Cewaaaahhhh tajuk tak boleh nak blah. Dah macam kan tajuk assignment. Hahahaha.
Meh tengok:
Beli barang RM100++ dapat lah kalendar yang ada coupon lagi dalam dia. Yeay! |
Sekarang kan Guardian ada buat promo Xmas. Mana mana tempat, mall pun mesti ada jugak kan. Jadi, sejak dua menjak reti minum vit c ni aku pun beli lah. Mula mula dulu Guardian buat promo yang sebotol kecik tu je RM10 untuk 10 biji tablet. Jenis larut dalam air. So best sangat lah untuk aku yang gigih nak amik vitamin tapi bangsa tak boleh nak telan pil kan?
Jadi bila dah try Kordel's Vit C ni aritu, sukaaaaaa sangat maaakkk!!! Dah lah rasa dia sedap yang amat, pastu nak demam tak jadi demam. Magic kaaaauu! Tapi nak lagi sedap letak dalam satu cawan air je. Secawan ok. Memang kau tak rasa minum vitamin. Rasa minum air oren botol. Serious aku cakap!
Maka gigih aku promo kat semorang, padahal bukan dapat apa pun. SIL suka, aku dia semorang suka jadi, kemarin ada promo Buy 2nd for 50%. Gigih lah aku berpakat dengan semorang ngan member2 sekali beli. So untung lah jugak. Dapatlah kitorang 4kotak. Total ada 14botol. SIL n dia amek 4 botol, aku 3, member2 lain sorang sebotol. Untung gila. Harga biasa untuk pack tu (2kotakfree1botol) is RM70 tapi kitorang dapat (4kotakfree2botol) RM105 instead of RM140. Sebotol jatuh lah RM7.50. Ha cepat lah pegi borong weh.
Sekarang ni, jenis tersedar dari lamunan sikit since tengok ramai orang orang tua sakit itu ini bila tu, jadi iolss macam takut kaayyy. So, nak menjaga kesihatan sangat sangat supaya tak de penyakit kronik bila dah tua nanti, insyaAllah. Kita mencegah dari awal ye tak. Tapi kalau tertakdir nak kena, macam mana nak halang, tapi selagi boleh kawal, cegah cubalah. Minum vitamin c, minum susu untuk tulang eventho bukan minum Anlene tapi tak kesah lah janji susu. Bantai je lah. Kurangkan minum minuman bergula, yes dah jarang sangat since minum susu every day n night. Banyak minum air kosong.
Dan, tengah tunggu PMC. Pure Marine Collagen sampai. Harap harap itu pun akan membantu kesihatan dalaman, insyaAllah.
So, uolsss bila lagi nak start? Ke aku yang lambat? Hahahaha. Ye lah, sedar diri sikit, awak ni dah nak masuk 30 tahun, jadi jangan perasan sistem tubuh tu sama dengan budak budak 18 tahun even muka comel macam budak sekolah. Eh! Hahahaha
Ohya, bukan setakat badan, rambut gigi habis aku nak membela sekarang. Gigih berfloss n listerine. Hahahaha teruk sangat kesedaran mendadak ni. Istiqomah, istiqomah ye untuk kesihatan jangka panjang even kita tak tahu bila kita punya ajal tapi selagi bernyawa ni, jaga lah kesihatan elok elok. Gitttttuuuuu~
1 comment:
Haha gigih sangat okkkkk aku bila dtg time rajin tu rajinla, datang time malas apa pun tak payah hahaha
Post a Comment