19082013 : Pergi Tak Kembali

Isnin.
Cuaca mendung, redup. 
Boss masuk office. Bergembira riang ria dengan bos try new product and discussion.
Handphone was in silent mode.

Jam 4 lebih, masih lagi huhahuha di pejabat. Capai hp tengok text dari Dato'. Tengok ada misscalled dari Mummy and Kaklong. Its Zaty actually. Perasan whatsapp/text message kaklong and Zaty, "Wan dah takde.." "Wan dah meninggal"

Shocked!

Terduduk. Menggeletar.

Call Zaty tak dapat. Call Kaklong tak jawab. Call semorang. Call mak call adik. Call Dato'

Dapat cakap dengan Zaty. She confirmed the news. Jam 3 lebih Wan pergi tinggalkan kitorang semua.

Aku menangis takde arah dah dekat toilet. Call abang. 

Keluar toilet colleagues semua tengok semacam "Are u okay?"

"Im not ok. My grandma...meninggal" Suara keluar tak keluar, tersedu sedu. Kemas bag. Boss datang hug me. Lagi lah sedu. "Just go back. Dont worry about the job"

Sampai rumah tak tau nak buat apa. Blur. Capai capai capai, mandi. Asar, keluar. 

Jam 6 lebih sampai Gombak LRT station, balik dengan abang. Yang lain lain pun semua kelam kabut balik. Masing-masing dengan baju keje.

Whatsapp dengan Fara & Ayong. They said nak kebumi malam ni juga. Lepas magrib mandi n kafan.

Ya Allahhhh cepatnya. Yes its good mempercepatkan tapi kami tak ready....

Aku sampai, sarung jubah, wudhu, baca yasin tepi arwah. Tak sanggup nak tengok Wan dah terbujur kaku. 
Baca nangis, baca nangis, hilang spek tah kemana. Aku tengok orang lain bengkak-bengkak mata. Bibik pun.

Lepas isyak tukang mandi mayat dah ready, so mandikan kat bilik Tokbah & Wan. I was there. Tengok Wan tenang macam tido. Anak KakNgah mulut petah, "Nenek nak mandi. Nanti nenek nak tido, Nenek mati" Allahuakbar. One year old ++ baby said that. Mula la nangis lagi kami.

Usai mandi, aku usap usap kaki Wan. Sejuk. Cantik tak macam orang sakit.

Usai kafan, TokBah cium Wan "Berpisah dah kita Makwe" Allahhhh... Yes, Tokbah & Wan sweet. They call each other PakWe & MakWe. Well actually "AyahWe & MakWe" Panggilan ayah sedara & mak sedara yang tua tapi nice kan. 64 tahun hidup bersama....

Kemudian, anak cucu cicit semua.Dan, berangkatlah ke tanah perkuburan.

Jam 11 malam, arwah Wan selamat dikebumikan.

Alhamdulillah Wan menghembuskan nafas terakhir dengan sangat mudah. Wajah Wan putih dan berseri..Berisi dan tak cengkung. Tak nampak sakit. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah Kau permudahkan segalanya.

Terima kasih Wan. Kami akan ingat segala pesan Wan, nasihat Wan, cerita cerita Wan, keletah Wan, ayat-ayat Wan. The famous quote yang kami selalu ulang ulang bila kami semua hiruk pikuk tengah malam tak reti reti nak tido. Wan akan bebel "Jadi jadi la! Rumah orang lain pun ada anak cucu, dah senyap sunyi tengah malam ni. Tido! tido! Jadi jadi lah tu"

Selamat tinggal Wan. Semoga Wan ditempatkan di kalangan mereka mereka yang beriman. Syurga untuk Wan. Kami takkan lupa doakan.

AlFatihah untuk Almarhumah Zaharah binti Abdul Rahman...

**Thank you Dato' for always support & tegur & nasihat & be my backbone.

No comments: