"Face Your Fear" - TPAA, Sept.2013
Gituuuuuu...
Kau ada tema tema bagai? Takde kannnn.
I is so penyeram. Memang tak lah nak tengok cerita cerita hantu ni. Cerita hantu lawak lawak tabah lagi la nak pegi tengok. Tapi hantu seram tahap Ju-on bagai tu terima kasih daun keladi, memang saya tak berani. Dulu, zaman kampus pernah tengok cerita hantu apa eh, Jangan Pandang Belakang kalau tak salah. Sudah lah tengok hari siang, tutup muka dengan bantal pula. Dasar penakut sangatttttt.
So, The Conjuring. Dato' pegi tengok with his cousins and said seram gila. Okay laaaaaa fineeee kalau dia yang pemberani tu kata that film adalah seram, that means seram lah. Seram gila. Dan I pun memang ok tak mahu tengok. Takut pejam mata je sudahnya karang.
Last friday, wechat with Baby, dia pujuk pujuk pegi lah tengok kak. Face you fear etc etc. Okay lah. Akak pegi la ni. Pegi ni. Check online TGV tengok seat banyak kosong *berpeluh* Showtime hanya pukul 1:55 pm dan 8:50pm. Memang tak lah nak tengok malam kan!
Pegi tak pegi tak pegi tak pegi. Ok. Pegi!
Maka pergilah.
Sudah lah pergi sorang sorang, takde apa apa barang pulak tu nak lindung lindung muka like a box of popcorn ke. Yang ada cuma botol air. Apa la nak gagau ni karang jap lagi kalau keluar muka hantu ni karang. Sebelah kanan chinese girl. Belah kiri seat kosong sampai ke hujung. Oh greaaaaaaattttt! My seat adalah betul betul center of the hall. Phewwwww.
OhyaOhya. Disebabkan hari merdeka, so
masa iklan sebelum movie start kami dijamu dengan iklan iklan hari
kemerdekaan. Seronok juga sebab 90% audience adalah kaum kedua terbesar di
Malaysia. Biasanya kita kan dimomokkan dengan racist and all that so
mari tengok ada tak adegan adegan yang tak sepatutnya.
...................
...................
...................
...................
...................
...................
...................
...................
...................
...................
...................
...................
Ok tak ada! They all behave. Bagus.
Lepas
tu right before movie start, mereka pasang lagu NegaraKu dan mintak
audience berdiri. Mula mula semua cuak lah sebab tak penah berada dalam
situasi macam ni kan. Lepas tu chinese boy and the gang baris depan I
bangun. So automatically semorang pun bangun. Gooooooodddd! Kami sayang
Malaysia. Habis je NegaraKu semua pun duduk diam anddd.....
Movie start. Relax.....Enjoy...
Online tix. Just scan the code via your smartphone ;) |
Ok lah. As conclusion I boleh! Yes! I faced my fear! Thank you Dato' Thank you Baby! Walaupunnnnnn kerassss kejunggggg masa klimaks part exorcism tu. Memang keras kaku atas seat tak bergerak. Serious!
Tidak lah I menjerit jerit dalam tu. Tidak lah melatah sakan. Tidak lah pejam mata. Tidak lah terlompat macam tengok Zombi haritu. Good! Cuma terperanjat yes.
I actually okay with the seram seram scene yang macam expected even though benda tu tak jadi pun. Macam kita akan expect orang tarik kaki, akan expect bila budak tu jengah bawah katil akan ada benda benda pelik, belakang pintu, atas almari and so on. Benda yang kita boleh ready nak menggelabah. Nak tutup mata ke muka ke. I am okay with that.
Cuma yang tak okay nya bila benda tak expect macam masa Mak dia terkurung dalam cellar tu masa mula mula cerita. Tiba tiba lah pulak ada suara nak main hide&clap lepas tu clap tepi telinga dia. Hooooooooiiiiiii!!!!! Menjerit lah masa tu okay. Gugur jantung sekejap. Budak budak lelaki cina baris seat depan dah gelak gelak cover terkejut. Hahaha.
Lain lain accepted cuma nya i am not okay, a big no dengan muka muka hantu buruk ni. Rambut kusut masai panjang panjang hoihh.. Ya Tuhannnnn can not go betul la. Takut lah weh muka pelik pelik ni. Lepas tu dia muntah darah yaaakkkkksss terus rasa nak muntah dekat situ.
Masa part exorcism tu I dah gelabah takde arah. Nak capai apa ni nak cover muka? Kecik kecikkkkkkkkkkk mata tengok. Nak pejam karang takut rugi. Berpeluk tubuh kawkaw sampai keras. Minum air la apa. Gelabah tak yah cakap. Memang keras sungguh.
So bila movie dah habis ok fiuhhhhh cepat cepat nak keluar dari hall. Takmo duduk lama lama dengar muzik yang seram tu. So bila dah keluar. Hah legaaaaaa~
Lepas tu do shopping groceries terus lupa dah la pasal cerita hantu tu. Ok good tips ni. Kalau nak tengok cerita cerita hantu, better watch movie siang siang lepas tu sibukkan diri shopping atau apa apa so that lupa lah scene scene yang menakutkan tu. Amacam? Ok kan? Hahaha.
So lepas ni boleh lah lagi nak pegi tengok cerita cerita seram cuma please lah jangan keluar muka muka buruk. I cannot tahan T____T
No comments:
Post a Comment