Assalamualaikum wbt.
*Take a deep breath. Inhale, Exhale*
Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menghirup udara tahun yang baru.
Hi 2013, how are you? Are you doing good? I hope u always be and please i beg u, please be nice to me the whole year.
Cuba dengar dan renungkan lirik lagu ni:
I will break these chains that bind me, happiness will find me,Leave the past behind me, today my life beginsA whole new world is waiting it's mine for the takingI know I can make it, today my life beginsLife's too short to have regretsSo I'm learning now to leave it in the past and try to forgetOnly have one life to liveSo you better make the best of itBruno Mars - Today My Life Begins
Nice isn't it? Membara bara nak mulakan 2013 dengan good things.Tak. Bukanlah maksud aku nak mulakan 2013 ni dengan mengagung-agungkan music barat. Tidak. No. Nehi. 没有 Jo இல்லை La'. Nej. Nitch. ノー. 아니. Non. Não. Hakuna. Ingen. Không . Ok Terima kasih Google Translate. Hahahahaha.
Lupakan 2012. Lupakan semuanya. *Kalau boleh aku lenyapkan 2012 dalam kamus hidup..Kalau lah...*Jalankan tanggungjawab. Focus. Berubah. Jadi, yea apa azam kamu semua? One of my colleague:
Colleague: "Kak, ape azam taun baru ko kak?"
Me : "Kawen ahhhhh! Lagi nak tanya?"
Hahahaahahaha tak . Gurau je. Jodoh tu rahsia Allah. Mana nak tau bila nak kawen ye tak? Nak kena buat checklist ke camana ni?
Tak payah lah kot. Cumanya azam, berubah ke arah muslimah yang lebih baik. Jaga tutur kata, jaga pakaian, jaga aurat, jaga diri, jaga semua lah. Dari pakai ketat2, kita tukar sket labuh labuh longgar longgar. Dari tak berstoking, pakai sarung kaki. Dari tudung atas dada, labuhkan bawah dada. *Ok esok jum Kenanga, shopping!!* Dari melatah mengarut ngarut, tukar lah Astaghfirullah, Allahuakbar. Gittttteeewwww~ Kerjaya, berusaha untuk dapatkan kerja yang lebih bagus, gaji yang lebih tinggi. Bukan sebab gaji semata mata, tapi dunia sekarang semua benda perlukan duit untuk keselesaan. Dah camno? Dan jangan merungut dan bersungut tentang kerja. Just do your part. Buat dengan seikhlas mungkin. Nak puaskan hati semorang memang takkan dapat. Mana mana tempat pun macam tu. Betul? Ye betul lah tu.
Lagi, apa ya?
*Ni yang aku touching sangat ni kenapa*
Ok, pasal nikah kawin. Tolong la, orang orang di luar sana. Yes, siapa yang tak nak kawin, tak nak nikah? Tell me siapa yang tak nak? :) So please la simpan soalan "Bila lagi?" "Kenapa tak kawin lagi?" "Memilih sangat kot?"
Tell you what. Salah ke saya memilih? At 28, OhMyAllah, tuanya dah tapi still comel kan *Blerggghhhhh* Ok at 28, salah ke saya memilih untuk yang betul betul terbaik? Ada. Ada calon yang sangat baik, terbaik, paling baik. Ever! Tapi mungkin saya bukan calon yang baik untuk dia. Takpe, kita ada Allah. Kalau kita nak dia, kita jangan cakap dengan dia. Sebab kalau nanti kita frust, kita sakit. Biar kita mintak dengan Allah. Mengadulah, merayu lah, bercakaplah, mintaklah dengan Allah. At least kalau kita frust, kita masih boleh mengadu dekat Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita walaupun kita rasa dia yang kita nak tu 300% perfect. Allah Maha Mengetahui. Allah lebih tahu. Marilah bersangka baik dengan Allah *senyum*
Could u please stop replay Keajaiban Cinta by Aliff Aziz & Adira wahai Cik Nurul? Ni entry Tahun Baru. Bukan entry putus cinta. Pffffttttt.
Sekejap, tadi jumpa dekat IG Chika ini:
Nampak?? Nampakkkk?? Semua nya dah tertulis bukan? So..y bother? Marilah kita menghafal hadis ni dan gunakan ini sebagai modal untuk menjawab soalan soalan di atas. Jyeah! |
Ok, lagi?
No more.
Saya cuma mahu menjadi :
Muslimah yang solehah
Hamba Allah yang patuh di setiap suruhan & laranganNya
Anak yang baik, yang solehah
Adik & Kakak yang baik
Emak sedara yang awesome
Kawan, Pekerja, Sahabat yang baik.
Semua lah, yang baik, yang terbaik. InsyaAllah.
I just lost. Blur tak tahu dah nak tulis apa.
Moga 2013 membawa lebih banyak kebahagiaan & kegembiraan. Dan semoga saya kuat. Kuat dan istiqomah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Istiqomah dalam mengerjakan suruhan, meninggalkan larangan, berbuat kebaikan, berbuat kebajikan, menjaga tutur kata, tingkah laku, pergaulan, penampilan dan menambah ilmu pengetahuan, kehidupan, dan keagamaan.
Itu saja pinta saya. Kebahagiaan. Happiness.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment