Cuai

Kesahnya, abang anak beranak balik kampung jumaat malam sampai isnin malam. Manakala aku kena bekerja membanting tulang mengerah tenaga (lah sangat). Dah plan cantik sangat dah ni, nak beli toiletries dan barang dapur so, tukar beg. Bawak beg galas senang nak sumbat semua barang. 

Dan.....hari pun berlalu dengan gembiranya Ahad haritu.

On the way balik, petang around 7pm dah nak sampai rumah, sampai dekat postguard tiba tiba tak sedap hati. 

Okay......i forgot my key. Tinggal dalam beg sandang. Ah sudah. Pucat dah muka ni. Tapi buat cool lah mintak tolong guard kot kot lah diorang pandai membukak pintu ke ape kan. Kot pecah siling ke mana nak tahu. 

Sampai sampai atas, macam macam cara buat tak dapat jugak. Diorang pun blah. Aku pun termenung dekat tangga. Contact abang, kak ipar bagai. Abang suruh tido rumah abang idan. Nasib jugak diorang belum pindah so ada la jugak penyelamat. So, text kak diana n abang idan tapi dua dua tak jawab. Cuak dah ni.

Hujan.....

Twit.

Mengadu dengan Dato'. Dato' offer bermalam dekat somewhere. I was 50-50. Kalau kak diana tak offer tido rumah dia memang aku  terima offer Dato'. Berani tak berani tolak tepi lah.  Bukan tido dengan dia lah. Tapi keseorangan kat tempat tu. No choice. At last, Kak diana kata meh tido dengan dia. Abang idan tido ofis sebab nak siapkan keje. 

So tunggu hujan berenti. Lama jugak la dah menggigil gigil kat luar. 

Dah redha...gerak pegi blok sebelah. Luckily, kak diana dah bertambah ceria since pregnant kali kedua ni. Alhamdulillah so aku takde lah kekok sangat. If tak, cuak jugak kalau dia diam je kan. Yang best siap urut urut kepala pasal dia mabuk pregnant. Dah macam kakak sendiri. Uih teruk jugak mabuk pregnant. Sebelum azan subuh dah uwek uwek dekat bilik air. Eiissshhhh..takpe, semoga senang beranak ye kak?

Kesahnya, kecuaian membawah padah. Habis semua program yang dah setting cantek kucar kacir. Padan muka aku. Cuai lah lagi. Dengan Dato' punya program terbabas sekali. 

Dah, pegi duplicate kunci banyak banyak.


No comments: