Scrub percuma untuk bakal pengantin

Dan yang bukan bakal pengantin pun boleh laaaahh.
Bakal pengantin yang busy, tak sempat pegi spa

Orang yang kedekut nak pegi spa

Malasnya nak pegi spaaaaa

Dan macam macam alasan lagik lah kau orang tu.
Ha memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah musim orang main kawin kawin, main kenduri kendara, sibuk segala macam, yang bakal pengantin mesti nak pasang badan kan? Nak body licin licin kasi clean and clear takda daki segala. Yang lelaki kadang kadang malu nak pegi spa padahal daki dah berkerak tu.

Sini ha akak engkau nak ajar camana nak buat scrub free free, jimat, mudah, ringkas, murah dan yang sama waktu dengan dia. Buat senyap senyap dekat rumah cukup. Yang tak bakal pengantin macam aku pun jangan lah nak kecik hati. Jom buat jugak.

Sila sediakan : Beras, Kunyit Hidup dan Lesung Batu.

Beras Kunyit tu bukan untuk merenjis kau orang bakal pengantin ni. Haih…sabar lah sikit kot iye pun.

Rumah kau orang ada beras? Isk…taste mat saleh betul lah engkau orang ni. Makan apa hari hari hah? Pizza? Megi? Dah, Kalau takde pegi mintak jiran sebelah secawan cukup. Tak jatuh fakir nye jiran tu kasi secawan beras kat kau orang. Dapat pahala lagik ada lah. Okay, alang alang dah dapat beras, mintak sekali kunyit hidup. Tak yah banyak, 2cm pun jadik lah. Lepas tu kalau rumah kau orang memang ada pinggang dan cawan semata, mintak pinjam lesung batu sekali hokay. Haih kau orang ni. Kesian sungguh.
Sila berkenalan dengan encik beras
Mula mula amik beras sikit rendam dengan air dalam mangkuk dalam anggaran satu jam. Kalau kau orang main nak tumbuk terus je percaya lah, kau orang akan tumbuk beras dengan linangan air mata sambil sumpah seranah pasal aku dah try dulu. Tak sabar 15 minit rendam dah tumbuk. Giloooo. Tak lembut lagik beras tu. Bukan tumbuk nasik kot. tumbuk beras.
























Bila dah sejam tu, toskan air beras tu, ambik kunyit hidup sikit kupas kulit dia. Tak kenal kunyit hidup? Pegi google. Malas aku layan kau orang ni.

























Lepas tu tumbuk dengan sepenuh tenaga sampai jadik hancur debu

























Agak agak dah siap letak dalam bekas, pegi bawak dalam bilik air.

Ha gosok, gonyoh la puas puas daki daki dekat badan kau orang tu. Takkan ini pun nak letak gambar jugak. Memang tau kau orang neh!

Hasil dia?
Percaya lah cakap aku ni. Di samping daki daki kat kulit kau tu hilang, kulit kau akan jadik licin.

Aku selalu buat tiap tiap minggu atau bila free. Ye lah, biasa mandi mengelat, bukan main kotor pun jadi mandi tak gosok beria. Wahahahha. Jadi kita ganti dengan ini tiap tiap minggu.

Beras segenggam, kunyit hidup seulas lahaaaaiiiii bape sen sangat lah nak banding pegi spa. Ye tak?

Eh, arini cuti kan sempena Maal Hijrah. Ha elok sangat la. Pegi buat sekarang. Nanti kasitau sini apa hasil dia. Kalau yang putih melepak tu aku tak jamin ah kalau kulit kau orang nanti kuning kuning macam kena jaundice. aku rasa tak da masalah pasal aku takde kesan apa pun eh tapi aku itam. tsk. ha,  kunyit tu jangan la melampau lampau sangat. 

Sila la try :)


17 comments:

MOMMY CGG said...

pengantin basi pun boleh amek kan? heheh:)

Anisa said...

heh
menarik..
mcm nak cube try test jee
hehee

De' Nurul said...

@CGG sila la.

emak. bukan penari tiang said...

pengantin lama???

satgi gebu gebu sangat tak larat layan laki plak malam..huhu...

Sophie Al-Yahya said...

menariknya petua ni.rasa nak buat lah...!!!

hamzah ian said...

gua nak wat gak.. keh keh

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

WAH, CRA TRADISIONALL!!!:d menarek.. thanks for this entryy.

well, it just like lulur kn cara sapunya?

Siti Noraisyah said...

ade kunyit, badan tak jd kuning ke?

Ain Zulaikha said...

kunyit fungsi dia boleh hilangkan pimples kan? and beras lak boleh cerahkan kulit dan putihkan kulit.. kalau rajin mmg dah lama buat.. hehehhe

Lady SharpShouter said...

beras, kunyit hidup ngan lesung batu ada. mangkuk yg takde,camno? haha

aku suka, tp aku malas nk menumbuk tu.haih.

De' Nurul said...

@Anisa Hang Tuah cuba try test ok! haha

De' Nurul said...

@LadyRyeaku tak bertanggungjawab kak. haha

De' Nurul said...

@Sophie Al-yahya menarik sebab bahan dia pun simple sangat. pegi godek godek dekat dapur je

De' Nurul said...

@hamzah ian mejah..homaigod... hot ah pasni kulit licin. yaaawww~~

De' Nurul said...

@Siti Noraisyah insyaAllah tak nye :)

De' Nurul said...

@Ain Zulaikha itu la point dia. kalau rajin. hakhakhak

De' Nurul said...

@Lady SharpShouter mangkuk takde? hakhakhak. lawak kamu. malas tumbuk cuba blend. tak pasti pulak menjadi ke tak. tak try lagik.