tak guna sup bunjut. Ah mari try. Balik karang kita beli lengkuas. Yang best, tak guna sup bunjut ni. So tak perlu risau kalau tak de sup bunjut dalam stok.
My version:-
Sup Daging Lil. Cececececeh~ |
Bahan-Bahan:-
Daging satu mangkuk
Satu batang saderi / celery
Segenggam cendawan carik carik
Bawang besar sebiji
Bawang putih dua biji
Halia setengah inci
Jintan Putih satu sudu kecik
Biji Ketumbar satu sudu kecik
Kayu Manis + Bunga Lawang + Buah Pelaga
Garam
Asam keping (Optional - nak bagi rasa masam)
Air
Cara-cara:
Masukkan air dalam periuk. Bubuh garam. Masukkan daging. Masak sampai empuk. Pastu masukkan batang saderi dengan cendawan tadi.
Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, jintan putih, biji ketumbar. Tumiskan bahan2 ni sekali dengan kayu manis, bunga lawang & buah pelaga tadi. Sampai naik bau.
Lepas tu masukkan bahan tumis ni dalam periuk yang reneh daging tadi.
Rasa garam. Kalau tak masin tambah. Sebab aku nak dia masam masam sikit so aku carikkan asam keping & bubuh dalam tu.
Pastu biarkan dalam 10-15 minit bagi dia empuk dan meresap bahan tumis tu.
Sambil tu elok lah kemas kemas dapur basuh segala perkakas.
Nak lagi sedap, masak awal. Contoh, aku nak makan masa sahur pukul 5 jadi pukul 12 masak. Nanti pukul 5 just panaskan balik. Sedap sebab semua bahan dah meresap. Kalau nak makan lunch, pagi lah yedak jawabnya kena masak.Yang paling tak sangka, lembut daging! Hahhahahah berjaya. Alhamdulillah....
Kesahnya, masak pukul 12 malam, membaca resepi pun dah tak betul jadi orang kata serbuk ketumbar aku bubuh biji ketumbar. Orang tak suruh bubuh bunga cengkih, aku gatai masukkan bunga cengkih. Tapi rasa takde lah pelik sangat.
Okay lepas ni boleh repeat. Lepas ni boleh buat daging singgang pulak.
~
No comments:
Post a Comment