Dan yang bukan bakal pengantin pun boleh laaaahh.
Bakal pengantin yang busy, tak sempat pegi spaOrang yang kedekut nak pegi spaMalasnya nak pegi spaaaaa
Dan macam macam alasan lagik lah kau orang tu.
Ha memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah musim orang main kawin kawin, main kenduri kendara, sibuk segala macam, yang bakal pengantin mesti nak pasang badan kan? Nak body licin licin kasi clean and clear takda daki segala. Yang lelaki kadang kadang malu nak pegi spa padahal daki dah berkerak tu.
Sini ha akak engkau nak ajar camana nak buat scrub free free, jimat, mudah, ringkas, murah dan yang sama waktu dengan dia. Buat senyap senyap dekat rumah cukup. Yang tak bakal pengantin macam aku pun jangan lah nak kecik hati. Jom buat jugak.
Sila sediakan : Beras, Kunyit Hidup dan Lesung Batu.
Beras Kunyit tu bukan untuk merenjis kau orang bakal pengantin ni. Haih…sabar lah sikit kot iye pun.
Rumah kau orang ada beras? Isk…taste mat saleh betul lah engkau orang ni. Makan apa hari hari hah? Pizza? Megi? Dah, Kalau takde pegi mintak jiran sebelah secawan cukup. Tak jatuh fakir nye jiran tu kasi secawan beras kat kau orang. Dapat pahala lagik ada lah. Okay, alang alang dah dapat beras, mintak sekali kunyit hidup. Tak yah banyak, 2cm pun jadik lah. Lepas tu kalau rumah kau orang memang ada pinggang dan cawan semata, mintak pinjam lesung batu sekali hokay. Haih kau orang ni. Kesian sungguh.
Bila dah sejam tu, toskan air beras tu, ambik kunyit hidup sikit kupas kulit dia. Tak kenal kunyit hidup? Pegi google. Malas aku layan kau orang ni.
Lepas tu tumbuk dengan sepenuh tenaga sampai jadik hancur debu
Agak agak dah siap letak dalam bekas, pegi bawak dalam bilik air.
Ha gosok, gonyoh la puas puas daki daki dekat badan kau orang tu. Takkan ini pun nak letak gambar jugak. Memang tau kau orang neh!
Hasil dia?
Percaya lah cakap aku ni. Di samping daki daki kat kulit kau tu hilang, kulit kau akan jadik licin.
Aku selalu buat tiap tiap minggu atau bila free. Ye lah, biasa mandi mengelat, bukan main kotor pun jadi mandi tak gosok beria. Wahahahha. Jadi kita ganti dengan ini tiap tiap minggu.
Beras segenggam, kunyit hidup seulas lahaaaaiiiii bape sen sangat lah nak banding pegi spa. Ye tak?
Eh, arini cuti kan sempena Maal Hijrah. Ha elok sangat la. Pegi buat sekarang. Nanti kasitau sini apa hasil dia. Kalau yang putih melepak tu aku tak jamin ah kalau kulit kau orang nanti kuning kuning macam kena jaundice. aku rasa tak da masalah pasal aku takde kesan apa pun eh tapi aku itam. tsk. ha, kunyit tu jangan la melampau lampau sangat.
Sila la try :)
17 comments:
pengantin basi pun boleh amek kan? heheh:)
heh
menarik..
mcm nak cube try test jee
hehee
@CGG sila la.
pengantin lama???
satgi gebu gebu sangat tak larat layan laki plak malam..huhu...
menariknya petua ni.rasa nak buat lah...!!!
gua nak wat gak.. keh keh
WAH, CRA TRADISIONALL!!!:d menarek.. thanks for this entryy.
well, it just like lulur kn cara sapunya?
ade kunyit, badan tak jd kuning ke?
kunyit fungsi dia boleh hilangkan pimples kan? and beras lak boleh cerahkan kulit dan putihkan kulit.. kalau rajin mmg dah lama buat.. hehehhe
beras, kunyit hidup ngan lesung batu ada. mangkuk yg takde,camno? haha
aku suka, tp aku malas nk menumbuk tu.haih.
@Anisa Hang Tuah cuba try test ok! haha
@LadyRyeaku tak bertanggungjawab kak. haha
@Sophie Al-yahya menarik sebab bahan dia pun simple sangat. pegi godek godek dekat dapur je
@hamzah ian mejah..homaigod... hot ah pasni kulit licin. yaaawww~~
@Siti Noraisyah insyaAllah tak nye :)
@Ain Zulaikha itu la point dia. kalau rajin. hakhakhak
@Lady SharpShouter mangkuk takde? hakhakhak. lawak kamu. malas tumbuk cuba blend. tak pasti pulak menjadi ke tak. tak try lagik.
Post a Comment