Assalamualaikum wbt.
So, im back.
Berapa lama dah tak update ni. Tak sempat takde masa. Banyak benda jadi. Banyak sangat. Tragedi Oktober. Sangat meninggalkan kesan untuk selama lamanya. Seumur hidup.
Musibah diri sendiri. Musibah keluarga tapi yang aku nak ceritakan adalah musibah keluarga.
Jadi, kisahnya..
Hmmmmm....
Aku dah taip panjang lebar. Tapi, tengah tengah cerita, aku tiba tiba teringat ayat Chika dalam satu entry dia dulu iaitu "belajar rahsiakan musibah" then aku pun google Riwayat Hadith Thabrani :
“Ada tiga hal yang termasuk pusaka kebajikan, yaitu merahasiakan keluhan, merahasiakan musibah dan merahasiakan sodaqoh (yang kita keluarkan).” (HR. Ath-Thabrani)
“Barangsiapa ditimpa musibah dalam hartanya atau pada dirinya lalu dirahasiakannya dan tidak dikeluhkannya kepada siapapun maka menjadi hak atas Allah untuk mengampuninya”. (HR. Ath-Thabrani)
Takpe lah, tak jadi nak cerita. Biarlah aku & orang orang yang berkenaan je tahu. Tak baik bukan. Macam kata hadith tu, jangan mengeluh, belajar lah rahsiakan musibah, keluhan dari pengetahuan umum. InsyaAllah.
Baru lepas baca ni http://andari3020.wordpress.com/2011/05/25/merahasiakan-musibah/ terkesan sangat. Menitik air mata.“Pada saat kita diuji dengan kehancuran dan kerapuhan…. Biarkan itu menimpa kita… Tapi ingat jangan ada yang lain yang harus turut merasakan penderitaan kita yang diuji….
Biarkan derita itu hanya kita yang merasakannya, dan bagikan semua kebahagiaan yang kita dapat kepada semua…”
One of the blog yang aku surf untuk cari maklumat pasal hadith ni bukak instrumental sedih yang amat yang biasa macam dalam drama drama melayu tu..komfem lah lagi laju menitik air mata
Dari dari musibah ini jugak lah aku belajar muhasabah diri. Betapa banyak dosa yang dah aku buat, menzalimi diri sendiri, menzalimi orang lain. Yea, ada hikmahnya semua musibah ini. Belajar lah lagi muhasabah diri. Telek diri sendiri dulu dan dekat situ dapat jawapan kenapa ditimpah musibah. Tidak kira musibah yang sengaja di cari atau musibah yang telah ditetapkan, belajarlah untuk redha, belajar bersyukur dengan setiap nikmat dan musibah sebab semua tu akan ada hikmahnya. Akan ada kebaikannya di masa akan datang.
Musibah, muhasabah, berubah.
Suka dengan ayat ni :
Maka….jika kita perlu mengadu masalah…meluahkan rasa..carilah sahabat….carilah Allah….hanya Dia yang Maha Memberi pertolongan… merayulah padaNya supaya kita memperoleh kekuatan dan dapat mengubat hati yang rawan….supaya hati kita lembut dengan dugaan Tuhan…supaya kita dapat menggunakan semua orang disekeliling kita sebagai punca tenaga positif untuk meneruskan kehidupan sehari-hari….insyaAllah… (Jangan Begitu)
Untuk Dia, terima kasih Ya Allah kerana menyedarkan dan masih bagi peluang untuk berubah. Sentiasa mendengar, sentiasa ada setiasa menerima biarpun terlalu banyak dosa dan janji yang dimungkiri. Juga untuk dia, terima kasih you sebab sentiasa ada, sentiasa di situ, sentiasa sabar, sentiasa menyokong, sentiasa mengawasi , biarpun perit tetapi sentiasa ada dan setia membimbing tanpa lelah. Sungguh, demi Allah, I terhutang nyawa dengan you. Budi, jasa, pengorbanan you takkan i lupa dan takkan dapat i balas sampai mati. Terima kasih yang tak terhingga.
Here,begins with the end...
1 comment:
bersabar di dalam setiap ujian. pasti ada perkara baik yang akan menyusul insyaAllah....
Post a Comment